BAB 2

517 8 0
                                    

"Shh... I won't hurt you!" Lembut suara garau itu berbisik ke telinga Nayra. Nayra diam tidak bergerak. Sesungguhnya, dia terlalu takut dan gementar. Tidak pernah dalam hidupnya, dia berhadapan dengan situasi ini.

"Aku perlukan bantuan kau!" Bisik suara garau itu lagi. Nayra mula berasa tidak selesa.

"Shh... It's okay! Jangan takut, aku tak makan orang!" Bisiknya lagi. Nayra menghela nafas dalam apabila tubuhnya perlahan-lahan dipusingkan menghadap ke arah si pemilik suara garau itu.

Nayra tersentak. Jelas dihadapannya kini bahawa jejaka tidak dikenalinya itu sedang mengalami kecederaan pada tubuhnya meskipun ditutupi dengan pakaian gelap.

"A...awak cedera!" Terketar suara Nayra. Matanya juga turut terasa panas.

Sesungguhnya Nayra Aurora adalah seorang gadis cengeng dan berhati lembut.

"Kau ada first aid kit?" Soal si jejaka perlahan.

"A...ada!" Tergagap Nayra menjawab. Jejaka itu melorek senyum nipis. Cuba menunjukkan sisi baiknya agar si gadis tidak terlalu takut dengannya.

"Boleh tolong ambilkan untuk aku?" Pintanya pula. Nayra mula terkebil-kebil memandang ke arah si jejaka tidak dikenalinya itu, meskipun penglihatannya agak terbatas pada waktu itu.

Dia tengah mengarah aku ke ini?

"A...awak ini siapa? M...macam mana a...awak boleh ada dalam b...bilik saya?" Nayra menyoal takut-takut. Sungguh dia terasa seperti hendak menangis namun dicekalkan hati untuk tidak menunjukkan sisi lemahnya di hadapan jejaka itu.

"Itu tak penting! Aku cuma perlukan bantuan kau sekarang ini dan selepas itu, aku tak akan ganggu kau lagi! Okey?" Pinta si jejaka tidak dikenalinya itu dengan lembut. Dia cuba memujuk agar si gadis dapat menghulurkan bantuan buat dirinya.

"O...okey!"

Dengan kadar segera, Nayra terus menapak menuju ke bilik mandinya. Selepas mendapatkan peti pertolongan cemas tersebut, Nayra melangkah keluar dari bilik mandi dan menuju ke arah jejaka itu.

Lampu bilik di buka lalu peti pertolongan cemas tersebut diletakkan di atas permukaan katil milik Nayra. Matanya dikalihkan ke tepi, tempat di mana si jejaka tidak dikenalinya itu berada.

Mata Nayra terbuntang luas. Tangan dibawa menutup mulut sendiri. Sungguh dia terkejut dengan apa yang dilihatnya kini.

A...apa yang dah jadi?

apa yang dah jadi?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Stranger [COMPLETED]Where stories live. Discover now