BAB 2

68 11 22
                                    

- Barakallah habib ku -




" Siapa yang barang - barang dia kena rampas tadi . Mari ikut saya ke bilik disiplin sekarang . Dan ketua kelas , saya nak awak jaga kelas ye . Saya tak mahu ada cikgu yang komplen kelas awak bising . " Pesan Ustaz Harraz .

Barang - barang seludup itu diambil di atas meja guru . Semua di isi dalam satu beg kecik .

" Sara , Alia , Riena . Korang bertiga ni jangan marah aku . Aku bukan nya sengaja tak silent fon tadi . Aku terlupa . " Asha memohon maaf . Terasa hati sebenar nya sebab asyik kena jeling saja dari tadi .

" Kitaorang maaf kan . Aku tau kau bukan sengaja pun ." Kata Hasriena . Benda dah jadi . Nak buat apa pun dah tak boleh .

Alia hanya membalas dengan senyuman tipis . Sejujur nya Alia berasa marah juga . Tapi  nasi dah jadi bubur , bukan nya bubur boleh jadi nasi balik .

Tetapi , lain pula dengan Sara . Dia hanya menjeling Asha . Jelingan tajam di hadiah kan kepada Asha . Benci dia dengan sifat pelupa Asha ni .

" Yang barang kena rampas tu . Mari semua ikut saya . " Suara itu berbunyi lagi . Asha berjalan ke pintu kelas . Dia sedar , yang Sara tidak memperduli kan dia . Tapi dia hanya buat tak tahu . Bukan nya Asha nak benda macam ni jadi pun .

Perjalanan ke bilik disiplin seperti rasa seperti ke lubang kubur . Berdebar Asha . Mesti teruk dia di bebeli ibu nya ketika pulang ke rumah .

Ustaz Harraz berhenti di hadapan pintu bilik disiplin . Dia memusing kan badan nya menghadap ke belakang . Mata nya memandang pelajar yang mengikuti nya .

" Masuk dalam.  Lepas tu duduk dekat sofa warna hijau . Saya nak call Cikgu Huda sekejap ." Arah Ustaz Harraz .

Semua membuka kasut sekolah lalu masjk kedalam bilik disiplin . Sara ialah orang pertama yang terlebih dahulu masuk ke dalam diikuti yang lain . Asha hanya memandang figura Sara yang menghiraukan nya . Selalu nya Sara mesti memegang tangan nya . Kadang-kadang pergi tandas pun mereka masuk bersama .

Asha membuka kasut nya perlahan . Ustaz Harraz yang membelakangi nya di pandang benci . Ehhh bukan benci tapi geram . Sebab Ustaz poyo ni la Sara tak layan dia tahu . Asha masuk ke dalam bilik disiplin . Sofa hijau berangkai tiga dan satu  sudah di duduki  oleh kawan-kawannya yang lain .

Asha menuju ke sofa berangkai 2 . Sementara menunggu Ustaz Harraz dan Cikgu Huda masuk . Asha hanya bermain dengan kukunya sendiri . Hasriena , Sara dan Alia menghirau kan nya . Mereka bertiga berborak seperti dia tidak wujud saja .

" Oo jadi ini la budak-budak yang bawak barang terlarang tu . Cit cit cit , apa la yang susah sangat kamu semua ni nak ikut peraturan sekolah ni ." Puan Qaseh yang entah dari mana datang nya terus memperli mereka . Sinis . 

Kerusi guru yang tidak tahu pemiliknya , ditarik oleh Puan Qaseh lalu dia duduk di kerusi itu berhadapan dengan mereka .

Suasana bilik disiplin sangat senyap . Semua tidak berani untuk bersuara . Ustaz Harraz yang baru masuk ke dalam bilik disiplin kelihatan terkejut dengan kemunculan Puan Qaseh . Segera Ustaz Harraz meneutral kan muka nya .  Tempat yang kosong di sebelah Asha di tuju oleh Ustaz Harraz . Asha memandang Ustaz Harraz . Aikk takkan Ustaz nak duduk sebelah aku ? . Hairan Asha .

Membulat mata Asha di buat nya . Aikk ikhtilat mana ikhtilat ? Dia ni Ustaz kan ? Tak risau ke kena gosip sebab duduk sebelah pelajar perempuan ? . Asha yang duduk menyandar tadi terus membetul kan duduk nya . Segan aku aihh . Asha merapat kan diri nya di pemegang kerusi .

Mata Puan Qaseh dan kawan-kawannya memandang Asha dan Ustaz Harraz silih berganti . Sekejap memandang ke Asha kemudian memandang ke Ustaz Harraz . Lepas tu pandang Asha semula kemudian memandang Ustaz Harraz sekali lagi .

Sara , Hasriena dan Alia tercengang . Untung pulak si Asha kali ni .

Suasana yang seperti bilik mayat di ganti dengan aura seram . Figura Cikgu Huda yang baru masuk kedalam bilik disiplin mendebar kan Asha dan yang lain .

" Haaa ini muka-muka yang bawak benda terlarang ye ?! Amboi , tak reti ikut peraturan sekolah ke ?! ." Tanpa salam dan hai terus Cikgu Huda sembur kami semua .

Kringgg !

Ahhh akhir nya dah boleh balik sekolah . Punya lah lama Cikgu Huda tu membebel . Bernanah jap telinga kena bebel begitu lama . Dan yang paling banyak kena bebel semestinya la Asha . Nasib la telefon tu di beri semula . Kalau tidak , mampus di kene bebel dengan ibu nya pula . Dia memaikai earphone bluetooth . Lagu Secret love song di pasang .

Dia terus  berjalan ke arah basikal nya yang terletak elok di tepi pokok . Kawan-kawannya semua sudah meninggal kan dia . Masih marah mungkin . Perlahan lahan Asha membonceng basikal nya ke pagar sekolah . Dia mengayun basikal nya ke seberang jalan untuk membeli keropok lekor . Sedap keropok lekor Cik Yas tu .

Basikal nya di sandarkan di tepi pokok berhampiran gerai keropok lekor tersebut .

"Assalamualaikum , Cik Yas . Saya nak beli keropok lekor 3 ringgit ye . Lepastu , air mangga satu . Nak yang cawan kecik je ." Pesan Asha . Favourite Asha jika membeli makanan di sini .

"Nah ini dia ye . Semua sekali 5 ringgit . "

Asha pun memberi wang sebanyak 5 ringgit . Lalu dia ke basikal nya semula .Tanpa menoleh kiri dan kanan . Asha terus melintas ke seberang jalan semula .

"Ehhh dik , dik jangan jalan dulu . " Jerit Cik Yas dan beberapa orang yang berada di gerai Cik Yas . Ada beberapa lelaki di situ mahu mengejar Asha yang sudah di tengah jalan tar tersebut .

PINNN !!! Bergema bunyi hon  di kawasan itu .

Ada sebuah kereta merah yang laju menuju ke arah Asha. Tanpa sempat Asha menoleh ke belakang . Terus dia melambung ke udara . Lalu jatuh berguling-guling sehingga lalu kepala nya terhantuk terkena batu yang ada di bahu jalan tar itu .

Basikal dan keropok lekor nya sudah bersepah di tengah jalan . Air mannga nya sudah membasahi jalan raya itu .

"Ahhhhhrgggg !!"  Terjerit kesakitan Asha . Rasa sakit yang amat kuat adalah di kepala nya . Tak mampu untuk dia membuka mata nya lagi . Lepastu sakit hati jugak sebab tengok keropok lekor nya jadi begitu .

Ramai orang berpusu-pusu lari ke arah Asha . Kecoh seketika kawasan itu . Terdengar siren ambulans yang sudah tiba di situ . Terus tubuh Asha di bawak masuk ke dalam ambulans .

- Barakallah ya maulana -

Assalamualaikum . Maaf la sebab lamberrt nak update . Tata .

BellaVissa123

MY HABIBIWhere stories live. Discover now