"If you say that, i'll answer with...i love you too"
Alessia memejam mata erat. Menunggu peluru penembusi wajahnya. Anehnya, dia tidak berasa apa apa. Sikit-sikit mata dicelikkan.
Muncung pistol dan wajah lelaki itu dipandang silih berganti. Terkelip-kelip matanya. Lelaki itu mendekatkan wajahnya dengan wajah Alessia. Hidung mereka hampir bersentuhan.
"Lupa nak bagitahu.. " lelaki itu berbisik.
"Pistol kau dah rosak. " sambung lelaki itu lagi.
Wajah ditarik menjauh. Cengkaman dilepaskan. Pistol yang dipegang tadi dicampak ke tepi. Badan dipusingkan. Kaki diatur ke unggun api.
Alessia terkaku di tempat. Dia pandang pistol yang sudah tercampak tadi. Otak mengimbas kembali apa yang sudah dia lakukan. Bermula dari mengacukan pistol dan diacukan pistol. Rupanya sudah rosak?
"Why...ark! "
Langkah Alessia terhenti. Bahunya yang terasa memcucuk disentuh. Basah. Tangan ditarik semula lalu dilihat. Darah.
Alessia menyeringai sakit dalam diam. Lukanya kembali berdarah. Ini mesti sebab pergerakaannya tadi .
"Pergi tukar balutan kau. Semua peralatan ada atas rak tempat kau ambil pistol tu tadi. " ujar lelaki itu tanpa menoleh ke belakang.
Tangannya sibuk membetulkan kayu-kayu yang terkeluar dari unggun api. Sekejap-kejap ditiup unggun api tersebut.
"Kau nak tukar sendiri atau aku tukar kan? " soalnya. Kali ini dia menoleh ke belakang dengan separuh badan berpusing.
Alessia menjeling tajam. Gatal betul jantan seekor ni. Dengan rasa tidak puas hati Alessia masuk ke dalam semula. Sebelum masuk sempat telinganya penangkap..
"Semalam pun aku yang pasangkan. "
Alessia membulatkan matanya. Matanya meliar-liar mencari sesuatu untuk dibaling. Senapang? Tak boleh besar sangat. Pisau? Itu bahaya. Akhirnya, sepasang kasut but yang terletak di atas rak menjadi pilahannya. Dengan sepenuh hati, kasut but tersebut dibaling.
Pap!
Pap!
"Woi! " Jerit lelaki itu lantang.
Dia memusing tubuhnya. Kelibat Alessia tidak lagi kelihatan. Yang terlihat hanya pintu kayu yang baru saja ditutup.
Badan dipusing menghadap unggun api semula. serta-merta pandangannya bertukar. Lebih dingin. Matanya tajam seolah mahu menghancurkan unggun api itu.
.
.
."C...cik muda Alessia tak dapat dijumpai tuan. Tapi kami tetap akan mencari sampai jumpa! " penuh semangat dia bertutur.
Kepala ditunduk dengan keadaannya yang sedang melutut di hadapan sang ketua, Lorenzio Mario. Lelaki itu berwajah bengis. Matanya tajam merenung lelaki tadi.
"It's been almost three days.. " ucap Lorenzio dengan nada yang sengaja dipanjangkan. Dia memejam mata. Nafas ditarik supaya kekal tenang.
"Aku bagi kau peluang terakhir. Aku mahu esok petang, Alessia sudah ada si sini. Di depan mata aku. Bernyawa. " Lorenzio bersuara tegas. Matanya tajam merenung lelaki tadi.
Lelaki tadi angguk berkali-kali tanpa mengangkat wajah. Dengan tangan diangkat seperti memgangkat sumpah. Mulutnya bersuara dengan yakin.
"Ya aku janji. Aku dan yang lain akan bawa cik muda Alessia balik dengan selamat. "
Lorenzio kekal dengan wajah tanpa riak. Dia mengecilkan mata sebelum menjeling tajam.
"Dah, keluar. "
YOU ARE READING
Laiv Alessia | Slow Update
RomanceBertemakan Negara Itali Rancangan awalnya, Alessia pergi ke Sicily untuk menginap di rumah pakcik ke empatnya. Tapi secara tidak sengaja dia telah masuk ke dalam kawasan larangan. "He is your father's enemy " Cosa Nostra. Musuh terbesar kumpulan Ca...