Alessia membuang pandangan ke luar tingkap. Bandar Alcamo itu diperhatikan. Suasana yang tenang dan gembira. Banyak keluarga bahagia yang sedang berjalan-jalan di situ.
"Cik muda Alessia lapar? " suara Nicolas memecahkan kesunyian.
Perhatian Alessia berganti ke Nicolas. Pembantu ayahnya itu menjadi pemandu dan penjaga yang diutuskan oleh sang ayah sendiri. Mesti lelaki itu takut kalau kalau Alessia melarikan diri.
"No, i'm not. " balas Alessia. Dia membuang pandangannya keluar tingkap lagi.
"Kalau awak pandu cepat sikit lagi bagus Nico, cepat sampai. " perlahan suara Alessia.
Nicolas yang mendengar arahan Alessia menekan padel minyak. Kereta itu bergerak lebih laju dari sebelumnya.
.
.Pintu kereta dibuka. Alessia melangkah turun dari kereta. Dapat dilihat dari tempat dia berdiri, di hadapan pintu mansion itu berdiri empat sosok tubuh yang sangat dikenali.
Uncle Brann, aunty mery dan sepasang kembar tak seiras Aurora dan Airel. Alessia mengeluh berat.
Beg roda yang sudah dikeluarkan oleh Nicolas ditarik. Alessia berjalan menuju ke arah empat orang tersebut.
Sesampai Alessia di sana, tubuhnya terus ditarik ke dalam pelukan. Terkebil sesaat, pantas Alessia menolak tubuh Aurora.
"Welcome my cousin! " dengan penuh gembira Aurora menyambut. Dia merangkul erat lengan Alessia.
"Ha ha, thanks Rora, " dengan penuh kejanggalan Alessia membalas.
"Yeah, welcome Alessia, " giliran aunty Mery pula yang menyambut.
Dapat Alessia lihat, wanita itu mempalsukan senyumannya. Hujung bibir Alessia ternaik sed8it7
"Dah, mari masuk. " ujar uncle Brann memotong suasana.
Uncle Brannmelangkah masuk terlebih dahulu lalu diikuti dengan aunty Mery, Airel dan terakhir sekali Aurora dan Alessia.
Dalam diam, ada yang memerhatikan di suatu sudut rumah.
.
.Pap!
Sebilah pisau terpacak tepat pada gambaran Alessia yang digantungkan pada dinding.
Pap!
Kini, pisau tersebut terpacak pada gambar Lorenzio.
Perempuan yang mencampakkan pisau-pisau tersebut tersenyum sinis. Matanya tajam memandang gambar Alessia dan Lorenzio silih berganti.
"I'll kill both of you with my own hands. "
Penuh tekad dia menutur kata. Kedua telapak tangannya direnung. Dia akan pastikan hal itu terjadi.
.
.Alessia's POV
Tangan aku silangkan ke dada. Aurora disebelah aku jeling. Seronok betul. Aku jeling pula pengawal-pengawal yang berjalan di belakang, di samping aurora dan di samping aku.
Nait mahu berjalan-jalan di kawasan Alcamo, tapi kalau dah begini bentuknya. Baik aku duduk terparap dalam mansion tu saja. Rasa macam mahu meletup kepala ni.
"Makan pelan pelan lah, gelojoh betul kau ni. " aku menegur Aurora.
Apa taknya, dia makan gula-gula kapas tu macam nak telan semua. Ringan aje tangan aku ni nak sumbat semua gula-gula kapas tu masuk dalam mulut dia.
"Ales.."
Aku diam.
"Ales.. "
Aku diam lagi.
YOU ARE READING
Laiv Alessia | Slow Update
RomantizmBertemakan Negara Itali Rancangan awalnya, Alessia pergi ke Sicily untuk menginap di rumah pakcik ke empatnya. Tapi secara tidak sengaja dia telah masuk ke dalam kawasan larangan. "He is your father's enemy " Cosa Nostra. Musuh terbesar kumpulan Ca...