KOH 14

618 61 1
                                    

Pintu pejabat milik boss nya diketuk sebelum pintu kaca ditolak perlahan.Baru sahaja tadi,pembantu peribadi Encik Adnan merangkap bossnya berpesan supaya dia masuk ke pejabat majikannya nanti.

Dia kemudia bergerak ke bilik lelaki itu.Pasti ada perkara penting yang dia nak sampaikan kepada dirinya.Kelihatan lelaki itu sedang membelek dokumen kerja di mejanya.

Ezra mengdehem dengan sedikit kuat agar lelaki itu menyedari kehadirannya.Encik Adnan mengangkat kepalanya memandang Ezra dengan sebuah senyuman di mukanya.

"Ezra,how are you?"

"Good boss."

"Alhamdullillah.Anyway I nak cakap dengan you something."

"Apa dia?"

"Saya nak awak join kursus kenaikan pangkat dekat Pahang untuk seminggu."

Ternganga mulut Ezra mendengar arahan daripada bossnya.Dia tidak tahu nak beri reaksi gembira atau sedih.Gembira sebab naik pangkat.Sedih sebab suaminya.Bagaimana lah dia nak bagitahu si Alden tu?

______________________________

"Sayang,jom makan kat luar."

Ezra yang sedang menukar pakaiannya pada ketika itu mengerutkan keningnya.Badan dipusing menghadap Alden di atas katil.

Pelik apabila Alden yang tidak suka makan dekat luar tu tiba-tiba ajak makan di luar.Demam ke apa?

Alden didekati lalu belakang tangannya diletakkan di dahi suaminya.Tak panas?

"Kenapa ni?I tak demamlah sayang!"

"Tak lah I fikir you demam sebab you tiba-tiba ajak makan luar.Setahu I you tak suka makan dekat luar."

Alden tersengih janggal.Ezra mengambil tempat di sebelah lelaki itu.Kepala di sandarkan di bahu lelaki itu.Tangannya naik memeluk pinggang Alden.

"I saja nak makan kat luar sebab you nampak down jer sejak balik tadi.Nak happykan you I bawak lah keluar."

Tersentuh hati Ezra mendengar kata-kata Alden.Dan itu buatkan dia rasa lebih serba salah nak bagitahu pasal kursus tersebut.Mahu atau tidak dia perlu juga bagitahu lelaki itu tentang perkara tersebut.

Nafas dihela perlahan sebelum membuka mulut untuk membicarakan hal tersebut.

"Biy?"

"Hurm."

"I nak cakap something boleh?"

Kepala ditoleh menghadap Ezra.Mereka sekarang duduk berhadapan secara bersila di atas katil.Sepenuh perhatian nya kepada Ezra sekarang.Manakala Ezra sudah panas punggung di situ.

"Ok,macam ni cerita dia..."

"I kena pergi kursus dekat Pahang."

Terdiam Alden dibuat nya.Muka Ezra ditatap dengan riak terkejut.Rasa nak menangis pun ada.Ini adalah kali pertama Ezra meninggal kan dia sejak berkahwin.

"Berapa lama?"

"Seminggu!"

Dada dipegang oleh Alden.Terasa direntap jantungnya mendengar tempoh masa kursus tersebut.

Muka Alden yang sedih buatkan Ezra makin rasa bersalah.Kalau boleh dia memang tak nak ikut tapi ini kursus naik pangkat,mana boleh reject.

Alden berdiri daripada katil sebelum pintu bilik dikuak perlahan meninggalkan Ezra bersendirian di bilik.

"Biy?"

Nafas dihela kasar.Ish,macam mana ni?Alden mesti merajuk dengan dia.Tapi bukan dia yang nak pun.Haih!

Kiss Or HugWhere stories live. Discover now