"Lee Hanmin"
Detektif Doyoung mengeluarkan semua bahan buktinya.Hanmin hanya mendiamkan diri.
Tipulah, bahawa jantungnya tidak berdegup dengan kencang sekarang ini.Tetapi Hanmin cuba tenangkan diri.Dia sudah tahu bagaimana ingin menyusun ayatnya nanti.
"Kamu nampak semua ini Hanmin?"
Hanmin melihat satu persatu barang barang tersebut.Terlihat,plastik gula gula yang sudah terbuka,kertasnya yang berwarna ungu dan macam macam lagi ada.
"Saya belum nak tangkap awak sebab,kami belum pasti sama ada awak adalah pembunuhnya.Tetapi,merujuk kepada semua barang ni,saya tau yang semua barang ni,awak yang punya.Kan?"
Hanmin melihat Doyoung.Dia menggeleng perlahan.
"Tak,itu bukan saya punya"
Doyoung menggaruk batang hidungnya.Sengihan kecil dilepaskan.
"Tidak perlu berpura pura Hanmin.Saya pasti barang ni awak yang pu-"
Hanmin berdiri secara kasar.Dia menggelengkan kepalanya berkali kali.Barang barang itu semua ditunjuk.
"Barang ni bukan saya punya.Bukan saya!"
Kini,suara Hanmin meninggi.Dia cuba sedaya upayanya untuk mempertahankan dirinya sendiri.
"Jadi...boleh awak terangkan tentang,tulisan ini"
Hanmin terdiam sejenak.Doyoung mengangkat keningnya.Hanmin dengan beraninya menatap tajam Doyoung.
"Memang betul itu tulisan saya.Tapi,bukan saya yang pembunuhnya!Sesetengah manusia,mungkin tulisan mereka sama tetapi orangnya lain!Jadi saya bukan pembunuhnya!"
Doyoung terkebil sekali.Dia menghembus nafas berat.
"Bagaimana pula de-"
Kerusi ditendang oleh Hanmin membuatkan semua polis yang berada di situ melihatnya.
Hanmin menatap tajam ke arah Doyoung.Lelaki itu sekali pun tidak takut dengan tatapan murid perempuan yang berada di hadapannta ini.
"Aku cakap,bukan aku bukan aku lah!Apa yang korang tak puas hati lagi!Kertas ungu tu barangkali orang lain punya tapi bukan aku!"
Kerusi sekali lagi ditendang kasar oleh Hanmin.
"Jangan pernah,bawa aku ke sini lagi.."
Hanmin akhirnya berlalu pergi.Beberapa polis ingin mengejarnya tetapi dihalang oleh Doyoung.
"Biarkan sahaja dia"
-
Pintu balai polis itu di buka dengan kasar.Beberapa batu kecil di tendang tendangnya,untuk melepaskan geram.
Hanmin menguak rambutnya kebelakang.Dia mengatur nafas dahulu.
"Takpe Hanmin,kau dah buat yang terbaik.Kau berjaya membuat mereka percaya bahawa kau bukan pembunuhnya..."
Seorang lelaki yang berpakaian hitam menarik perhatian Hanmin.Lelaki itu masuk ke dalam balai polis.
Hanmin hanya menggeleng laju lalu gadis itu pun melangkah pergi meninggalkan balai polis itu.
-
Sunoo baru sahaja balik dari membeli makanan dari kantin.Lelaki itu ingin balik ke kelas.
Sesampainya Sunoo di dalam kelas,dia terlihat Riki yang sedang duduk di meja.Keningnya berkerut di saat dia melihat Riki sepertinya tengah memikirkan sesuatu.
YOU ARE READING
PSYCHO - NISHIMURA RIKI
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Lee Hanmin yang menyukai murid lelaki dari kelas sebelahnya iaitu Nishimura Riki.Gaya Hanmin berubah di saat gadis gadis lain mendekati lelaki tersebut. "Kau dekat dengan dia,kau mati" START:15.2.2022 E...