BAB 8

649 10 0
                                        

Sekembalinya dari menyiapkan makanan buat si jejaka yang baru dikenalinya itu, Nayra terus dikejutkan dengan sebuah pemandangan yang membuatkan dirinya serasa tidak larat untuk berdiri lagi.

Ingin sahaja dia jatuh menyembah lantai biliknya, namun digagahkan juga kaki untuk berhadapan dengan manusia tidak bertamadun dihadapannya ini.

Aryan kini berbaring selesa di atas katil milik Nayra dengan hanya berseluar pendek tanpa baju sambil tangannya diletakkan pada dahi.

"A...Aryan..." Panggil Nayra perlahan.

"Hm..." Balas Aryan pendek.

"W...why do you take y...your pants off?" Tergagap Nayra menyoal sambil menekur lantai. Mukanya kembali berbahang.

"I can't sleep with them on, sorry." Balas Aryan yang kini sudah bangkit dari baringannya. Nayra menelan air liur payah. Mengapa lelaki itu terlalu bersahaja sedangkan dirinya merupakan tuan rumah pula yang merasa segan?

Tahukah dia bahawa seorang Nayra Aurora merupakan gadis suci dan belum pernah dicemari dengan apa-apa pemandangan seperti ini?

"Kalau kau tak selesa, aku boleh pakai semula." Bicara jejaka itu.

"T...tak apa, make yourself comfortable and feel at home! J...jemputlah makan." Balas Nayra tergagap lalu segera menghidangkan makanan yang dibawanya tadi kepada Aryan.

"Bekas makan ni nanti, awak letak je tepi. Esok pagi saya basuh!" Tambah Nayra sesudah menghidangkan makanan buat Aryan.

Nayra mula beralih menuju ke tempat tidurnya. Dengan segera, dia terus mencipta satu tembok pemisah buat dirinya dan Aryan.

Benteng keselamatan Nayra dan Aryan.

"You sleep on that side and I sleep on this side, okay? Jangan ceroboh masuk zone saya!" Sempat Nayra memberi amaran sebelum menyelesakan diri untuk baring. Aryan tanpa sempat ditahan sudah tertawa perlahan.

"Whatever you want, Bèlla! Aku hanya menurut perintah!"

Tidak lama selepas itu, Aryan turut berbaring di sisi Nayra. Lampu bilik juga sudah ditutup oleh Aryan tanpa dipinta. Nayra yang masih belum melelapkan mata itu mula menjeling sekilas ke arah Aryan.

"Aryan..." Bisik Nayra perlahan.

"Hm..." Balas Aryan pendek.

"Boleh awak beritahu saya apa maksud Bèlla? Itu nama kawan awak ke? Sebab nama saya Nayra, bukan Bèlla!" Soal Nayra ingin tahu. Dalam diam Aryan melepas tawa.

"Sei carina, Mia Bèlla!" Bisik Aryan perlahan sambil tersenyum. Nayra mulai terkebil-kebil sendiri.

Karina who?

Karina who?

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
The Stranger [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang