BAB 1

798 13 0
                                    

Malam minggu yang ditemani dengan suasana tenang dan damai di sebuah rumah yang dihuni oleh sepasang suami isteri bersama satu-satunya anak gadis mereka. Perbualan demi perbualan diisi dengan gelak tawa halus sehingga mewujudkan suasana yang harmoni.

Sedang mereka leka berbual, terdengar sebuah bunyi yang menyentakkan si gadis. Kepalanya pantas ditolehkan ke tangga rumah tersebut. Hatinya mula tertanya-tanya.

Bunyi apa itu?

Menyedari akan kejanggalan pada wajah si anak, si ibu menepuk lembut paha anak gadisnya.

"Rora okey ke, sayang? Ibu tengok Rora macam ada yang tak kena je! Rora nak naik bilik ke?" Si ibu menyoal dalam nada lembut. Si bapa sekadar melihat sambil menanti bicara anaknya.

"Ibu dengar tak bunyi tadi?" Lekas-lekas Nayra Aurora bertanya. Matanya masih terarah tepat pada tangga rumah tersebut.

Jelas pada pendengarannya tadi, bunyi itu datang dari tingkat atas rumah mereka. Bunyi seperti pintu gelangsar dihempas tutup.

Aku salah dengar ke?

"Bunyi? Bunyi macam mana?" Si ibu menyoal kembali. Keningnya juga turut sama berkerut mengenangkan tadi dia dan suami leka berbual sehingga tidak sedar akan kejanggalan yang satu itu.

"Er... Takda apalah! Mungkin Rora salah dengar kot." Balas Nayra perlahan. Dia juga seperti tidak yakin dengan diri dan telinganya sendiri. Barangkali itu hanya khayalannya saja.

"Ada-ada jelah kamu ini!" Balas si ibu sambil tangan di bawa mengusap lembut kepala si anak. Nayra sekadar melorek senyum nipis.

Tidak lama selepas itu, ibu bapa Nayra mula menapak masuk ke bilik mereka. Kini, tinggallah Nayra bersendirian menonton televisyen  sambil ditemani cahaya lampu chandelier yang menyinari seluruh kawasan ruang tamu rumah tersebut.

Nayra mula bangkit dari duduk bila matanya mula terasa lelah. Televisyen dan lampu ruang tamu ditutup terlebih dahulu sebelum kaki di bawa melangkah naik ke biliknya yang terletak di tingkat dua.

Sesampainya di bilik, pintu biliknya ditutup rapat. Belum sempat jarinya hendak menekan suis lampu, seseorang memeluk erat tubuhnya dari belakang lalu mulutnya ditekup dengan sepasang tangan kekar.

"Shh... I won't hurt you!" Lembut suara garau itu berbisik ke telinga Nayra.

Nayra tersentak dan terkaku. Cukup terkejut dengan situasi itu sehingga dirinya tidak mampu untuk berfikir apa yang seharusnya dia lakukan ketika itu.

Adakah ini sebenarnya maksud dari bunyi yang didengarinya tadi?

Sepertinya, seseorang yang tidak dikenali telah menceroboh masuk ke dalam biliknya!

Dan kini dirinya ditawan di bawah tawanan the stranger.

Dan kini dirinya ditawan di bawah tawanan the stranger

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Stranger [COMPLETED]Where stories live. Discover now