BAB 5

68 6 8
                                    


.

.

Tanpa membuang masa , Ustaz Harraz berlari ke arah pekerja hospital itu dan terus menolak pekerja hospital itu lalu dia mengambil toli makanan tadi dan  dia terus menolak troli makanan itu dengan kuat  ke arah Asha . 


" Kau nak buat apa tu , bod*h ?!." Marah lelaki berbaju hitam itu . Akibat rasa terancam dengan tindakan Ustaz Harraz , dia terus melepaskan dua das tembakan kepada Asha  dan pekerja hospital yang mahu keluar dari bilik wad itu . 

BANG BANG 

Bergema bunyi peluru didalam wad Asha . Jeritan  pekerja hospital dan Asha bergema di dalam wad itu kerana mereka berdua di tembak . Tergamam Ustaz Harraz di buat nya . Tak sangka pula lelaki baju hitam ni buat betul-betul . 


" ARRGHHH ." Jerit Asha apabila kaki nya di tembak . Terus seluruh tubuh nya terasa lemah .

KRINGG KRINGG KRINGG !!! Alarm kecemasan hospital berbunyi nyaring akibat mengesan bunyi tembakkaan yang kuat tadi   

  . Suasana mula kecoh kerana bunyi alarm kecemasan terdengar satu tingkat 5 itu . Suasana kecoh  dengan jeritan-jeritan pesakit dan jururawat yang mungkin panik dengan kejadian ini . Ramai yang berkumpul di luar wad Asha apabila mengetahui bunyi yang bising tadi berpunca daripada wad Asha . 


               " Bunyi apa tu ?." Tanya seorang pengawal yang sudah masuk kedalam . Terkejut pengawal itu di buat nya . 


               " Ada orang pegang pistol . Ada orang pegang pistol !." Jerit pengawal itu sebelum dia cepat-cepat  keluar dari wad Asha apabila lelaki berbaju hitam itu mengacu kan pistol kepada dia . 


                " Diam lah orang tua !  Sebelum aku tembak kau , baik kau keluar . Kecoh je !." 

" Arghhh !! . " Menjerit beberapa orang jururawat dan pesakit yang berada di situ apabila lelaki berbaju hitam itu mengacu kan pistol kepada mereka . 


" Korang semua boleh diam tak ?!! . Menyemak je . " 


" Kau yang diam lah . Apa kau nak dari aku hah dari aku ?!." Tanya Asha berang . Sudah la daripada tadi leher nya asyik kena peluk . Sakit tahu tak ! . Dengan kepala yang semakin berdenyut-denyut lagi membuatkan Asha rasa nak pengsan . 


" Kan aku cakap tadi . Aku nak kau mati , itu je . " Bisik lelaki itu dengan nada perlahan . Cukup hanya dia saja yang dengar . Berdiri bulu roma Asha mendengar bisikan lelaki itu . Kenapa lelaki ni nak dia mati sangat ?. 


Lelaki baju hitam itu meletakkan hujung pistol nya di kepala Asha . Disebalik topeng hitam nya , dia sedang tersenyum sinis ke arah Ustaz Harraz . Melihat hujung pistol itu deletakan di tepi kepala Asha . Ustaz Harraz menjerit kepada lelaki baju hitam itu . 


" Kau jangan berani-berani nak tembak Asha . Apa kau nak dari dia haa ?." 


" Kau lepas kan budak tu lah , lelaki jahat . Apa budak tu buat kat kau haa . Sampai kau nak bunuh dia . " Tanya salah seorang jururawat 

                " 1       2        3 ." 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 02, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MY HABIBIWhere stories live. Discover now