BAB 16

135 19 2
                                    

     TINGKAH aku mempercepatkan. Memandangkan banyak manusia yang sedang menunggu aku ketika ini.

Aku sekarang berada di bilik yang pernah aku duduki di Aesira. Pemilihan baju pengantin sedang dilakukan. Pejam celik pejam celik, lagi tiga hari sahaja lagi hari perkahwinan aku dan pak ustaz Athmar.

Entah kenapa nak cepatkan sangat pun aku tak tahu. Bukannya aku nak lari pun daripada perkahwinan ini. Tapi itu tak bermaksud aku 'suka' dengan rancangan ayahanda ini.

"Airiz, lama lagi ke?" tanya aku.

Satu badan aku dah lenguh-lenguh dah ni. Sudah berapa jam aku tercegat dekat sini dan sudah berpuluh baju pengantin aku pakai.

"Entah, bonda kau tu masih tak puas hati nak pilih mana satu dress untuk kau," Airiz berbisik kepadaku.

Ya, bonda pun ikut aku ke Aesira. Hanya tinggal ayahanda untuk menjada Nawazish.

Kata Athmar, lebih baik aku berada di Aesira  siap-siap supaya tidak gelabah kalau ada masalah apa-apa.

Ceh, kata jelah takut aku lari. Takut gelabah konon..

Lagi satu yang buatkan aku geram ialah, selepas aku bagitahu yang aku bersetuju untuk mengahwininya terus ayahanda dan juga Raja Uthman menetapkan tarikh kahwin.

Iaitu seminggu selepas itu..

Aku mula berasa sedikit menyesal. Kenapa cepat sangat!? Tiada daya, aku hanya menurut perintah. Janji ayahanda dan bonda gembira.

Sebab itulah aku baru nak pilih baju walaupun lagi tiga hari saja aku nak kahwin. Tak tahukah Athmar, keadaan sekarang membuatkan ramai pihak lagi gelabah.

Sempat ke nak buat semua benda dalam seminggu? Nak pilih baju pun sampai berjam-jam.

Ah, malas lah nak fikir. Diorang yang rancang, diorang lah settle sendiri.

"Deena, try baju ni," arah bonda.

Aku mengeluh buat kesekian kalinya. Namun, tetap aku berdiri menuju ke belakang penghadang cantik itu untuk memakai baju yang diberi bonda.

Ada seorang pembantu yang menolong aku pakai baju tersebut. Setelah siap aku membelek baju yang tersarung di badan aku.

Hm, boleh tahan.

Walaupun simple, ia tetap kelihatan anggun. Dress ini tidaklah seperti dress tipikal puteri-puteri yang lain. Kalau boleh bahagian bawah tu nak kembang sampai ke kerajaan lain.

Taburan manik yang bertebaran di bahagian dada juga menyerlahkan kecantikkan dress ini. Bahagian bawah hanya kosong beralun.

Okay, harap bonda berpuas hati dengan yang ini. Tolonglah, aku penat!

Aku melangkah keluar berdiri di hadapan bonda dan Airiz. Aku berpusing perlahan supaya senang untuk mereka lihat keseluruhan dress ini.

Bonda diam memerhati aku dari atas sampai bawah. Tangannya diletakkan di dahu. Seperti sedang memikirkan masalah negara yang berat.

Bonda mengangguk tanda berpuas hati dengan dress ini. Yes! Aku bersorak dalam hati.

Aku kembali masuk ke ruangan menukar pakaian tadi. Setelah baju ditanggal, aku berikan kepada pembantu yang setia berdiri di sebelah aku.

Selepas siap semua , aku keluar dari ruangan itu. Sofa yang bonda duduki aku tuju. Sebelah bonda aku duduk.

"Lepas ni nak buat apa pula?" tanyaku.

"Bonda rasa macam nak tengok-tengok dewan untuk majlis perkahwinan Deena nanti la, Deena ikut bonda eh?" bonda melihat aku.

"Yelah, Deena ikut," kataku pasrah.

KING'S LAIR | ON HIATUSWhere stories live. Discover now