Bang! Bang!
Berdas-das tembakan dilepaskan oleh mereka yang mengejar dibelakang.
Alessia, Laiv dan Diangelo hanya berlari tanpa melihat belakang. Sesekali Diangelo melepaskan tembakan ke arah kanannya.
"Oh shit! Laiv, kita tak boleh terus berlari macam ni!" Diangelo berkata separa menjerit.
Laiv dihadapan hanya diam. Matanya hanya terfokus kepada Alessia. Lebih tepat bahu gadis itu.
Benar kata Diangelo, jika terus seperti ini, mereka bertiga tidak akan mampu selamat. Mereka hanya bertiga, tetapi mereka berpuluh orang.
Ini pun nasib baik ada kawasan yang tidak diberikan perangkap. Kalau mereka melalalui kawasan yang penuh dengan perangkap, maka terjadilah 'senjata makan tuan'.
"Ah!"
Laiv laju meluru mendapatkan Alessia yang baru saja jatuh terduduk. Dia tersandung tumbuhan yang seperti tali.
"Are you okay?" soal Laiv sambil mata merenung kaki Alessia.
"I'm fine."
"Oh my god! Ini bukan waktu untuk korang bercinta. Nak bercinta, bercinta nanti. Kalau tak terpaksa korang bercinta dekat neraka nanti." Diangelo bertutur dalam kekalutan. Pistolnya tidak henti henti melepaskan tembakan.
Laiv membantu Alessia berdiri. Walaupun gadis itu menepis tangannya, tetap saja dia membantu gadis itu.
Dalam sekelip mata saja, mereka telah dikepung. Dikepung oleh sekumpulan lelaki berbaju hitam. Sudah semetinya bukan dengan tangan kosong.
"Oh shit." Diangelo bersuara kegeraman. Dia menggaru keningnya. Laiv yang berdiri dibelakangnya bersebelahan dengan Alessia dilirik.
Mata helang Laiv menikam setiap satu dari mereka yang mengepungnya. Hujung bibir dinaikkan.
Dia melangkah kehadapan. Kini semua senjata terarah kepada Laiv. Walau bagaimanapun, lelaki itu tetap terlihat tenang.
"Siapa lah yang hantar kau orang ni. He must be a coward.." kata Laiv mendatar. Alessia disebelahnya dilirik.
"Diam! Kami mahu kau ikut kami. Kalau tak, kau akan mati!"
Meletus tawa Laiv mendengar kata kata itu. Tawa yang penuh dengan kesinisan. Dia merenung lelaki yang bersuara tadi.
"Are you sure you'll kill me? I don't think so..." Laiv menjeling Diangelo. Seakan menghantar isyarat.
"Sebab aku tahu dia mahukan aku hidup hidup." Laiv tersenyum sinis.
Laiv melangkah setapak ke hadapan. Bunyi peluru yang ditarik kedengaran. Laiv mengendahkan.
Diangelo dan Alessia hanya memerhati tingkah laku Laiv. Diangelo hanya menunggu. Menunggu waktu yang tepat.
"Apa kata kau orang pergi balik je? Sebab kau orang tak akan boleh dapat aku hari ni. Mungkin hari lain."
"Kau diam!" Lelaki yang sama meninggikan suaranya. Pistolnya semakin bersedia.
Laiv tetap tenang. Dia melangkah lebih dekat.
"Kau tahu kan, kami mungkin tak boleh bunuh kau..tapi tak bermakna kami tak boleh lukakan kau."
Mendengar itu, Laiv tersenyum lebih lebar, lebih sinis.
"Aku tahu..tapi kau pun kena tahu. Aku tak akan biarkan benda tu terjadi!" Serentak dengan itu, Laiv meluru ke depan.
Pistol yang dipegang lelaki itu dirampas dalam sekelip mata. Laiv melepaskan tembakan bertubi-tubi menggunakan pistol itu.
Di sudut yang lain, Diangelo juga turut bertindak. Dia menembak ke satu arah. Alessia yang memahami situasi turut sama membantu. Jika Diangelo menembak ke arah kanan, dia ke arah kiri.
Diangelo berhenti menembak apabila mereka sudah tumbang. Lengan Alessia diraihnya lalu ditarik supaya mengikuti langkahnya.
Alessia tersentak tetapi tetap mengikuti. Dia menoleh kebelakang dimana Laiv semakin dikepung.
"Cepat Ales!" Diangelo menggesa.
Alessia melajukan langkahnya walaupun terasa sakit mencucuk-cucuk kakinya. Lengan yang digenggam Diangelo ditarik kasar.
"Aku boleh jalan sendiri lah!" Alessia membentak geram.
Diangelo hanya mengendahkan Alessia. Perempuan ni, waktu waktu macam ni pun nak keras kepala lagi.
Mereka berdua berlari sehingga cahaya luar mula kelihatan. Diangelo menarik senyum.
Mereka berjalan beberapa langkah dan berjaya keluar dari hutan. Sampai diluar, Diangelo terus mendapatkan keretanya yang terparkir elok di situ.
Pintu bahagian penumpang dibuka. Diangelo menoleh kepada Alessia.
"Tunggu apa lagi? Masuklah."
Alessia termati kata. Dia menoleh ke belakang. Ke arah jalan mereka keluar tadi.
"Dia..macam mana?"
Itulah yang dia risaukan dari tadi. Dari awal mereka lari meninggalkan Laiv sendirian. Entah kenapa, hatinya berasa tak tenteram meninggalkan lelaki itu sendirian di sana. Dikepung oleh ramai orang dan dia sendiri di sana.
"He will be fine." kata Diangelo dengan nada yang penuh kepastian. Walhal, dia sendiri juga risau.
Tapi apa boleh dia lakukan kalau dah memang inilah rancangan Laiv.
"Bawa dia pergi. Apa apa pun, dia tak boleh terlibat."
Terngiang-ngiang suara Laiv di kepalanya. Diangelo pandang Alessia. Dari mula lagi, Laiv tidak mahu gadis itu terlibat.
"That's nonsense! Mereka ramai dan dia hanya seorang."
"Dia akan okay Ales. No, dia harus okay." Yakin Diangelo berkata. Lebih tepatnya dia menyakinkan dirinya sendiri.
"Tap..."
"He's fine."
.
.
.
.Hey 😙 miss me? Happy reading yall
YOU ARE READING
Laiv Alessia | Slow Update
RomanceBertemakan Negara Itali Rancangan awalnya, Alessia pergi ke Sicily untuk menginap di rumah pakcik ke empatnya. Tapi secara tidak sengaja dia telah masuk ke dalam kawasan larangan. "He is your father's enemy " Cosa Nostra. Musuh terbesar kumpulan Ca...