BAB 7

183 24 10
                                    

    

      AGAKNYA aku ada buat dosa apa yang membuatkan aku dapat balasan sebegini.

Awal-awal pagi lagi pembantu-pembantu dah masuk dalam bilik aku. Alasan ialah untuk membantu aku bersiap. Aku pun tak tahu bersiap nak pergi mana.

Dan sekarang aku berada di dewan makan. Tak, bukan itu masalahnya. Yang buat aku memikirkan tentang nasib hidup aku ialah, tempat duduk dihadapan aku sekarang ini sedang diduduki oleh Putera Mahkota Athmar.

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan aku pada hari ini.

"Princess Adeena, nice to meet you. As you already know, I'm Prince Athmar." Senyuman mengejek tak lekang dari wajahnya.

Apa dia dengan adik dia ni ada masalah otak ke? Baru jumpa dengan orang baru nak senyum-senyum ejek pula. Tak reti senyum ikhlas ke?

"Haha..nice to meet you too.." Aku punya gagap sudah datang.

"Good morning people!" Suara Prince Daniel itu memenuhi satu dewan makan ini.

Ha bagus, ni lagi seorang aku kena hadap.

"Oh, hello princess." Dia menyapa aku. Aku hanya tunduk senyum kepadanya. Masih geram dengan kejadian kemarin.

"I'm sorry pasal kemarin. I misunderstood your intention. Saya ingat awak nak masuk meminang abang saya." Kerusi disebelah kiri abangnya dia  tarik dan duduk.

What? Gila ke aku tetiba nak masuk meminang anak teruna orang?

"Meminang?" Oleh sebab aku tak boleh terima kenyataan yang satu itu, aku bertanya.

Daniel melihat wajahku lalu dia tergelak kecil. Aku tak buat lawak pun lah.

"Oh, awak mesti tak tahu kan. Ramai puteri-puteri dari kerajaan lain wakilkan seseorang datang sini untuk mencuba nasib dengan prince charming ni." Terangnya panjang lebar.

"Ohh, saya tak tahu pula pasal tu." Dalam diam aku nak tergelak. Sanggup mereka hantarkan wakil ke sini. Last-last kena reject juga. Kesian.

Wajah Athmar hanya biasa-biasa walaupun kami sedang bercakap tentangnya. Dia ni memang tak ada perasaan lah. Dia ingat hanya sebab dia banyak peminat, dia hebatlah?

Setakat macam tu, aku pun tak ada.

"All hail to the king and queen!"

Serentak itu Athmar dan Daniel pun berdiri. Aku yang masih terkebil-kebil juga ikut membangunkan diri.

Pintu dewan makan ini terbuka luas. Lalu, masuklah pasangan merpati sejoli. Tua-tua pun masih nampak ketampanan dan kecantikan. Patutlah anak-anak diorang pun sedap mata memandang. Eh.

Aku menunduk sopan kepada pasangan tersebut.

"Good morning!" Sapa Permaisuri Hawa riang. Mungkin sebab sekarang ini bukan majlis rasmi, beliau boleh bebas untuk interact dengan orang lain

"Good morning, my beautiful queen." Daniel menunduk seperti ala-ala prince charming. Sempat dia mengenyitkan sebelah matanya kepada permaisuri.

Permaisuri Hawa hanya tergelak melihat tingkah laku anak bongsunya itu.

Comel pula aku tengok diorang ni. Geram!

"Good morning daddy, mommy." Kali ini giliran Athmar pula menyapa. Lebih normal dari adiknya itu

Aku hanya senyap. Tidak mahu mengganggu momen manis keluarga mereka.

KING'S LAIR | ON HIATUSWhere stories live. Discover now