Tajuk : Bantal Merah Aki
Penulis : Nazira Raffie @ Buahhati Hakimi Juanis

Bab 5 (AKHIR)

Okay gais.. ni part akhir ah.. Cerita ni sebenarnya jadi sama salah seorang pembaca kisah seram saya. Lambat saya update sebab saya susun balik ni cerita kemudian tambah beberapa scene untuk bagi impak sama tu cerita. Maaf kalau lambat...

Jom sambung!

**********

Mata saya kemudian tertumpuh sama father yang sedang baca doa sambil tinguk saya. Mulut dia tidak henti menyebut Tuhan dan dari gerak mata dia saya seakan dapat faham apa yang cuba dia sampaikan. Susah saya mau explain macam mana..

Perlahan mulut saya tu ikut juga baca doa. Saya letakkan Tuhan dalam hati saya dan saya sedang merayu dapat hati saya supaya Tuhan bantu saya untuk buang semua rasa sakit yang saya alami..Saya menangis tapi air mata saya nda keluar. Dalam hati saya meraung-raung panggil Tuhan..

Saya nda tau berapa lama saya berdoa memanggil Tuhan dalam hati tapi saya dapat rasa jari saya bergerak.

Ya... Jari saya bergerak. Saya cuba lagi dan cuba lagi sampailah saya dapat gerakkan kaki saya sampai ke seluruh tubuh badan saya.

“Arrhhhh...!” Badan saya terangkat seperti ada tenaga dalaman yang terlepas bersama muntah saya.

Muntah yang bau busuk teramat sangat. Sampaikan saya sendiri tidak sanggup mahu hidu. Tekak saya rasa sakit macam ada kesan luka.

“Maaammmyyy!!” Saya terus teriak. Mamy peluk saya kuat-kuat sambil mengucap syukur puji Tuhan berkali-kali.

Semua yang ada di sana menangis. Debra peluk saya. Dia pun nangis teresak-esak. Badan saya lenguh dan lemah tapi rasa sakit tu sudah hilang.

Saya tidak ingat apa yang jadi lagi lepas tu sebab saya tertidur.

Tiga malam berturut-turut orang Church datang sembahyang dan berdoa di rumah kami. Ngam-ngam malam ketiga tu saya sihat dan boleh bangun macam biasa. Seolah-olah tiada apa-apa yang jadi sama saya.

Saya boleh ketawa dan bercakap macam biasa. Mamy, Debra and of couse my love Steven gembira betul.

Apa yang buat saya hairan dan tertanya-tanya ialah saya langsung tidak nampak daddy kami. Sampai malam ke tiga tu daddy tiada.

“Mana daddy?” Saya buka mulut. Mamy sama Debra berpandangan. Macam berat betul mulut diorang.

“Mana daddy?” Saya tanya lagi.

“Daddy balik kampung tu.” Bilang Debra.

“Kenapa? Ada masalah di kampung?” Tanya saya lagi. Mamy diam ja.

“Tiada juga masalah. Tapi buat sementara daddy mau tinggal sana kampung. Dia mau jaga tu rumah mendiang Aki.” Bilang Debra.

Saya angguk saja sebab bagi saya tiada juga masalah sebab daddy bukan pigi mana-mana. Mungkin ada hal di kampung yang daddy mau kasih selesai memandangkan daddy anak sulung.

Seminggu berlalu macam tu saja. Semua balik normal dan saya sudah tidak nampak Aki lagi. Walaupun rasa sunyi bila daddy tiada di rumah tetap juga kami happy. Mungkin sebab kami sudah terbiasa sebelum ni pun daddy memang jarang ada di rumah. Selalu juga daddy balik kampung dan stay di kampung dalam dua hingga tiga minggu.

Sampailah genap sebulan tu. Masa tu saya di rumah satu orang. Mamy sama Debra keluar pigi shopping barang dapur. Saya malas mau ikut. Steven pula game futsal malam tu.

Saya dalam bilik sedang baring-baring sama si Lulu. Saya dengar ada orang buka pintu pagar rumah kami. Saya terus turun dari katil mau tinguk kalau mamy sama Debra sudah balik.

BANTAL MERAH AKIWhere stories live. Discover now