Hari ini hari bahagia.
Hari bersejarah yang telah berjaya aku cipta,
Dengan segala effort dan usaha.
Dan aku akui,
Diri ini rasa bahagia.Berjaya mencapainya.
Berjaya membuat diri ini bahagia,
Dan membuat insan yang ku cinta bangga,
Akan pencapaian yang telah aku sedayanya usaha,
Untuk membina masa depan yang ceria.Tetapi semakin lama aku berbangga dengannya,
Semakin berubah personaliti yang aku ada.
Pada mulanya, sukar untukku percaya.
Kerana aku merasakan,
'Normal. Kerana aku sedang bahagia.'Tetapi lama kelamaan,
Aku juga turut menyedarinya.
Aku ingin terjaga daripada segalanya,
Yang membuatkan aku lupa
Untuk hadapkan rasa syukur padaNya.Aku terlalu hina.
Terlalu tamak akan dunia,
Tanpa mengira apa pandangan DIA.Terlalu gilakan harta,
Sehinggakan terlupa bahawa DIA jualah yang memberikan segalanya.Terlalu bebas hidup di dunia,
Tanpa mengingati bahawa segalanya Allah yang punya.Walaupun begitu,
Aku lupakan DIA.
Kerana aku menyangka,
Aku telah punya segalanya.Aku telah peroleh apa yang aku pinta.
Tetapi aku lupa.Setiap kejayaan yang aku ada
Itu DIA yang punya.
Segalanya hanya pinjaman semata.Diri ini,
Jiwa ini,
Hati ini..
Juga kepunyaanNya.Dengan ini,
Aku pohon keampunanMu.
Terlalu banyak salah silapku,
Yang tak mampu aku sebutkan satu persatu.Dan pastinya aku yakin,
ENGKAU itu Maha Esa.
Lagi Maha Berkuasa.
Mentadbir seluruh dunia,
Tanpa ada suatu batasannya.Kuatkanlah hatiku, Allah..
Untuk menghadapi segala ujian
Yang sedang menanti di hadapan.Kuatkanlah imanku, Allah..
Untuk berpegang teguh dengan jalan
Yang paling tepat untukku teruskan.Kerana,
Kau itu Segalanya.
Dan segalanya ada padaMu.
Allah..Truth date,
25 02 22 midnite ♡

YOU ARE READING
Self Puisi ♡
PoesiaCerita ini hanya mengandungi puisi. Puisi yang aku ciptakan sendiri untuk mengisi masa lapang, yang pada waktu itu mungkin sedang sepi? Tempat ini, akan ku jadikan sebagai tempat simpanan segala puisiku. Buat dijadikan kenangan masa hadapanku. *may...