KOH 13

630 63 0
                                    

Adunan tepung di dalam mangkuk diuli dengan sekuat hati.Dia perlu buat benda ni dengan serius dan teliti.Kerja ini perlu diberikan sepenuh perhatian untuk menyiapkannya.

Demi mendapatkan senyuman manis milik Ezra,Alden sanggup menguli menghasilkan donut tersedap di seluruh dunia.Walaupun ini kali pertama dia membuat donut.Tapi tidak mengapa yang penting usaha.Sementara isterinya belum pulang,dia bertungkus lumus belajar membuat kuih.

Semua ini bermula daripada....

Flasback...

"Biy,tengok ni?Nurin send gambar kuih ni dekat I!"

Kata Ezra yang sedang baring di riba Alden.Telefon ditunjukkan betul-betul di depan muka suaminya.Alden menolak sikit telefon Ezra ke bawah untuk melihat apa yang dimaksudkan isterinya.

"Cucur Udang eh?Kenapa you nak ke?"

Ezra menggeleng kepala.Bukan itu maksud di sebalik apa yang dia cuba sampaikan.Alden berkerut kening.Habistu apa fungsi Ezra tunjuk benda tu kat dia.

"Dahtu,apa bendanya?"

"Cucur ni suami dia yang buat!"

Jantung Alden sudah berdebar.Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.Tiba-tiba rasa tidak bersedia nak mendengar perkataan seterusnya daripada mulut Ezra.

"I teringin nak you buatkan jugak!"

Kan betul!Dah agak dah.Mesti ada sesuatu punya.Ezra dipandang dengan wajah gelisah.Alamak sayang,suami awak mana pandai buat kuih.Masak biasa-biasa,kita retilah.

"I tak pan..."

"Tapi kalau tak nak tak apa."

Wajah sedih sengaja ditayangkan kepada Alden.Ezra kembali menarik telefonnya daripada muka Alden.Dia sambung melihat telefonnya.Alden mengeluh sebelum kata-kata yang agak gila keluar daripada mulutnya.

"Oklah nanti I buatkan."

Ezra terus sahaja bangun secara mengejut.Habis terhantuk kepalanya dengan Alden.Padahnya dua-dua menggosok dahi serentak.

"Sayang sakitlah!"

"Seriouslah you nak buatkan?"

Keluhan Alden diabaikan malah dia cuba mendapatkan kepastian daripada suaminya sampaikan kepala yang dah merah itu pun dia biarkan.Alden menepuk dahinya.

"Ya,nanti I buatkan."

"Yeay...thank you baby!"

"Tapikan...I tak nak cucur I nak donut gula."

Semakin laju debaran di dada.Ya Allah dia minta donut pulak.Macam mana nak buat tu?

"Ya,donut pun donutlah."

Gembira bukan main lagi Ezra.Pipi Alden lansung dikucup olehnya di kedua belah pipi.Alden memberikan senyuman manis kepada isterinya.

Kepala Ezra pantas ditarik semula untuk baring di pehanya.Dahi Ezra yang merah tadi diusap lembut oleh Alden.

"Excited sangat ke?Sampai ni pun tak perasan."

"Haah...tapi tak apalah at least you nak buatkan I donut.Sakit macam ni biasa jer."

Pasal donut nantilah dia minta tolong ibu mertuanya punya resipi.Disebabkan umi si Ezra pandai membuat kuih nanti dia minta saja tips.Yang penting,anak dia happy.Layan kan jerlah!

End Flashback...

Disebabkan itu juga lah dia beria nak buatkan si Ezra donut.Menyesal sikit sebenarnya sebab dah dua kali dah donut dia tak jadi.Dah minta umi tips pun masih kelaut lagi donut ni.

Kiss Or HugWhere stories live. Discover now