KOH 11

572 51 0
                                    

Ting!

Bunyi noftication daripada telefon Alden membuatkan perhatiannya pada kerja lapangan pelajarnya terganggu.Dia segera membuka aplikasi whatsapp dan mendapati ibunya yang menghantar mesej kepada dirinya.

My Queen
Alden,balik rumah mama ya
malam ni?
Kita ada tetamu!

Me
Siapa ma?

My Queen
Pekerja papa.
Dialah yang mama cerita
nak tolong company kita tu!

Me
Oh,nanti Alden balik.
Lambat sikit maybe!

My Queen
Ok,sayang!
Take Care!

Me
I will ma!

Setelah menjawab mesej ibunya,Alden menyambung semula kerjanya yang tertangguh.

"Jap,yang datang nanti lelaki ke perempuan eh?Aku harap lelaki lah.Malas aku kalau perempuan.Annoying!"

Kata Alden sendirian.Dia mengangkat bahunya lalu kertas yang melambak di depannya itu disemak satu-persatu.

_______________________________

Terteguk air liur Ezra apabila melihat rumah banglo mewah yang tersergam indah di depannya pada saat ini.Ini kali pertama dia menjejakkan kaki di rumah orang kaya seperti ini.Kemudian dia berpaling menghadap keretanya.Cermin tingkap digunakan untuk melihat penampilannya pada malam itu.Dia memakai knitwear cardigan berwarna coklat cair bersama kain skirt berwarna putih.Tudung shawl berwarna putih turut dipadankan bersama.

Setelah yakin dengan penampilannya,dia menekan loceng rumah tersebut lalu seorang wanita tua menyambut kehadirannya bersama senyuman di wajahnya.

"Ini mbak Ezra ya?"

Ezra mengagak wanita di depannya itu adalah pembantu rumah ini lalu dia membalas dengan anggukan bersama senyuman.

"Ya saya.Ini rumah Tan Sri Hazwan ke?"

"Ya,benar .Silakan masuk ya mbak...mereka semua sudah menanti kedatangan mbak!"

Nyata pembantu rumah dengan bahasa indonesia yang sedikit pekat.Nasib baik Ezra faham.Berkat menonton sinetron bersama adik lelakinya.

"Assalamualaikum!"

Ucap Ezra setelah melangkah masuk ke dalam rumah banglo tersebut dengan perasaan berdebar.Tetapi mukanya tetap menunjukkan reaksi tenang.Takkan nak buat muka jakun pula kan?

"Waalaikumussalam,awak ni Ezra ke?"

Soal seorang wanita yang anggun memakai dress berwarna ungu gelap.Mungkin isteri Tan Sri Hazwan kerana pemakaian nya yang agak elegan itu.Ezra menjawab soalan tersebut bersama anggukan sebelum tangan wanita itu dicapai untuk bersalaman.

Ibunya kata orang tua perlu dihormati jadi kita kena salam mereka bila berjumpa.Ladies only lah,kalau dia salam Tan Sri karang mati katak pulak bini dia.

"Ya saya Puan Sri!

"Apa pulak Puan Sri?Panggil aunty saja!Jom ikut saya ke meja makan!"

Ezra hanya menuruti wanita elegan itu dengan segan ke meja makan.Kelihatan di situ terdapat Tan Sri Hazwan bersama seorang gadis muda yang sepertinya pelajar universiti.Comel sahaja dia lihat gadis itu.

Kiss Or HugWhere stories live. Discover now