BAB 1

1.6K 18 0
                                    

ZYNN ARSYAD...CEO ZINT HOLDING...Seorang yang degil dan panas baran...Namun,ada terselit kasih dan sayang didalamnya...Zynn tidak akan memarahi sesiapa tanpa sebab..Namun,Zynn bukan seorang yang akan mendengar sebarang penjelasan...Bagi Zynn,apa sahaja yang berlaku tidak perlu apa-apa penjelasan...Zynn sangat percaya dengan apa yang dia lihat walaupun hakikatnya bukan seperti itu...

AYRIESSA SOFEA...Senior Pelajar Perubatan daripada Universiti Mohammed V...Universiti tertua dan berprestij di Morocco...Seorang pelajar yang bijak...Riessa menyambung pelajarannya hasil daripada biasiswa daripada Zint Holding....Segala kos pembelajarannya ditanggung sepenuhnya oleh syarikat megah tersebut....Dengan syarat yang boleh diterima akal...Selepas menamatkan pengajian,Ayriessa perlu bekerja dengan keluarga Zint Holding sebagai doktor peribadi keluarga tersebut...

________________________________________________________________________________

"Terminez tous les examens compliqués. J'espère que vous deviendrez tous un grand médecin, peu importe où vous vous trouvez à l'avenir ...."
(Selesailah kesemua peperiksaan yang rumit..Saya berharap semoga kamu semua bakal menjadi seorang doktor yang hebat tidak kira dimana pun kamu berada kelak....) panjang lebar pesanan daripada Prof Izraf untuk kesemua bakal-bakal doktor termasuk aku...Aku hanya mendengar tanpa perasaan...Sudah terlalu lama aku dinegara asing ini...Sepanjang melanjutkan pelajaran Riessa tidak pernah balik ke Malaysia...Riessa berjimat cermat agar dia dapat menyelesaikan kesemua peperiksaannya...10 tahun Riessa di Morocco...Bukan mudah untuknya...Namun,kerana semangatnya untuk mencapai impian...Apapun yang berlaku 10 tahun ini adalah ujian untuknya...Sekarang dia bangga kerana bakal bergelar doktor  di Neurologist Department...Alhamdulillah....Umi,abah,angah dan adik...Ayong dah berjaya...Tunggu ayong balik ya...Rindu pada ahli keluarganya tiada penghujungnya...Rindu yang tiada ubatnya...Hanya doa yang menjadi peneman selama dia berada dibumi asing ini. Bukan mudah untuk dia sampai ke tahap ini...

________________________________________________________________________________

"Tolong kosongkan satu jawatan di Zint Hospital...Minggu depan akan ada doktor baru tiba" ujarnya pada Penolong Pengarah..

"Baik Tuan.."balas doktor tersebut....

Zynn menyambung segala tugasnya...Minggu depan semakin bertambah tugasnya bila ada seorang doktor baru yang akan berkhidmat di Zint Hospital....Bukan selalu Zint hospital membuka peluang untuk fresh graduate..Dalam seribu,sepuluh orang belum tentu akan dapat jawatan tersebut...

10 tahun Zynn tunggu...Entah betul atau tidak keputusannya....Dia perlukan doktor ini untuk keluarganya...Untuk penyakitnya yang tidak ketahuan punca...Zynn terlalu berharap...Inilah jalan terakhirnya...Moga doktor ini mampu menyelesaikan apa yang belum terlerai...

________________________________________________________________________________

Penerbangan dari Magribi ke Malaysia memakan masa hampir 18 jam...Riessa menghadap dua transit sebelum sampai ke Malaysia....Dari Magribi pukul lapan pagi...Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia (KLIA 2) sudah pun menginjak pukul dua pagi...Ayriessa bermalam di airport kerana dia tidak mahu menyusahkan sesiapapun untuk mengambilnya...

Keesokan harinya Riessa mengambil teksi untuk terus pergi melapor diri ke Zint Hospital...Letih jangan cakaplah....Sakit badan semuanya ada...Namun,begitulah syarat yang telah termaktub yang dia sendiri persetujui...Selepas menamatkan pengajian,dia harus segera melapor diri dengan serta merta tanpa gagal...Kalau tidak,segala pengikhtirafannya sebagai doktor akan ditamatkan serta-merta...Apalagi yang hendak dia bantah...Ikut sajalah...Daripada hilang kesemuanya...Dia pernah terfikir pasal syarat yang telah ditetapkan oleh Zint Hospital, kadang-kadang bila dia fikir nampak macam mengarut...tapi, Riessa tetap berfikir ke depan, tanpa biasiswa Zint Holding, Riessa mungkin tidak mampu menamatkan pengajiannya... Tanpa syarat ndari Zint Hospital mungkin Riessa masih lagi menjadi housemanship di hospital-hospital yang kekurangan doktor.

AKU TETAP MENANTIWhere stories live. Discover now