Chap 24 (A&E the belly is starting to show)

105 9 1
                                    


Perutnya semakin besar dan membesar. Kandungannya sudah berusia enam bulan. Tetapi dirinya masih seperti itu. Dikurung sentiasa didalam bilik dan dikawal ketat oleh pengawal. Dielus lembut perutnya.

Kali terakhir dirinya dibawa ke hospital untuk melihat perkembangan bayi di dalam kandungan, bayi itu sihat dan dengupan jantungnya membuatkan Aleena terputik rasa cinta terhadap bayi itu. Air matanya mengalir hangat.

Flashback

"Puan nak tahu jantina kandungan puan?"soal doktor wanita itu lembut. Tag nama dibaca 'Lara'.

Aleena terdiam sejenak sebelum lambat lambat dia menggelengkan kepalanya. Dia tidak mengira apa jantina sekali pun. Dia tetap akan sayang dan cinta akan bayinya walaupun dia membenci bapa kepada bayi itu.

Ubat diberikan setelah Deff membuat pembayaran. Deff membawa gadis itu masuk ke dalam kereta. Kereta meluncur laju keluar dari perkarang hospital tersebut. Pandangannya dilontar ke luar tingkap melihat suasana luar yang sudah lama ditinggalkan.

"Kau ada teringin nak makan apa apa tak?"soal Deff dingin fokus pada pemanduannya.

Aleena menoleh laju. Benarkah apa yang dia dengarkan? Bolehkah dia meminta? Adakah dia bakal dipukul oleh Ethan jika dia meminta? Pelbagai soalan menyerbu kepalanya.

"Kau dengar tak? Kalau ada cakap aku belikan."soal Deff sekali lagi. Dia tahu pasti ada yang Aleena inginkan. Dulu semasa kakaknya mengandung selalu mengidam pelbagai makanan. Jika tidak dapat pasti akan menangis.

"Boleh ke saya minta?"tanya Aleena seperti takut takut. Bahasanya juga berubah.

"Yeah. That's why I asked you."kata Deff. Sesekali matanya curi curi memandang Aleena.

"Saya teringin sangat nak makan tiramisu cake. Itu je. Saya tak nak apa apa dah. Rasa sesudu pun cukup."kata Aleena. Dia benar benar ingin makan itu. Sebenarnya di rindu akan masakan ibunya. Salah satunya ialah kek tiramisu. Tekaknya terasa ingin sekali rasakan kek air tangan ibunya walaupun sekali. Tetapi semuanya hanya kenangan.

Stereng kereta terus diputar ke kiri. Padel minyak ditekan, badan kereta laju membelah jalan yang agak lengang. Beberapa minit kemudian kereta sport hitam itu berhenti di hadapan sebuah bakeri. Enjin dimatikan lalu pintu dibahagian Aleena dibuka. Aleena seperti bingung hanya keluar dari perut kereta dan membuntuti Deff.

"Duduk."arah Deff.

Punggungnya dilabuhkan dikerusi mewah itu. Bakeri itu sungguh cantik. Itu pertama kalinya dia menjejakkan kaki ke tempat seperti itu. Sebelum ini jika mahu makan kek, roti, biskut mahupun manisan pasti ibunya akan membuat sendiri.

Matanya memerhatikan seluruh pelusuk bakeri itu. Sangat cantik. Datang seorang pelayan yang mungkin seumuran dengannya. Alangkah indahnya hidup mereka bebas melakukan aktiviti luar jika mahu dibandingkan dirinya. Sepatutnya sekarang dia sudah bahagia bersama Ayan. Tapi itu semua tinggal memori pahit di buku minda Aleena.

"Tiramisu cake and strawberry cheese tart."pesan Deff pada gadis pelayan itu.

"Air encik?"soal pelayan itu lagi.

"Mocha."jawabnya lalu matanya memandang Aleena seolah menanyakan gadis itu mahu minum apa.

"K..kopi."jawab Aleena gugup.

"Give her milk. Warm milk. Cancel the coffee."kata Deff dingin. Pelayan itu hanya menganggu sebelum beredar pergi.

"Kau tu mengandung tak elok minum kopi."kata Deff dengan nada biasa.

"Saya tak tahu nak pesan apa. Ni pertama kali saya masuk kedai mewah macam ni."kata Aleena menunduk.

"Selama ni kau tak pernah makan kek ke?"soal Deff tertarik.

"Pernahlah tapi semua mama yang buat. Kami tak pernah beli, walaupun hari itu hari istimewa tetap mama yang akan buat. Mama kata kek buatan sendiri lebih sedap dan istimewa kerana dibuat dengan... penuh kasih sayang dan cinta."terang Aleena panjang lebar. Ayat dibelakang sedikit perlahan kerana terasa sebak. Terus teringat akan kejadian yang menimpa keluarganya. Air matanya sudah bertakung dan ditahan agar tidak tumpah.

Sapu tangan dihulurkan pada Aleena. Dia faham akan perasaan gadis itu. Seharusnya gadis seumurannya itu bebas dan berhak untuk bahagia. Tetapi hancur segalanya dalam sekelip mata.

"Jangan sedih, kesiankan anak kau mak dia asyik sedih je. Bertahanlah. Aku memang bukan dekat tempat kau tapi aku faham perasaan kau."kata Deff cuba menenangkan Aleena.

Potongan kecil kek disua ke mulut. Air matanya jatuh. Enak tetapi tidak sama dengan rasa kek ibunya. Benar kata orang, masakan ibu masakan terbaik di dunia. Kek terus disuapi dengan tangisan perlahan.

Deff memandang sayu. Dia tidak boleh melakukan apapun. Dia merasa kasihan terhadap gadis malang dihadapannya ini. Strawberry cheese tart yang dipesan ditolak ke arah Aleena berharap dengan itu dapat memulihkan sedikit perasaan gadis itu.

Aleena memandang lelaki sasa dihadapannya itu. Tart itu ditolak semula dan semestinya menimbulkan tanda tanya pada pengawal lelaki itu.

"Saya tak boleh makan strawberry. Saya ada alahan. Saya boleh mati kalau saya makan buah tu."kata Aleena sambil menyuap suapan terakhir kedalam mulunya. Matanya kuyuh dibasahi bening air mata. Susu dihirup perlahan sehingga separuh gelas.

"Saya dah selesai."katanya pada Deff.

Deff hanya diam. Baki air mocha yang tersisa dihirup habis. Duit diletakkan pada bawah gelas lalu mereka berdua meninggalkan bakeri tersebut.

"Terima kasih bawa saya keluar hari ni. Terima kasih kek yang awak belikan. Saya tak mampu nak balas budi awak, jadi hanya terima kasih yang boleh saya ucapkan."ucap Aleena sebelum suasana didalam kereta kembali menyepi tanpa sebarang suara.

Kembalilah Aleena di tempat neraka itu lagi. Terdengar suara tawa wanita dan lelaki sedang bergurau senda. Aleena masuk bersama Deff dipintu hadapan rumah mewah itu. Dia langsung tidak menghiraukan apa yang berlaku dan yang terjadi di ruang tengah rumah itu. Dia terus menuju ke biliknya di bawa oleh Deff. Semasa menaiki tangga dia terdengar perbualan wanita itu bersama Ethan.

"Who is she? Looks like a parasite in your beautiful house darl. Is that your maid or..your slut"soal wanita bergincu merah menyala itu pada Ethan. Diselitkan juga kutukan.

"Forget about her. Now focus on me!"kata Ethan. Dia mencium rakus bibir wanita itu seperti tiada hari esok. Bunyi aksi panas cantuman kedua bibir makhluk itu memenuhi ruang tengah tersebut.

.

.

.

.

Deff menutup pintu bilik Aleena setelah memastikan gadis itu tidur setelah makan ubat yang diberikan oleh doktor. Dia menuruni anak tangga dan terlihat Ethan meniup kepulan asap dari rokok cerutnya.

Langkahnya terhenti apabila Ethan memanggilnya. Dia segera menuju ke arah lelaki itu.

"Yes sir."kata Deff seraya menunduk 90 darjah.

"What is the gender of the baby?"

Hanya itu yang mahu ditanyakan? Dia tidak peduli langsung akan kesihatan gadis yang terpaksa mengandung anaknya itu ataupun tertarik untuk mengetahui perkembangan bayi itu. Sangatlah kejam dan mementingkan diri sendiri!

"The doctor said the gender could not be seen because the baby covered it with legs."tipu Deff. Dia tahu yang Aleena tidak mahu mengetahui jantina kandungannya itu jadi dia terpaksa menipu agar Aleena terselamat dari tuannya ini.

Ethan hanya mengangguk sebelum menyedut asap ke peparunya kemudian dihembuskan. Dia menyuruh Deff pergi kerana tiada lagi soalan yang mahu ditanyakan. Tetapi..

"Deff Haston!"

Sekali lagi langkahnya terhenti. Kini nama penuhnya disebut. Sebutan itu sedikit ditekankan. Deff membalikkan tubuh menghadap Ethan.

Lelaki itu lingkungan 30 an itu berjalan angkuh menghampirinya. Deff menundukkan pandangan.

"If I know you hiding something behind me...you know what's gonna happen to you!"kata Ethan menghembuskan asap cerutnya dimuka Deff. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Deff yang masih berdiri di tempat yang sama.






FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now