BAB 1

66 10 18
                                    


- Barakallah habib ku -

- Barakallah habib ku -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Perhimpunan pada pagi itu sangat membuat kan Asha malas . Sudah lah kena duduk atas lantai yang berbatu . Lepas tu kena sinaran matahari yang menyilau kan . Haih malas nya . Dan sekarang , kemalasan Asha berganda - ganda kerana ada majlis Membaca Amalan Mulia . Jadi sudah tentunya mereka sampai pukul 8 pagi berada di perhimpunan .

Pengerusi majlis yang berucap di hadapan di pandang bosan oleh Asha . Kepala nya sudah terlentok (?) . Disebabkan terlampau bosan Asha memutuskan untuk tidur sahaja . Nanti kawan dia kejutkan dia lah . Baru mata mahu terlelap seketika , tiba tiba ada satu nama yang menarik perhatian nya . Terus segar biji mata nya .

" Bagi melengkapi lagi majlis kita pada pagi ini , di jemput Ustaz Harraz selaku ketua bacaan doa kita pada hari ini . Di jemput Ustaz Harraz naik ke pentas . " Ucap pengerusi majlis .

Ustaz Harraz yang berada di belakang pentas , menampilkan dirinya di khalayak ramai . Kecoh seketika di tempat pelajar perempuan .

" Wahh , hensem nya Ustaz baru ehh ?."

" Hushh , Ustaz mana ni ? Hensem matt ."

" Wahh , lain macam aura Ustaz ni . Sampai ke sini dapat rasa ."

Asha menjeling mereka . Dasar gedik semua . Tak boleh nampak lelaki hensem eh ?! . Tahu la Ustaz Harraz nampak hensem pagi ni . Ehh Ustaz Harraz selalu hensem . Tapi pagi ini lebih menyerlah kerana Ustaz Harraz memaikai baju melayu . Dan seperti biasa la , warna baju melayu itu sudah semestinya berwarna hitam dan hujung lengan baju itu di lipat sehingga ke siku . Samping yang berwarna hitam bercorakkan seperti kain batik yang berwarna emas . Penampilan Ustaz Harraz sangan simple tetapi tetap menyerlah . Dan seperti biasa la , songkok hitam setia di kepala nya .

Asha pelik , guru lelaki yang lain juga memakai baju melayu seperti Ustaz Harraz . Tetapi tidak begitu menyerlah seperti Ustaz Harraz . Guru - guru lelaki nampak seperti biasa saja . Tiada keistimewaan jika memakai baju melayu atau kemeja .

" Wahh , Asha hensem nya Ustaz ni . Weh kau rasa dia ajar kita tak ?." Kata Sara sambil memusing badan nya menghadap Asha kebelakang . Asha lihat muka Sara sudah menjadi miang - miang keladi .

Terus Asha menumbuk belakang badan Sara yang di hadapan nya . Geli pula Asha tengok muka gedik Sara itu .

" Bissmilahirahmanirahim . Assalamualaikum semua , saya akan mengetuai bacaan doa bagi majlis ini . "

Lalu Ustaz Harraz pun memulakan bacaan doanya . Hening seketika suasana tapak perhimpunan tersebut . Hebat penangan seorang Ustaz Harraz ni . Kerana selalu nya sentiasa ada yang bersembang atau tidur ketika bacaan doa . Tetapi pagi ini , semuanya nampak menghayati bacaan doa daripada Ustaz Harraz .

MY HABIBIWhere stories live. Discover now