Mata Nayra terbuntang luas. Tangan dibawa menutup mulut sendiri apabila melihat terdapat beberapa luka bersaiz kecil dan besar pada tubuh dan wajah jejaka itu.
"W...what happened to you?" Terketar nada suara Nayra menyoal. Tangannya hampir naik ingin mengusap luka pada dada jejaka itu namun cepat-cepat dia turunkan tangannya semula sebelum berundur setapak ke belakang.
Nayra, behave! Kau tak patut sentuh dia sesuka hati!
"Nothing serious, Bèlla! It was just an accident..." Balasnya lembut sambil tersenyum manis. Cahaya lampu bilik itu memudahkan Nayra untuk melihat seraut wajah milik jejaka itu dengan lebih jelas.
Dia, si jejaka tinggi lampai. Dihiasi dengan wajah kacak serta bertubuh sasa dan kekar. Dengan potongan gaya rambut Messy Quiff Haircut disertakan dengan beberapa ukiran tattoo pada bahagian lengannya.
Nayra kaku namun matanya jelas terkebil-kebil menatap sebatang tubuh milik si jejaka tidak dikenalinya itu.
Handsomenya...
Jejaka itu mula tertawa perlahan. Cukup untuk menyedarkan Nayra yang jelas terleka menatap batang tubuhnya dari atas hingga ke bawah.
"S...saya basuh tangan dulu!" Kalut Nayra. Mukanya juga usah dikata, jelas terlihat cuak apabila menyedari yang dia menatap jejaka itu bagai hendak terkam.
Oh god, malunya!!!
Belum sempat dia membuka langkah, jejaka itu bersuara.
"Kenapa?" Soalnya. Dia seperti bingung dan tertanya akan perilaku si gadis. Nayra kembali mengangkat wajah.
"K...kenapa, apa?" Soal Nayra turut sama bingung. Perasaan malunya ditolak tepi.
"Kenapa perlu basuh tangan?" Si jejaka menyoal dengan lebih jelas. Nayra kembali terkebil-kebil sebelum sebuah sengihan dihadiahkan buat si jejaka tidak dikenalinya itu.
"Supaya tangan saya bersih dan boleh tolong ubatkan luka-luka awaklah! Saya tak naklah disebabkan tangan saya kotor, nanti luka awak dijangkiti kuman pula!" Balas Nayra serius namun masih dalam nada yang lembut. Usai membalas pertanyaan si jejaka, Nayra kembali membuka langkah menuju ke bilik mandinya.
Si jejaka mula melorek senyum nipis. Niatnya hanya untuk meminjam peti pertolongan cemas milik si gadis agar dia boleh merawat sendiri kecederaan yang dialaminya. Sebaliknya, gadis itu pula yang menghulurkan bantuan untuk merawat luka-lukanya.
Tipulah jika dia tidak terusik dengan keprihatinan gadis kecil itu.
"Dang, she's cute!"
YOU ARE READING
The Stranger [COMPLETED]
Short StoryBerawal daripada sebuah kejadian yang dilalui oleh si gadis sehingga wujudnya pelbagai rasa hanya dalam satu malam. Perasaan berkecamuk membuatkan si gadis bingung dengan apa yang sedang terjadi. "Aku perlukan bantuan kau!" "A...awak ini siapa?" Se...