Sepucuk pistol dicapai dari atas meja. Peluru dimasukkan satu persatu. Selesai memasukkan peluru, pistol digenggam erat dengan muncung pistol dihadapan. Sebelah dipejamkan sebelum..
Bang!
Mengenai bahagian merah dikepala.
Bang!
Tersasar ke nombor satu.
Bang!
Tersasar ke nombor lima.
Bang!
Tepat mengenai sasaran utama, tanda merah dibahagian tengah.
Sasaran menembak itu perlahan-lahan bergerak ke belakang. Earbugs dicabut dari kepala. Pistol diletakkan di atas permukaan meja. Jari jemarinya dibunyikan beberapa kali sebelum direnggangkan.
Alessia tersenyum puas. Jaket kulit yang tersarung pada tubuhnya dilepas lalu dicampak ke atas kerusi kayu yang berdekatan. Sepucuk pistol tadi kembali diangkat dan dilihat dengan teliti.
Ting!
Bunyi pintu yang menandakan seseorang masuk ke dalam ruangan menarik perhatian Alessia. Dia memandang ke arah pintu.
Kelibat seorang lelaki menyapa pandangannya. Tak sampai dua saat, dia kembali fokus kepada pistol di dalam genggamannya.
"what's up Alessia. "
Suara garau itu bertegur sebaik saja sampai di samping Alessia. Tidak perlu dilihat, Alessia sudah tahu siapa lelaki tersebut.
"Enriq, kau perlu tukar body Glock 22 aku. " ujar Alessia tanpa melihat sang pemilik nama.
Dahi Enriq berkerut sebelum bertanya, "apa masalah dengan Glock 22 kau? " tangan dihulur sebelum pistol tersebut bertukar tangan.
Kini giliran Enriq pula yang meneliti pistol terdebut. Dipusing sana, pusing sini. Bahu Alessia terangkat mendengar soalan dari lelaki disebelahnya.
"Mana aku tahu, itu bukan tugas aku. " selamba kata kata itu keluar dari bibirnya.
Enriq menjeling Alessia yang sudah mengatur langkah ke arah sebuah kerusi kayu yang agak panjang. Gadis itu melabuhkan punggungnya ke situ. Kaki disilang.
"Nanti lah aku tengok. " pistol diletak kembali atas meja. Enriq merubah posisi berdirinya dari menghadap arah sasaran menembak ke arah tempat duduk Alessia. Kaki turut disilangkan dalam posisi berdiri.
"So.. How? "
Soalan tiba-tiba itu menghairankan Alessia. Dia pandang Enriq meminta soalan penuh.
"So.. Macam mana dengan rancangan uncle yang dia mahu kenalkan kau dengan anak kawan dia tu? " lengkap soalan yang dilontarkan oleh Enriq.
Alessia memusingkan bola matanya. Badan disandarkan pada kerusi kayu itu. Dia berpeluk tubuh.
"It's not 'rancangan'anymore if he already said that, huh! " dengan malas Alessia menjawab. Dia mendengus sedikit di akhir kata.
"Tapi aku dengar, kau bersetuju. "
"Banyak betul kau dengar pasal aku kan? " Alessia menjeling Enriq. Sinis riak wajahnya.
"Semestinya. Desas-desus kabar angin mengatakan kau akan menamatkan masa bujang kau tak lama lagi. " jelas Enriq tanpa dipinta.
Alessia merenung Enriq tajam. Dia mendengus kasar sebelum bangkit dari duduk. Kaki diatur ke arah sebuah rak besar yang penuh dengan pelbagai jenis arak. Sebotol arak ditarik keluar.
"Pandai betul mereka buat kabar angin. " kata Alessia. Terselit nada tidak puas hati pada ayatnya. Arak tersebut dituang ke dalam cawan kaca.
"Aku mahu tolak! Tapi, uncle kau tu mana mahu terima sebarang alasan, " dengan penuh perasaan Alessia menutur kata. Sedikit tinggi nadanya akibat kegeraman.
YOU ARE READING
Laiv Alessia | Slow Update
RomansaBertemakan Negara Itali Rancangan awalnya, Alessia pergi ke Sicily untuk menginap di rumah pakcik ke empatnya. Tapi secara tidak sengaja dia telah masuk ke dalam kawasan larangan. "He is your father's enemy " Cosa Nostra. Musuh terbesar kumpulan Ca...