BAB 1

362 31 7
                                    

enjoy reading !

✿✿✿

     "Bonda! oh bonda!" Hampir terkeluar anak tekak Adeena mencari ibu kesayangannya itu. Selagi tidak nampak ibunya dimana, selagi itulah dia akan memekak di tengah-tengah alam memanggil ibunya.

"Ye, bonda disini sayang!" Jerit bonda kembali. Bonda pun satu, bukannya nak bagitahu nama tempat. Manalah aku nak tahu disini itu dimana dalam istana sebesar alam ni.

Dengan menggunakan deria mendengar aku yang boleh tahan power, segera aku bergerak ke arah suara bonda tadi.

Bingo!

Bonda berada di taman bunga mawar, seperti yang aku sudah agak. Bonda amat suka dengan bunga mawar, oleh sebab itu lah ayahanda bina satu taman bunga mawar khas untuk bonda.

Sweet kan? Aku pun tak ada macam tu.

"Bondaaaa." Panggilku meleret dan terus memeluk bonda yang sedang menyiram pokok-pokok bunga. Apalah bonda ni, banyak pembantu-pembantu yang boleh lakukan hal itu, namun tetap juga berdegil untuk menyiram sendiri taman bunganya. Sayang betul!

Bonda yang seperti sudah biasa dengan kerenahku hanya membiarkan saja. "Kenapa bonda yang siram? Kan banyak pembantu yang boleh lakukan." Tanyaku walaupun aku sudah tahu apa jawapan yang akan bonda berikan.

Biarlah, ni taman bonda bukan taman pembantu-pembantu tu.

"Lah, ni kan taman bonda mestilah bonda sendiri yang siramkan." Sama lah tu cuma beza sikit je.

Aku gulingkan mata ke atas. Pelukan tadi aku lepas. "Bonda ni terlalu baiklah, kalau orang ambil kesempatan macam mana?" Aku masih lagi tak puas hati. Bukan apa, sudah lama aku tak bertengkar dengan bonda. Jadi, aku ambillah peluang ini untuk berdebat kata dengan bonda.

"Kalau orang ambil kesempatan, bonda ambillah kesempitan." Jawab bonda selamba.

Hm, aku dah la blur. Bonda pulak bermain kata. "Ambil kesempitan tu macam mana?"

Kali ini bonda pula yang menggulingkan mata ke atas. Aku yang masih blur hanya melihat wajah cantik bonda menunggu balasan untuk pertanyaanku sebentar tadi.

"Ish kamu ni, tak boleh nak loyar buruk langsung!" Bonda nampak seperti sudah berputus asa. Jangan la salahkan aku sebab dilahir blur sebegini. Setiap anak mesti akan ikut perangai dari ibu atau ayahnya. Jadi salah siapa sekarang ni?

"Bondalah! Dah tahu Deena macam ni, kenapa nak berloyar buruk lagi." Seorang Deena takkan menyerang tanpa berundur.

Ibu sudah malas layan. Ditinggalkan aku sendirian di sini dan kembali masuk ke dalam istana mewah itu.

Huh, nak mengadu dekat ayahanda lah tu! Dah tua pun nak mengadu, lemah.

Langkah aku aturkan untuk kembali ke bilikku. Taknak pergi ke bilik makan. Nak merajuk dengan bonda. Eh seorang Deena kalau merajuk, susah tau nak pujuk!

✿✿✿

     "NAK!" Jeritku apabila baru mendengar perkataan yang keluar dari mulut the one and only sahabat baik aku, Airiz.

Terus aku melompat bangun dari katil yang boleh muat hingga lima orang. Tak sabar nak ke bilik makan. Mulutku sudah sampai ke telinga kerana terlalu teruja dengan apa yang dikatakan Airiz tadi.

"Aik tadi aku dengar ada budak tu merajuk taknak makan." Perli Airiz. Dia sudah muak dengan perangai aku yang satu ini. Pantang dengar nama makanan kegemaran, terus semua masalah akan pergi menjauh.

"Alaa, mana ada aku merajuk. Tadi tu aku test je nak tengok aku ingat ke tak jalan ke bilik aku." Alasan tak berakal aku beri.

"Lagipun, cheesecake kot! Siapa je yang sanggup taknak makan kek sesedap itu." Tambahku. Betul, siapa je yang tak suka cheesecake. Cuba bagitau aku.

"Ada, Pak Meon tukang gilap kasut tu. Dia mana suka makan cheesecake." Aku menjeling Airiz. Ada saja dia nak bantah apa yang aku cakap.

"Ish, kau ni kan!" Aku sudah tidak tahan lagi dengan perangai selamba badak Airiz itu terus menghentakkan kaki ke lantai. Geram.

"Apa? Betul apa aku cakap. Kalau kau tak percaya sangat, kau boleh pergi sendiri tanya Pak Meo--" Tidak sempat Airiz habiskan ayat, aku sudah terlebih dahulu menutup mulutnya. Mukanya yang penuh tanda soal memandang aku.

"Dah laaa, aku nak makan cheesecake bukan nak dengar kau bebel!" Kataku serentak dengan melepaskan tanganku dari mulutnya.

Airiz hanya mengeluh. Kenapa cara dia mengeluh tu macam aku dah buat kesalahan yang besar? Apa dia sudah tidak mahu kawan dengan aku? Ke perangai aku ni terlalu kebudak-budakkan untuk dia?

Tidak sempat untuk otakku mencerna fikiran negatif yang lain, apa yang dikatakan Airiz mengambil alih perhatianku.

"Yelah jom. Tapi sebelum tu aku nak bagi kau sesuatu ni." Kata Airiz sambil tersenyum ngeri.

Namun aku tidak nampak senyuman ngeri itu langsung teruja dengan apa yang nak diberi Airiz. Bukan senang woi nak dapat sesuatu dari Airiz!

Setelah berpuluh saat aku menunggu, namun Airiz hanya kaku di tempatnya dan hanya melihat wajahku lama. Aku yang memang jenis tak reti sabar membuka mulut untuk bertanya. Namun tidak sempat ingin mengeluarkan suara, kepala aku terasa seperti diketuk.

Ya, Airiz yang ketuk.

"Apa ni! Main ketuk-ketuk kepala orang pulak!" Marahku. Walaupun Airiz ni kecil-kecil cili padi, pukulan dia boleh tahan padu tahu.

"Untuk nak betulkan balik urat saraf otak kau tu. Mana tahu berbelit dekat mana-mana ke. Umur dah 25 tapi macam 5 tahun je aku tengok." Apa barang kutuk belakang-belakang. Ni kakak Airiz lah, baru macho kutuk depan-depan. Auch.

"Dah la, taknak kawan." Terus aku melangkah keluar menuju ke bilik makan. Meninggalkan Airiz seorang diri di belakang. Namun aku tahu dia juga sudah berjalan di belakang aku. Tak, tak merajuk pun. Cuma nak perhatian. Adeena Hanan ialah seorang attention seeker ye.


✿✿✿

tbc.


oh, memang tidaklah saya nak guna bahasa klasik. nanti hauk la cerita ni jadi oleh sebab tunggang langgang bahasa klasik..

awal-awal bab memang sedikit bosan, jadi bawa bersabar ye wahai teman-teman.


KING'S LAIR | ON HIATUSWhere stories live. Discover now