BAB 3

62 9 13
                                    

- Barakallah habib ku -

Asha membuka matanya perlahan-lahan . Apabila matanya sudah terbuka , benda pertama yang dia nampak hanya putih . Kosong . Dia mahu menoleh ke tepi apabila merasakan ada cahaya putih dari situ .

" Ahh ." Asha terjerit kecil . Tanpa sempat menoleh , leher nya sudah terasa sakit yang amat . Adakah lehernya patah ? Tapi kenapa pulak leher nya patah ? . Sakit sangat ni . Baru nak toleh dah sakit . Agaknya kalau dia terus toleh kepala ? Agaknya macam mana la sakit nya tu ? . Menitik air mata Asha . Sumpah tak tipu . Leher nya sakit sangat-sangat .

Ya Allah , adakah ini ujian yang Kau berikan pada ku . Ya Allah , Kau ringan kan la sakit yang Kau beri kan pada ku , Ya Allah . Tapi kalau sakit ini tidak berkurang , aku mengangap bahawa ini ialah cara untuk Kau mengurangkan dosa ku Ya Allah . Ya Allah , adakah aku sudah di alam barzakh ? . Adalah aku sudah meninggal dunia? . Tidak pernah dalam hidup ku . Aku rasa sakit sebegini Ya Allah . Jika aku sudah meninggal dunia Kau ampun kan la dosa ku . Kau permudahkan la urusan ku . Kau berikan ganjaran pahala yang pernah ku lakukan dulu semasa hidup ku ya Allah . Asha sudah tersedu sedan . Adakah dia benar-benar sudah meninggal dunia ? .

Klak !

Eh bunyi apa tu ? . Asha nak menoleh , tapi tak boleh . Matanya terkelip-kelip menunggu apakah yang akan datang kepada nya .

"Pesakit ni , rasanya dah dua hari kan tak sedarkan diri ? . Kita kena check sekali lagi la . Kena tengok mana tau ada darah beku ke yang tak keluar lagi ."

Asha dah hairan . Aik , bukan aku dah meninggal ke ? . Suara apa pulak ni ?

"Eh pesakit ni dah bangun la . Rai kau pergi panggil doktor Kalid . Cakap yang pesakit ni dah bangun . Aku check dia . " Kata suara itu lagi .

Asha blank . What ? . Jadi sekarang ni dia dekat hospital ? . Bukan dekat alam barzakh ke ? .

" Cik Asha . Cik Asha boleh dengar suara saya tak ?." Tanya suara itu semula .

Asha memandang figura itu dari hujung mata . Lah itu nurse ke ? . Adeh , apalah kau ni Asha . Drama sangat . Itu pun pikir dah nak meninggal dunia ke ?. Haih tak patut , tak patut . Asha memarahi diri nya sendiri . Baru Asha nak menjawab soalan nurse itu . Ada seseorang mencelah . Ada seorang lelaki dan nurse yang memangil doktor tadi masuk kedalam wad ini .

"Oh Assalamualaikum . Hai Cik Asha , Cik Asha boleh dengar suara saya tak ? . Saya doktor Kalid  " Tanya satu suara garau sambil memperkenalkan diri.

"Erk . Wa - waalaikummus - salam . Sa - saya bo - boleh dengar suara doktor . " Jawab Asha tergagap-gagap dan sangat perlahan . Tekak nya sakit untuk bercakap kuat . 

"Okay . Bagus Cik Asha boleh dengar dan jawab . So sekarang ni saya tanya lagi , awak ingat tak apa yang jadi dekat awak ni sampai awak boleh masuk hospital ? ." Tanya doktor Kalid lagi .

Asha yang mendengar soalan itu . Terus menguatkan daya ingatan otak nya . Dia cuba untuk mengingati apa yang jadi sebelum ini .

Dia balik sekolah .

Lepastu dia singgah beli keropok lekor .

Lepastu waktu nak lintas jalan .

Dia kena langgar .

Dia jatuh berguling-guling dekat tengah jalan raya .

Keropok lekor dan air mangga nya pun jatuh .

Lepastu keropok lekor dan air mangga tu bersepah tengah jalan .

Lepastu dia tak sedarkan diri .

Hm . Sedih nasib kau Asha . Kena langgar lepastu tak dapat makan keropok lekor . Asha muncung kan mulut nya .

" Cik Asha . Cik Asha okay tak ? . Ingat apa yang jadi  ?." Tanya doktor Kalid lagi .

"Erk . Ye saya ingat jadi . Saya kena langgar dekat depan sekolah . " Jawab Asha perlahan .

Terus tersenyum ketiga-tiga orang yang berada di hadapan nya . Nasib baik budak ni tak lupa ingatan . Kalau tak susah kerja aku nanti . Doktor Kalid mengeluh lega dalam hati . Doktor Kalid mencatat beberapa perkara di dalam fail pesakit Asha .

"Erk doktor . Mak ayah saya mana ?."









"Asha nak makan lagi tak ? . Ni bubur ada lagi ." Tanya Puan Maysara .

Puan Maysara dan Encik Rahman ialah ibu dan baba Asha . Asha mempunyai 3 orang adik beradik.  Yang pertama Ahmad Mikael
dan yang kedua Adlin Melina dan yang terakhir ialah Asha Mahira . Abang nya , atau Asha panggil ialah Abang Mika , Abang Mika sedang bekerja sebagai driver boss . Adlin pula bekerja sebagai nurse di sebuah hospital swasta . Ibu dan ayah ialah askar pencen . Maklum la kedua-dua nya dah lanjut usia . Kan Asha dah cakap , keluarga dia ni biasa-biasa je. Tiada apa yang istimewa pun .

"Asha tak mau makan dah ibu . Sakit tekak la . Nak minum air pun sakit . " Adu Asha kepada ibu nya .

"Lahh sian anak ibu ni . Itu la lain kali kalau nak lintas jalan tu pandang kiri kanan . Tengok dulu kalau ada kereta ke tak . Ini tidak , awak main jalan je . Kan dah ........ "

Asha mengeluh . Mula la nak membebel . Haih la takde siapa ke yang nak lawat aku ?. Aku sakit kut . Dah la sakit leher , lepastu sakit telinga pulak sebab kena bebel .

"Assalamualaikum . Boleh kami masuk? "

Terus kami tiga anak beranak memandang pintu wad . Ada seorang mak cik . Gaya macam orang have have gitu . Macam datin je . Eh siapa pulak mak cik ni .

"Waalaikummusallam . Eh masuk la . " Ibu memperlawa mak cik itu masuk . Wanita itu segara masuk dan duduk di kerusi tetamu yang berada berdekatan katil Asha .

" Puan ni siapa ye ? ."

" Saya ibu kepada orang yang langgar anak Encik dan Puan . Jadi saya datang ni bagi pihak anak saya . Saya mintak maaf la dengan perbuatan anak saya . "

"Ohh , begitu . Jadi nya mana anak Puan ? Tak datang sekali ke ?. Dia dah langgar anak saya tau ." Perli Puan Maysara . Siapa je tak marah kalau anak kena langgar . Lepastu , mak dia saja yang datang . Adap kat mana adap .

Tersembur air liur Asha . Muka Puan Maysara di pandang . Mereka berbalas pandangan .

" Eh yang apa pulak macam tu . " Bisik Encik Rahman .

"Mintak maaf la Puan sebab isteri saya ni main cakap lepas . Tapi boleh kami tahu siapa anak Puan ?." Lembut saja Encik Rahman menanya .


" Ouh , lupa nak cakap . Nama saya Datin Sri Adania . Ibu kepada .... "

BUK ! Pintu wad di tolak kuat dari luar . Terus semua memandang geragan itu .

"Asha . Asha , okay tak ? Saya sangat-sangat rasa bersalah because terlanggar awak . Percaya la cakap saya . Saya tak sengaja pun nak langgar awak . Saya kena sabotaj . Pomen cakap wayar brek putus .  " Terang Ustaz Harraz dengan panik . Bakul buah-buahan terus di letak kan di atas peha Asha .

" Nah , ini saya ada bawakan buah untuk awak . And lagi satu bil hospital awak saya tanggung semua nya , basikal awak , beg awak yang hilang tu saya akan ganti balik . "

Puan Maysara dan Encik Rahman menganguk kepala . Kiranya bertanggung jawab juga la orang yang melanggar anak mereka ni .

Brit Brit Brit .

Telefon Ustaz Harraz berbunyi nyaring menanda kan ada panggilan . Ustaz Harraz mengambil telefon nya dari poket seluar . Terus tegang muka nya apabila melihat nama yang tertera di telefon nya . Hilang perasaan panik tadi .

" Saya ada hal nak di urus kan . Saya dengan mammy saya pergi dulu ya . Assalamualaikum ." Pinta Ustaz Harraz lalu mereka berdua terus keluar dari wad kelas pertama itu .







Assalamualaikum . Hai semua . Maaf sebab lambat update . Saya nak fokus kepada FDLT dulu . Tunggu FDLT sampai bab 20 baru saya fokus ke cerita ini pulak ye 😉 . Maaf sebab tak update .



BellaVissa123

MY HABIBIWhere stories live. Discover now