Chap 3 (New friends/she almost death cause of me)

291 20 1
                                    

Dean bangun dari tidurnya dan melihat Aria sudah tiada di dorm itu. Jam dipandang menunjukkan 7.30 pagi. Dia turun dari katilnya mencari roommate nya itu.

"Mana pula dia pergi pagi pagi ni?"katanya sendiri. Dia menghiraukan sahaja dan mengambil tuala untuk mandi membersihkan dirinya.

Setelah selesai mandi dia melihat roommate nya sedang menyediakan makanan di atas meja kecil. Aria memandangnya lalu tersenyum.

"Good morning. Saya fikir awak tidur lagi itu yang saya tak kejut awak. Jom la breakfast sama sama."kata Aria sambil mempelawa dirinya.

Dahi Dean berkerut. "Dah buang tabiat apa pulak perempuan ni semalam nangis ni beli breakfast pula untuk aku."bisiknya dalam hati.

"Cepatlah kita makan sama sama nanti dah sejuk."ajak Aria lagi.

Dean menghampiri Aria lalu melabuhkan punggungnya duduk berhadapan dengan gadis itu.

"Awak nak makan apa? Tadi masa saya nak beli breakfast saya nampak uncle tu jual mee sup ada bebola pulak tu macam sedap saya belilah dua untuk awak sekali. Pastu saya tergerak hati nak beli roti takut awak tak makan mee sup. So awak nak roti ke mee. Kalau tak nak saya ada beli waffle jugak."terang Aria panjang lebar lalu menyoal Dean sambil matanya dikelip kelipkan.

"Kau..eh awak beli semua ni sebab takut saya tak makan je."kata Dean menunjuk seluruh makanan yang penuh diatas meja.

Aria mengangguk laju.

"Habis tu kalau aku..eh saya kata saya tak makan ni semua awak nak pergi borong satu kedai ke?"kata Dean bersahaja mengusik.

Aria sudah mencebik muncung sedepa. Dia bersungguh sungguh memberi sarapan ini untuk meluangkan masa bersama Dean tapi itu yang dibalas.

"Saya guraulah.Give me bread first."kata Dean.

Aria memberi Dean roti dan dia pun memulakan suapan pertama ke mulutnya. Dia menggoyangkan badannya kerana makanan yang dimakannya enak.

Dean memandang Aria pelik. Haih budak ni memang lain dari lain lah. "Makanlah betul betul. Yang awak tergoyang goyang kenapa."kata Dean penat melihat telatah Aria.

Aria memandang Dean sambil tersenyum malu. "Bebola ni sedap sangat. Nah awak rasalah."Aria mengambil bebolanya sambil menyuakan pada Dean dengan sudu.

Dean menggelengkan kepalanya dan menolak tangan Aria tetapi tetap disua oleh gadis itu. Aria sedaya upaya ingin menyuap Dean walaupun Dean tidak mahu. Aria bangun dari duduknya dan mendekati Dean.

"Aaaaaa....makan lah....."rengek Aria.

"Makan je lah nanti saya ambil la sendiri."tolak Dean.

Aria masih berdegil dan masih mahu menyuap Dean. Saat Aria ingin menyuap Dean dia terjatuh dan membuatkan posisinya berada di atas Dean. Mata mereka saling bertentangan. Bunyi degupan jantung Dean dapat didengari Aria. Dean segera menolak tubuh Aria dari terus menghempapnya. Peluh didahinya mengalir perlahan.

"Kan saya dah kata kalau saya nak saya ambil lah."kata Dean berang.

"Saya nak suap awak je."kata Aria perlahan menunduk.

Dean mengeluh. Dia menarik tangan Aria lalu menyuap sendiri ke mulutnya. "Puas."kata Dean sambil memandang tajam ke arah Aria.

Aria mengangguk tersenyum puas.

"Awak..saya..

"Apa lagi."Dean memotong.

Aria tersengih seperti kerang busuk. "Nama saya Aria Hazel...

"Tahu."sekali lagi Dean memotong percakapan Aria. Banyak mulut betul perempuan ni. Tak berhenti henti bercakap. Tak penat agaknya.

"Nama awak?"giliran Aria bertanya.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now