KOH 9

667 67 3
                                    

Alden meraba sisinya hanya untuk mendapati yang Ezra tiada di sebelahnya.Dia lantas bangun mencari keberadaan Ezra di rumah itu.

Sehinggalah dia terdengar bunyi orang menyanyi di tepi kolam rumah mereka.Satu senyuman terbentuk di pipi Alden apabila mendapati Ezra di situ merendamkan kakinya di dalam kolam sambil bernyanyi kecil.

"Wajahmuuuu....senyumanmuuuu....ku terkena dan ku lansung jatuh...."

Bukan main gembira lagi isterinya disitu dengan kepala yang digoyang ke kiri dan kanan.Alden naik menyungging senyuman nakal di wajahnya.Satu idea timbul di fikirannya.

Secara senyap Alden melangkah ke arah Ezra,langkah demi langkah diambil olehnya.Baru sahaja badan isterinya mahu ditolak ke dalam air.Ezra menggesot ke tepi sebelum kaki Alden ditendang dan

Splash!

"HAHAHHAHAHAH...you fikir I tak tahu ke?"

Tergelak besar Ezra apabila melihat suaminya sudah basah di dalam air.Alden memukul permukaan air geram.Rambutnya diraup ke belakang.Baru sahaja niatnya nak kenakan isteri.Last sekali,kita yang kena balik.

"Macam mana you tahu ni?"

"I nampak bayang you kat air!"

Jawab Ezra sambil ketawa.

Tak boleh jadi ni!Ezra yang sedang ralit ketawa itu membuatkan dia sakit hati.Dia berenang perlahan ke arah Ezra sebelum kaki isterinya ditarik ke dalam kolam.

Maka dengan itu,Ezra menjerit terkejut setelah dia juga turut basah di dalam kolam itu.Kini giliran Alden yang tergelak besar.

"Biy,apa ni...orang dah mandi lah!"

Rungut Ezra.Ketika dia ingin panjat tangga kolam,Alden memeluk pinggang Ezra menahan isterinya daripada pergi.Terkejut Ezra dibuatnya.

Bahu Alden dipeluk Ezra dek kerana Alden menariknya secara tiba-tiba.

"Sayang nak pergi mana?Alang-alang baik kita mandi kolam sama-sama!"

Kata Alden tanpa riak serba salah.Baju dibuka oleh Alden meninggalkan short pant miliknya sahaja.Terpempan Ezra melihat six pack milik suaminya.Favourite dia ni!

Alden menjungkitkan keningnya ke arah Ezra.Dia tahu Ezra sedang menikmati tubuh badannya.Kedengaran bunyi desiran daripada Ezra menarik perhatian Alden.

"You ni saja nak goda I ke biy?"

Alden merapati Ezra sebelum pinggang isterinya dipaut oleh tangan kekar miliknya.Mereka saling berpandangan.

"Hmm,ye ke?Am I?Are you,sweetheart?"

Soal Alden dengan suara husky miliknya.Ezra menggigit bibirnya.Suami dia dah start dah.Ulat bulu dia dah naik!

Ezra menampar dada Alden lembut.Alden tersenyum nakal.Bibirnya turun ke arah leher jinjang Ezra.Dia menghidu aroma isterinya yang tempting.

Kemudian,Alden meletakkan mukanya betul-betul di hadapan wajah Ezra.Setiap inci wajah Ezra diperhatikan dengan wajah yang redup.

Selepas itu,dia mengucup daripada dahi,kening,kedua kelopak mata Ezra,pipi,kemuncak hidung turun ke bibir mungil isterinya...lama!

Ezra memejam mata menikmati setiap kucupan suaminya.

Setelah itu,Alden membawa Ezra ke dalam dakapannya.Rambut basah isterinya dimainkan oleh Alden.Suka betul Alden dengan rambut perang asli Ezra.Rambut isterinya yang separas atas pinggang membuatkan dirinya berminat.

"Memang kita nak stay macam ni jer ke?"

Soal Ezra disebalik bahu Alden.Alden terus meleraikan pelukan mereka.

Kiss Or HugWhere stories live. Discover now