BAB 4

51 10 20
                                    

.

.

.

Asha memandang  ibu dan ayah nya keluar dari wad nya . Kata doktor ,dia masih perlu ditahan dahulu . Kerana risau jika luka di kepala nya masih belum pulih . Tiba-tiba dia teringat pula kata-kata Abang Mika tadi , sewaktu mereka video call beramai-ramai , " Alah . Sapu minyak gamat elok la tu ." Menyampah Asha dengar . Nak je dia ketuk , tapi nasib baik Kak Adlin pujuk . Kata nya " Nanti , Asha balik dari hospital . Kak Lin masakan lauk kegemaran Asha . " Terus cemburu Abang Mika di buatnya. 


Selepas kepulangan kedua ibu bapa nya , Asha rasa bosan pula . Tak tahu nak buat apa .  Nak makan , makanan dah habis . Nak tidur , dah tidur petang tadi . Asha bangun lalu keluar dari wad . Dia lihat dikaunter  hanya ada dua orang nurse  , nurse-nurse yang lain mungkin sibuk  mengurus kan pesakit . Asha masuk ke wad nya semula . Tiba-tiba mata nya terarah pada tingkap yang terbuka . Kalau terbuka sedikit tak apa juga . Ini tidak , tingkap itu terbuka luas . 

   Asha cuba memeberani kan dirinya untuk menutup tingkap itu . Mana lah tahu kalau sebenar nya tingkap tu rosak , sebab tu la boleh terbuka dengan sendiri nya . Asha cuba berfikiran positif  , walaupun dia tahu dia berada di hospital swasta . Hospyal yang berkelas tinggi . Jadi tidak mungkin la pihak hospital tidak mengambil tindakan kerana tingkap rosak . Langsir hospital yang bertebangan itu di ikat . Tangan di keluar kan untuk menutup tingkap . Agak susah sedikit kerana tingkap nya terbuka luas . Dia mengeluarkan separuh badan nya sedikit . 


' Susah pulak nak tutup . Haih , lah tingkap macam mana kau boleh terbukak sendiri ni ?.Nama je hospital swasta , tapi kualiti haprak . ' Keluh Asha . Tangan sudah la ada jarum . Sedang dia cuba untuk menutup tingkap itu . Dia dapat rasa ada seseorang menarik tangan nya daripada luar tingkap . Terkejut Asha dibuatnya .

Cepat Asha mencari apakah yang menarik tangan nya . Terkejut dia apabila melihat ada seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dan  menutup keseluruhan muka nya sedang menarik tangannya daripada arah bawah supaya dia terjatuh . Lelaki itu seperti bergantung pada satu tali dan dia menahan kaki nya sendiri daripada terlanggar dengan dinding . Shit ! .Orang itu seperti mahu membunuh dia saja . Tapi membunuh dia dengan cara dia membunuh diri nya sendiri . Konon nya dia melompat keluar dari tingkap untuk membunuh diri . Terus Asha berusaha menarik tangan nya . Bergelut mereka berdua . 


" Tolong !! " 

" Lepas lah ! Apa kau nak haa ?!!." Tanya Asha berang . 

" Tolong !!!." Kali ini Asha cuba menjerit sekuat hati nya . Air mata dari tadi sudah mengalir di pipi . Sakit di bahu tidak dapat di tahan . 


" Aku nak kau mati !." Jerit lelaki itu tetapi dengan nada yang perlahan .


Asha memandang ke belakang , mengharap kan ada seorang insan yang datang pada tepat waktu . Tetapi malang nya tiada seorang pun yang datang . Asha menangis lagi . Mana semua orang pergi ? Kenapa lah masa ni juga la tiada orang yang lalu lalang . 


" Lepas kan tangan aku lah setan !! . Kau nak apa haa ?! ." 

" Aku cuma nak kau mati je .HAHAHA ." Lelaki itu ketawa sinis . Seperti mengejek kepada Asha , bahawa Asha tidak boleh berbuat apa-apa .

" Siapa kau ?! Apa yang kau nak dari aku ni ? Aku takde apa-apa lah nak bagi kau ." Asha cuba menarik lagi tangan nya . Tapi apalah sangat kudrat perempuan seperti dia . 

MY HABIBIWhere stories live. Discover now