EP 10

102 16 0
                                    

Doyoung sedang melihat setiap bahan bukti yang dia kumpul.Terdapat banyak bahan bukti yang dia jumpai.

Tulisan di surat itu sama seperti tulisan di surat tentang Hijin dan plastik gula gula yang diberi daripada pelajar perempuan masa mereka di sekolah menengah Yongsan.

Tetapi malangnya mereka belum boleh teka,siapa pembunuhnya.Tetapi,Doyoung tetap dengan jawapannya.Dia merasakan,pelajar perempuan yang memberikannya gula gula itulah pembunuhnya.

Namun,dia tidak boleh terus salahkan pelajar itu.Mereka kena mencari lagi beberapa bahan bukti.

"Besok kita pergi lagi sekolah tu.Kita akan tanya lagi beberapa pelajar."

Doyoung melihat para pekerjanya satu persatu.

"Terutamanya,kelas 3-1B.Sebab,saya tau pembunuhnya di kalangan mereka"

Para pekerja Doyoung melihat antara satu sama lain.Mereka mengangguk tanda faham.

-

"Riki!"

Riki menoleh ke empu punya suara.Sunoo berlari laju ke arah Riki.Dia mengatur nafas kerana kepenatan.

"Kau kenapa lari lari ni?Dari hari tu lagi"

Sunoo bercekak pinggang.

"Aku nak tanya ni"

Riki mengangkat kening kanannya.

"Kau rasa...siapa ekh,pembunuhnya?"

"Aku pun tak tau lah Sunoo."

Sunoo memuncungkan bibirnya.Cuba untuk meneka siapa.Biarpun dia sebenarnya tidak tahu.

Mata Sunoo kian terbuka.Dia melihat Riki dengan wajah yang agak takut.

"Riki.."

Riki menoleh ke arah Sunoo.Sekali lagi kening kanan diangkat.

"Kau pernah cakap yang..kau ada sukakan seseorang kan..?"

Riki mengangguk sekali.Sunoo menelan liurnya kesat.Perlahan lahan kakinya mengundur.

Riki mengerutkan dahi.Pelik dengan gaya Sunoo.

"Kau kenapa?"

"Kau ingat tak,pasal detektif ceritakan tentang pembunuh tu.Dia cakap...pembunuh tu juga ada suka seseorang."

Riki sekali lagi mengangguk.Makin luas mata Sunoo terbuka.Peluh sudah mula mengalir.

"Jadi maksudnya...kau lah pembunuhnya..?"

Kening Riki kian berkerut sekali lagi.Dia tersengih.

"Apa yang kau ca-"

Belum sempat Riki ingin menghabiskan ayatnya,Sunoo sudah pun memecut laju.

"Aku lapor kat cikgu!Aku lapor kat polis!"

Riki membulatkan matanya.Dia mengusutkan rambutnya lalu dia pun mengejar Sunoo.

"Sunoo bukan aku lah yang bunuh!"

-

Sunoo berlari laju untuk menuju ke arah bilik pengetua.Akhirnya bilik pengetua menyapa penglihatannya.

PSYCHO - NISHIMURA RIKIWhere stories live. Discover now