KOH 7

805 69 1
                                    

Mid Valley.....

"Cuba bagitahu biy sekarang kenapa kita dekat sini?

Soal Alden setelah mereka berdua turun daripada kereta.Wajah Ezra dipandang dengan peliknya sehingga membuatkan wanita itu tidak selesa.

Bukan main terkejut lagi apabila Ezra menariknya masuk ke dalam kereta lalu isterinya terus memandu ke sini tanpa memberitahu Alden sebabnya.Dahlah dia hanya bertrack suit dan t shirt sahaja.Isterinya pula sempat siap memakai blouse dan palazo lagi.

Amboi,dia cantik kita ni pulak selekeh!Nasib baik dia memang letak kasut sukannya di bawah seat kereta.Kalau dia berselipar tadi lagi selekeh gamaknya.

"I malas nak tunggu you siap.So,I tarik jer lah you tadi.Lagipun you dah mandi kan?"

Alden hanya mengangguk pasrah.Tengok muka Ezra yang hanya selamba itu buatkannya geram tetapi dia tidak boleh marah.Tak sanggup!

"So kita buat apa kat sini?"

Tanpa serba salah Alden menyoalkan perkara itu.Ezra menepuk dahinya.Apa punya soalan laki aku ni?Dia juga yang suruh cari dress?

"You ni kan,sebelum I gigit you better you ingat balik kenapa kita dekat sini?"

"Gigitlah!I lagi suka.."

Nyata Alden bersama senyuman nakal di bibirnya.Ezra mengetap bibir menahan geram.Lengan Alden dipukul kuat olehnya.

Pak!!!

"ADOI!!!Sakitlah sayang!"

Terbeliak biji mata Alden apabila lengannya dipukul dengan bisanya sekali.Tangan kirinya menggosok-gosok lengan kanan yang baru sahaja dipukul Ezra sebentar tadi.

"Hah,main-mainlah lagi.Suamiku Alden Ishwar,sekarang ini kita nak cari baju untuk event parent you biy!"

Alden memandang muka Ezra dengan riak muka yang tidak percaya.Bagaimana dia boleh lupa pasal perkara itu.Patutlah mama suruh aku kahwin dulu!Aku ni pelupa orangnya!

"Ingat dah?"

Alden menganggukkan kepalanya berkali-kali.Tangan Ezra naik mencapai pipi Alden lalu diusap lembut.

"Goodboy!Sekarang jom pergi!"

Ujar Ezra lalu tangan Alden digapai dan dipeluknya sambil mencari kedai bagi membeli bajunya.

Banyaknya kedai dekat sini.Rambang mata Ezra dibuatnya.Ezra sememangnya seorang yang suka membeli belah.Disebabkan Alden tidak kisah jikalau Ezra menghabiskan duitnya,lagi galak lah dia bershopping.Ala,bukan luak pun duitnya kalau belanja isteri.Bertambah rezeki adalah!

Tak faham kenapa lelaki sekarang nak bini lawa-lawa sampai sanggup cari perempuan lain,padahal diri sendiri salah sebab tak bagi duit suruh bini cantikkan diri.Manusia,manusia!

"Biy,kita masuk kedai ni jap?"

Ezra menarik tangan Alden untuk masuk ke satu butik muslimah yang menempatkan pelbagai dress yang lawa.Alden hanya mengikut sahaja kemana perginya isterinya.Walau pun dia ada rasa malas,tapi waktu sekarang ni lah dia kena spend time puas-puas.

Ezra seorang wanita yang sibuk .Dia mahu sahaja Ezra berhenti kerja tetapi dia faham,Ezra tidak suka duduk di rumah sendirian,bosan katanya!

Well,Ezra ni seorang yang bercita-cita orangnya.Dari kecil sehingga besar,peguam adalah impian nya.Mana mungkin dia akan musnahkan impian Ezra.Melainkan Ezra sendiri yang nak berhenti,dia tiada masalah.Gajinya cukup mahu menampung walaupun 10 orang anak.Eik,besar sangat harapan kau Alden!

Alden hanya duduk di bangku yang disediakan di dalam butik sambil matanya memerhatikan pergerakan Ezra yang kehulu-hilir mencari baju.Kalau ikutkan ini kedai ketiga yang mereka pergi.Dalam tiga kedai diorang masuk,ti ada a satu pun yang Ezra beli.Lama betul dia nak pilihnya.

Kiss Or HugWhere stories live. Discover now