"Kau percayakan aku?" Jejaka itu mula menyoal. Nayra memandang sekilas mata hazel kebiruan milik jejaka itu lalu kembali memberikan tumpuan pada kerjanya.
"Saya sendiri tiada jawapan untuk soalan awak! Percaya yang macam mana awak maksudkan?" Soal Nayra kembali.
"Percaya yang aku tak akan cederakan kau or... You know, sexually assault you?" Berhati-hati jejaka itu menutur kata. Risau dia akan menakutkan gadis kecil itu kembali seperti awal pertemuan mereka tadi.
"You've been really nice to me so far, saya tak rasa yang awak akan apa-apakan saya. Lagipun awak ada dalam rumah saya! Kat dalam bilik saya! Dan kalau betul awak akan apa-apakan saya, saya akan teriak bagi satu taman ini terbangun!" Meski ianya kedengaran seperti sebuah gurauan, namun Nayra memaksudkan kata-katanya.
"Kau akan percayakan aku, kalau aku tumpang bermalam di bilik kau untuk satu malam?" Soal jejaka itu lagi. Nayra terdiam sejenak sambil matanya terkebil-kebil menatap seraut wajah kacak milik si jejaka.
Kenapa satu malam kalau boleh selamanya- Eh!
Nayra pantas menggeleng. Kepalanya juga ditepuk perlahan bagi menyedarkan diri dari terus dirasuk fikiran kotor.
"Nanti awak akan tertangkap dengan parents saya dan saya tak kenal awak siapa! M...macam mana saya nak percaya awak ni baik...?" Tergagap Nayra menutur kata. Sejujurnya, dia agak kurang yakin dengan permintaan jejaka itu kerana bila-bila masa sahaja mereka akan tertangkap oleh kedua ibu bapa Nayra dan boleh jadi jejaka itu akan berubah menjadi makhluk yang menggerunkan dalam sekelip mata.
Werewolf tu wujud ke?
"Aryan. Aryan Noah!" Balas jejaka itu ringkas sambil matanya menatap terus ke dalam anak mata bundar milik si gadis.
"Oh..." Nayra kembali menunduk meneruskan kerjanya membalut luka jejaka itu.
Aryan? Nayra? Kebetulan ke?
"What's yours?" Nayra tersentak.
"Ehem! S...saya Nayra. Nayra Aurora!" Balas Nayra sambil tersenyum nipis.
Jangan mengelamun Nayra!
"Sounds sweet." Nayra mula mengetap bibirnya rapat. Serasa ada banyak kupu-kupu yang mula berterbangan dalam perutnya kini.
Damn, Nayra! You better control your face now! Oh god, please save me!
"You're blushing, Bèlla?" Soal jejaka itu sambil tersenyum nakal. Sengaja dia ingin mengusik si gadis yang kini lincah membalut lukannya.
"I-" Nayra kelu lidah.
"Cute!" Jejaka itu tertawa perlahan sambil matanya tidak lari dari menatap seraut wajah Nayra. Pipi Nayra kian membahang.
Tak guna! Dia usik aku!
Jantungnya berdegup lagak seperti hendak tercabut keluar dari badan. Tanpa mengendahkan jejaka itu, kini Nayra lebih tertumpu untuk menyiapkan balutan pada tubuh si jejaka.
Sebaiknya dia mempercepatkan kerjanya agar dia dapat bebas dari terus diusik dan diserang dengan pelbagai soalan yang boleh memerangkap dirinya ke lembah kupu-kupu warna warni.
YOU ARE READING
The Stranger [COMPLETED]
KurzgeschichtenBerawal daripada sebuah kejadian yang dilalui oleh si gadis sehingga wujudnya pelbagai rasa hanya dalam satu malam. Perasaan berkecamuk membuatkan si gadis bingung dengan apa yang sedang terjadi. "Aku perlukan bantuan kau!" "A...awak ini siapa?" Se...