BAB 8

177 20 4
                                    


     HARI ini sudah hari keempat aku menginap di Aesira. Agaknya apalah yang ayahanda dan bonda sedang lakukan sekarang ini. Sungguh aku rindukan mereka. Lusa aku sudah boleh pulang ke Nawazish.

"Deena." Airiz tetiba ada disebelah aku. Aku sedang berdiri di depan tingkap. Menghirup udara segar dan juga melihat pemandangan taman-taman yang indah.

"Ye ada apa."

"Kau tak nak jalan mana-mana ke? Takkan asyik terperap dalam bilik ni aje." Mesti Airiz bosan sebab itu dia menghasut aku untuk keluar.

"Kalau kau bosan, kau pergi la jalan-jalan keluar." Cadangku. Aku sekarang dalam mood super lazy.

"Takkan aku nak tinggalkan kau seorang dekat sini." Balasnya ragu-ragu.

"Tak apa, kau pergi jee. Aku okay lah." Pujukku. Takkan 24/7 dia nak ada dengan aku. Jadi, aku bagi la masa untuk dia berseronok sendirian.

"Okaylah macam tu. Bye, aku pergi dulu. Jangan minta apa-apa." Katanya lalu cepat saja dia keluar dari bilik aku ni. Aku hanya melihat tingkahnya.

Aku mencebik. Jangan minta konon. Nanti tahu-tahu bertimbun dia beli cenderamata untuk orang-orang di Nawazish. Untuk aku semestinya dia tidak beli. Kawan tak guna.

Aku pusing kembali menghadap tingkap. Kebetulan, aku boleh nampak taman Athmar dari sini. Aku paling suka bunga-bunga di tamannya. Namun malangnya aku tidak boleh masuk sesuka hati aku.

Tiba-tiba aku nampak kelibat seseorang berjalan di taman tersebut. Siapa lagi kalau bukan tuan taman itu sendiri.

Dia aku lihat sedang berjalan sambil tangan dibelakang badan. Aku terkekek ketawa bila melihat tingkahnya yang seperti orang tua.

Peristiwa dia bagi bunga kepadaku menerjah ke dalam minda aku. Malangnya bunga itu sudah layu sebab aku lupa untuk siram. Lupa pula aku yang bunga hydrangea cepat layu jika kurang air. Rasa bersalah pula.

Aku berhenti dari berangan apabila terasa sedang diperhati. Apabila aku melihat kedepan, ternyata Athmar sedang memandang aku. Satu keningnya terangkat. Seperti menanyakan apa yang aku sedang lakukan.

"Uish, terkejut aku." Aku yang terkejut cepat tunduk memandang jari-jemari aku. Nampak cantik pula jari aku ni.

Dengan rasa kekok, aku mengundur perlahan-lahan dari tingkap. Berdiri di tengah-tengah bilik itu.

Menyesal pula tak ikut Airiz tadi. Kan aku dah bosan duduk seorang diri dekat sini.

Namun cepat saja satu idea muncul di otak aku.

Library.

Sudah lama aku tak membaca. Jadi marilah menyambung melakukan hobi aku yang satu itu.

Pintu bilik aku capai dan bergegas keluar menuju ke library. Dengan daya ingatan aku yang sikit ini, aku sampai juga ke library.

Walaupun ini kali kedua aku sampai disini. Tetap juga dapat membuatkan aku tidak bernafas kerana terlalu terpegun dengan kecantikkan perpustakaan ini. Semua jenis buku ada disini. Membuatkan aku lebih excited.

Bahagian novel-novel romantik aku tuju. Maaflah dah 25 tahun hidup pun tak pernah bercinta. Hanya mampu untuk membaca kisah-kisah cinta. Tidak mengapa Adeena, asalkan kau jauh dari zina. Alhamdullillah.

Aku membelek setiap satu buku yang ada di rak ini. Sehingga aku nampak satu buku yang ganjil disitu. Buku yang berwarna koko gelap dan juga kelihatan sudah lama wujud.

Dalam banyak-banyak bahagian, dekat bahagian novel juga la buku ni nak sesat.

Terlalu curious, aku ambil buku itu. Kemudian aku mengibaskan buku tersebut bila perasan ada banyak habuk. Nampak sangat buku ini sudah lama tidak dibuka.

KING'S LAIR | ON HIATUSWhere stories live. Discover now