EP 6

108 16 33
                                    

"Hai~"

Yangjun tersentak apabila wajah Hanmin bersama senyuman manisnya terlihat.

Yangjun membalas senyuman Hanmin.Hanmin menyandarkan belakang tubuhnya di loker.

Yangjun sambung mengemas kemas lokernya.Hanmin tersenyum nipis lalu menoleh ke arah Yangjun.

Secara tiba tiba sahaja,tangannya naik mengusap lembut rambut lurus gadis itu.Yangjun juga tersentak.Dia mengundurkan sedikit kepalanya agar tidak diusap.

Hanmin melepaskan keluhan.

"Cantik juga ya rambut kau ni"

Yangjun hanya mendiamkan diri.Dia sudah mula rasa gelisah dengan gadis dihadapannya ini.Cepat cepat dia mengambil buku matapelajaran Sainsnya.Pintu loker ditutup lalu Yangjun berlalu pergi.

Hanmin hanya melihat belakang tubuh gadis itu dengan senyuman sinis.Dia mempergambarkan cara dia menyeksa gadis itu nanti.

Hanmin sekali lagi senyum sinis.

"Kau tengok je lah"

-

"Alaaa kau main tipu!"

Riki ketawa kecil.Solim berpeluk tubuh.

"Okay okay,kita ulang balik"

Solim setuju lalu meletakkan tangannya di hadapan Riki.

"Cham cham cham!Aaaa aku menang yey!"

Solim melompat kegembiraan.Riki mencebik.Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"So...belanja aku~~~"

Bebola mata digerakkan ke atas.Riki melepaskan keluhan.Dia sudah pasrah.

"Yelah yelah,kau nak makan apa?"

Solim berfikir seketika.Dagunya diketuk lembut menggunakan jari telunjuk.Bibir dimuncungkan.

Akhirnya dia mendapat juga.

"Belanja aku...daging babi"

Riki menggaruk kepalanya.Dompet dikeluarkan lalu dia mengecek berapa duit sahaja yang dia ada.

"Ni je aku ada"

Duit itu ditayangkan ke Solim.Solim tersengih.

"Ala cukup lah tu,untuk aku sorang je"

"Habis aku?"

Solim menguak rambutnya ke belakang.

"Tulan je lah~"

Tawa besar dilepaskan.Riki memasang wajah cemeberutnya.Tengah tengah mereka berbual itu,Hanmin tiba tiba muncul dari belakang.

"Oik"

Serentak mereka berdua menoleh.Solim mengukirkan senyuman manakala Riki membulatkan matanya sedikit.

"Hanmin!Sini sini!"

Hanmin majukan dirinya ke mereka.Hanmin melihat Solim dan Riki silih berganti.

"Haaa kenapa ni?"

PSYCHO - NISHIMURA RIKIWhere stories live. Discover now