BAB 4

195 24 10
                                    


Airiz pov

     Kasut yang ditanggalkan aku ambil dan letak di almari kasut. Kaki diatur menuju ke bilik tidur yang berada di tingkat kedua.

Rumah ini sunyi sepi seperti biasa. Kesunyian semakin terasa. Ruang yang gelap dibiarkan, tidak ada faedah jika lampu dibuka pun. Tetap tiada orang melainkan dirinya.

Ruang tamu dipandang seketika. Ruang yang penuh dengan memori kini ditinggal sepi.

Krakk..

Pintu rumah yang dibuka mengambil perhatianku.

Ayah.

Kaki aku aturkan kembali menuju ke bilik tidur. Tidak mahu berlama-lama lagi di sini.

"Airiz."

Namun, panggilan tersebut mematikan langkahku.

Badan aku pusingkan menghadap gerangan yang memanggilku. Pandangan kosong aku berikan.

"Deena mesti dah bagitahu tentang pemergian dia ke kerajaan Aesira nanti. Ayah nak kamu ikut dia ke Aesira." Perkara pertama yang keluar dari mulutnya semestinya berbentuk arahan.

"Airiz memang akan pergi pun, tapi bukan sebab ayah. Namun sebab Deena. Jadi ayah tak perlu bimbang dengan hidup Airiz. Biar Airiz atur hidup Airiz sendiri." Itulah syarat Deena tadi. Syaratnya, aku kena ikut sekali. Aku bantah juga mula-mula, namun setelah Deena ugut untuk tidak mahu bercakap denganku selama sebulan, aku hanya menurut perintah.

Aku segera membuka langkah. Tidak betah ingin berada di situ lagi. Makin lama aku disitu, makin berdarah luka yang telah lama aku sedaya upaya tutup.

Benda pertama yang aku tuju setelah masuk bilik tidurku, semestinya katil. Badan aku hempukkan katil. Aku memandang syiling kosong itu. Tiada apa yang menarik. Bilik ini kosong seperti hidup aku.

Tangan aku gapai mengambil bingkai gambar yang berada di atas meja kecil bersebelahan dengan katil.

Gambar tersebut diangkat. Pandangan aku sekarang dipenuhi dengan gambar seorang wanita yang sedang tersenyum manis.

"Ibu.. Airiz rindu."

Air mata jatuh tanpa aku sedar. Gambar ibu aku peluk erat. Berharap aku dapat merasa pelukan balas dari ibu.

18 tahun lepas..

"Ibu! Ibu! Bangun lah! Ibu kenapa?! Jangan tinggalkan Airiz macam ni!" Airiz yang masih berumur 7 tahun itu menjerit kuat. Ibu yang berada di pangkuannya tetap statik tidak bergerak.

"Ayah! Tolong! Tolong ibu ayah! Ibu pengsan-- tsk tsk." Perkataan dan tangisan berselang seli keluar dari mulut kecilnya.

Namun panggilannya dibalas dengan kesunyian.

Airiz meletak perlahan kepala ibunya ke lantai. Dia segera bangun ingin meminta pertolongan. Bilik ibu dan ayah dia tuju.

Namun, hampa memenuhi dirinya apabila melihat ayahnya tiada. Dia buntu. Buntu mahu meminta pertolongan daripada siapa. Dia masih kecil. Masih tidak tahu apa yang harus lakukan.

Akhirnya dia berlari keluar rumah meminta tolong daripada jiran-jirannya.

_________

KING'S LAIR | ON HIATUSWhere stories live. Discover now