KOH 1

3.6K 157 4
                                    

"Assalamualaikum!Sayang oh sayang!You kat mana?"laung Alden setelah membuka pintu rumahnya.

Dia baru sahaja pulang dari tempat kerjanya.Tiba-tiba dia ternampak kereta BMW warna merah milik isterinya ataupun mesra dipanggil Mr.Crab sudah ter'parking' cantik di garaj rumah mereka.

Dia dengan segera meluru ke bilik tidur mereka di tingkat atas.Tidak sabar mahu berjumpa sang bidadarinya seorang itu.Rindu!

Setelah membuka pintu biliknya,kelihatan Ezra sedang tidur di atas katil dengan baju kerja yang masih tersarung di badan.

Terlakar senyuman kecil di bibir Alden melihat isterinya itu.

"Sayang ni patutlah orang panggil tak jawab.Dia tidur rupanya.Ya Allah!"

Dia mendekati Ezra yang sedang nyenyak tertidur itu.Punggung dilabuhkan disebelah Ezra.

Ezra tersedar kerana pergerakan Alden itu telah menganggu tidurnya.

"Erk,sorry!I kacau you tidur ke?" Kata Alden.

Lupa isterinya memang senang terjaga walaupun dia bergerak sikit.

"Tak apa lah!Erm,sekarang pukul berapa?"tanya Ezra sambil memisatkan matanya.

"Eeee,isteri aku ni comel sangat kenapa?Baru bangun tidur pun cantik.Cium karang!" bisik Alden dalam hati.

"Sekarang pukul 6.30 petang.Awal sayang balik hari ni?Selalunya pukul 6 lebih baru balik."

"Tadi I sakit perut senggugut.I mintaklah excuse.Nasib boss bagi.Ni yang I tak suka kalau 1st day period ni." Rungut Ezra.

"Lah tak cakap!Boleh biy ambik sayang tadi!"

Alden terkejut mendengar kata isterinya.Ezra kalau dah senggugut memang teruk sikit.Kadang sampai tak boleh berjalan.

Kesian pulak dia tengok isterinya.Kalaulah diorang boleh berkongsi kesakitan,dia akan buat.

"It's okaylah!Tadi I dah makan pain killer.So,kurang sikit dah."kata Ezra.

"Oklah kalau macam tu,malam ni biar I masak.You rest.Got it?"

"Seriously biy?You masak?"

"Yerlah!Apa sayang ingat biy tak pandai masak ke?"

"Haah!"

"Setepek eh!"

"Manalah I tahu?You tau tak kita kahwin baru sebulan.Lepastu kan you,kita kenal baru 4 bulan.Tup,tup! You masuk minang.Manalah sempat I nak tau benda tu.Logik en apa I cakap ni."

"Dasar ini peguam.Yelah,yelah salah I tak bagitahu you.Sekarang dah tau kan.Suprise!" Kata Alden dengan datar.

Ezra tergelak melihat Alden yang pasrah dengan dirinya.Siapa suruh kahwin dengan peguam?

Isterinya kalau berperang mulut mesti dia yang menang.Sebab apa?Sebab Ezra kan lawyer.Bab berdebat ni champion!

"Sekarang ni,biar I pergi mandi dulu.Pastu nanti I masak ok?Then,you pulak yang mandi!" Arah Alden.

"Aip,captain!"sahut Ezra.

"Good girl!Meh sini I reward!"

Dahi Ezra pantas dicium bertalu-talu.Ezra segera menolak lembut dada bidang suaminya.Rimas!

"Enough!Now,you pergi mandi!"

"Yelah2.Ish,kedekut!"

Bibir Alden dicebik tanda tidak puas hati.

"Mengada eh.Cubit kang baru tahu."

Alden cepat-cepat mencapai tuala dan bergerak ke arah tandas dengan segera.Takut wei!Cubitan Ezra boleh membawa maut yall!

_________________________________

Leka sungguh Ezra melihat Alden yang sedang memasak di dapur itu.Ni kalau ada bom belakang dia pun tak perasan!

Muncul satu idea di dalam kepalanya.Hehe!

Terkejut Alden apabila ada sepasang tangan yang melingkari pinggangnya daripada belakang.Hampir sahaja dia campakkan sudip ditangan.

"Sayang ni terkejut oranglah.Nasib baik tak kena ketuk ngan sudip tho."

"Hehe,sorry biy!I saja jer nak buat you terkejut!"

"Anyway,you masak apa ni?"

Kuali di depan Alden diintai melalui ketiak Alden.Almaklumlah,suami dia ni kemain tinggi.184 cm gaisek!I ni 164 jer.

"I masak simple jer.Ayam masak merah.Boleh kan?"

"Eh,apa pulak tak boleh?Masak jerlah.I'm not a picky eater!"

"Nice!I tak tau sangat nak masak apa.I masak jerlah apa yang ada."

"Tapi kan sayang.Barang nak masak dah habis tau.I rasa kita kena pergi grocery shop weekend ni."

"I tak kisah I ikut jer."

"Ok set.Grocery dating!"

"Aik,boleh eh macam tu?"

"Boleh,boleh,boleh!"

Terletus ketawa Ezra.Suami dia ni comel sangat kenapa?Kelakarlah!

One thing yang buat dia jatuh cinta kat Alden ialah suami dia bila dengan Ezra tersangatlah kelakar.Kalau dengan orang lain bukan main senyap lagi.

Dia ingat lagi waktu Alden mengorat dia dulu.Ezra ni sejenis yang clueless orangnya dia kalau orang ngorat pun kadang tak sedar.

Geram Alden sebab Ezra ni dah kena tackle pun tak sedar-sedar.Dia fikir Alden main-main saja.Last sekali,Alden ni terus terang jer yang dia suka pada Ezra.Tergamam aku.

Terasa sebuah tangan yang besar di dahinya,Ezra terus tersedar ke alam nyata.

"Tak demam pun!Ok jer!" Kata Alden sambil mengalihkan tangannya daripada kepala Ezra.

"Mana ada I demam?"

Berkerut kening Ezra bila suaminya kata begitu.

"Dahtu you senyum sorang-sorang!Biy tegur pun tak sedar.I risau lah takut sayang demam."

"I ok lah.I berangan jap tadi."

"Uuuwwww,kuat berangan eh you ni."

"HAHAHHAHA,biarlah!"

"Biy dah siap masak ni.Sayang hidangkan lauk jap boleh?I nak buat air."

"Boleh wak.Kita menurut perintah!"

Kepala Ezra diserabaikan oleh Alden sebelum dia berlalu pergi.

"Ish,you ni penat I sikat."

"Bye!"

"ALDEN ISHWAR!!!!"

Kiss Or HugWhere stories live. Discover now