EP 8

92 12 18
                                    

Doyoung melihat sahaja gambar itu.Wajah diraup kasar.Bukan itu sahaja,mereka juga terjumpa beberapa barang bukti.

Sepertinya,plastik gula gula yang sudah dibuka.Mungkin sahaja sebelum si pembunuh itu hendak membunuh mangsanya,dia sempat memakan gula gula berperisa strawberi itu.

Bunyi telefon berdering membuatkan Doyoung menoleh ke kirinya.Panggilan segera diangkat.

"Ya,ada yang boleh saya bantu?"

Doyoung mendengarkan sahaja penjelasan seseorang itu.Dia terkaku seketika.Mata dibulatkan sedikit.

"T-tangan..."

Sekali lagi,bunyi telefon berdering dari meja lain.Doyoung segera mengangkat.

Penjelasan yang sama seperti panggilan yang pertama tadi.Doyoung mengepal tangan seperti penumbuk.

"Baiklah,kami akan siasat.Datang sini dahulu untuk bagi bahan bukti"

Panggilan dimatikan.Doyoung menguak rambutnya kebelakang.Meja dipukul kuat.

Dia menjerit.Doyoung juga sekarang buntu.Belum selesai kes yang ini,datang kes baru.Kes yang sama pula tu.

"Siapa juga pembunuh dia ni..!"

-

"Woi Lee Hanmin!"

Hanmin menoleh ke empu punya suara.Beberapa murid perempuan mendekatinya dengan muka yang geram.

Kening sebelah diangkat.Gadis yang bernama Jang Wonyoung itu berdecit kecil.

"Kau...boleh tak jangan dekat dekat dengan Riki.Dia tu,kami punya!"

Kening Hanmin berkerut.

"Bila masa..aku dekat dekat dengan dia?"

Wonyoung ketawa sinis.

"Kau ingat kami tak sedar ke?Kalau Riki ada kat sana,kau pun turut ada.Kau sebenarnya skodeng dia kan!"

Hanmin menguak rambutnya ke belakang.Dia memaki sekali.Gadis itu menatap wajah Wonyoung.

"Kalau ya pun aku nak dekat dengan dia,kenapa?Kau panas?"

Wonyoung memasang wajah tidak percaya.

"Jadi betullah,kau suka dia?"

Hanmin mengangkat bahu.Wonyoung mendengus kasar.Bahu gadis itu ditolak lalu dia bersama rakannya berlalu pergi.

Hanmin hanya melihat belakang tubuh gadis itu.Tangannya dikepal.Dia juga sebenarnya marah kerana masih ada lagi gadis yang berani mendekati Riki.

'Akan aku buat kau tak dekat dengan Riki lagi'

Hanmin akhirnya berlalu pergi.

-

"Seperti itulah ceritanya"

"Kami pun begitu tuan.Tolong tuan,tolong cari siapa yang sampai hati membunuh anak kami"

Doyoung menongkat dagu.Dia memejamkan mata,sedang berfikir bagaimana hendak menyelesaikan kes ini.

Mata dibuka semula.Dia berdehem kecil.

PSYCHO - NISHIMURA RIKIWhere stories live. Discover now