BAB 3

992 18 4
                                    

Azan subuh pun berkumandang....Zynn perlahan-lahan membuka matanya...Zynn keliru...Dia dapat tidur? Benarkah? Rasanya seolah-olah bermimpi...Zynn cuba mengingati apa yang berlaku semalam....Zynn mengamuk macam biasa...Zynn pecahkan semua benda...Zynn tengok tangannya...Balutan lukanya terletak kemas....Zynn bangun dari pembaringan...Rasa tidak puas hati menyelubungi diri...Kenapa dia boleh tertidur? Satu persatu tayangan semalam bermain dimindanya....Zynn terpandang disatu sudut dihujung katilnya...Ayriessa tertidur duduk...Tanpa sebarang alas mahupun keselesaan...Apa yang berlaku semua diluar kawalannya....

Zynn mendekati Riessa...Baru hendak mengejutkan Riessa....Riessa sudah pun terbangun...Terkejut Riessa melihat Zynn...Riessa melihat keadaan dirinya.. Mujur tidak ada apa-apa yang terselak....

"Maaf Tuan" Ayriessa gugup melihat Zynn...

"Bersiap...Pukul 7 Pak Ayob akan hantarkan awak semula"balas Zynn...

Riessa hanya mengangguk...Sebelum beredar pergi...Kepalanya berdenyut sakit...Mungkin sebab terkejut dengan keadaan...Riessa terus mandi dan menunaikan solat subuh...Selepas itu dia bersiap dan menunggu Pak Ayob untuk menghantarnya kembali ke hospital...Pukul 9 pagi nanti dia ada temujanji dengan pesakitnya....

Riessa hanya duduk termenung dihalaman rumah sementara menunggu Pak Ayob...

Tanpa dia sedari....Zynn dari tingkat dua memerhatikannya....Zynn rasa sakit...Pedih...Kenapa tidak sekalipun Ayriessa mengenalinya?Zynn cuba mengawal dirinya...Kalau tidak semua barang akan dibalingnya...

Pagi ini Zynn cuba perlu menguruskan sedikit hal di hospital....Kerja-kerja di Zint Holding hanya melalui talian sahaja...

"Som,Sofea dah balik ke?"

"Belum puan...Masih ada diluar tunggu Tuan Zynn bersiap" balas Mak Som...

Puan Muhaizah cuma mengangguk tanda  mendengar balasan daripada orang gajinya.

Hampir terlelap Riessa menunggu Zynn...Lambat betullah tuan seorang ni...Dia cuma merungut didalam hati...Badan Riessa sakit-sakit,masa dia mandi tadi,Riessa ternampak bekas cengkaman kuku Zynn semalam dibahunya...Lebam dan sedikit luka...Namun,hanya disembunyikannya...Biarlah...Dia bekerja...Kalau bukan Zynn...Mungkin pesakit lain yang perlu berhadapan dengan dia...

"Jom"Zynn bersuara...

Mahu terkeluar jantungnya....Ha tu lah...Berkhayal lagi...Orang cakap slow pun boleh terhinjut bahu....

Riessa dan Zynn tidak bersuara apapun masa dalam perjalanan...Apatah lagi Pak Ayob...Riessa hanya melayan mata...Sampai dihospital selepas berterima kasih dengan pengarahnya,dia terus balik ke biliknya...

Riessa bersiap sekali lagi...Kantuknya masih ada...Dia tidak mahu lemau semasa melayan pesakit....25 minit sudah cukup untuk Riessa bersiap...Bersama beg galasnya dia menuju ke bilik bertugas...

_____________________________________________

Selesai merawat pesakitnya...Riessa mahu melelapkan mata sebentar....Sakit badannya dicengkam Zynn semalam masih terasa...Perutnya terasa pedih kerana sejak kelmarin Riessa tidak menjamah nasi...

Baru hendak melelapkan mata...Pager lagi berbunyi...🥲

"Masuk bilik saya sekarang!!!!!!"

Lain tidak bukan yang menghantar mesej sebegitu adalah pengarahnya...Terkocoh-kocoh Riessa berlari,semoga cepat sampai ke pejabat pengarahnya...

Terasa hendak pitam dia...

Zynn naik angin lagi....Semakin lama panas barannya semakin menggila...Ada saja yang tidak kena...Apatah lagi bila sampai dihospital...Apatah lagi kalau dia teringat ataupun terlihat Riessa...Sakit hatinya semakin menjadi-jadi...

AKU TETAP MENANTIWhere stories live. Discover now