nine

18 6 0
                                    

selepas sunwoo confess dekat soomin, sunwoo pun mula mengelakkan diri dari soomin.

entah kenapa.. tapi soomin dapat rasakan sesuatu.

dari tadi soomin membuang pandangannya ke luar tingkap.
dia dapat nampak sunwoo yang sedang bersemangat bermain bola.

dia tersenyum seketika.
dan senyumannya perlahan-lahan menghilang.

memang selama ni aku bertepuk sebelah tangan ?
entah-entah kawan dia suruh cakap macam untuk memperbodohkan aku..

soomin menggeleng laju.

sunwoo takkan buat macam tu !

macam biasa, selalu dia akan keluar dari kelas selepas berfikir tentang perkara yang dia fikirkan.

ketika berjalan keluar dari kawasan sekolah, dia terserempak dengan sunwoo.

" kim sun— "

belum sempat soomin menghabiskan ayatnya, dia terus menarik tangan sunwoo.

sunwoo menoleh.

" w-wae ? "

" awak... cuba untuk elakkan diri dari aku ? "

sunwoo menepis tanganku.

" saya tak pernah cuba untuk elakkan diri dari awak dan tak pernah terfikir pun. "

" tapi— "

" just... stay away from me. "

sunwoo pun beredar dari situ.

apa.. yang dah terjadi ?

" park soomin !!! "

soomin menoleh.

" eo ? changmin ? "

ya itulah kawannya, ji changmin. lelaki yang dua tahun lebih tua dari soomin.

changmin melambai-lambai ke arah soomin.
soomin terus menuju ke arah changmin.

" yah ji changmin. sejak bila kau balik ni ? "

" excuse me ? aku datang sekejap je. esok tak pun hari selepas esok aku akan balik. "

" ala kejap nya.. "

" kalau nak merajuk, nanti-nanti jelah ya ? oppa kesayangan kau suruh aku bawa kau balik. cepat masuk kereta. "

" nae ~ "

soomin pun masuk ke dalam kereta milik changmin.

dan sepanjang mereka bergerak pulang ke rumah soomin, soomin asyik memandang ke luar tingkap.

ya, dia nampak sunwoo yang berjalan pulang.

" pandang namchin kau ke tu ? "

" ani ! "

" kalau bukan... dia crush kau ? "

" anigodeun ! "

" suka hati kaulah.. aku seorang je tahu apa yang kau fikirkan. "

soomin hanya diam.
kemudian dia memandang changmin.

" changmin, kenapa seseorang tu cuba elakkan diri dari orang yang cintakan ? "

" eo ? kenapa tanya ? "

" tak boleh ke ? "

" ahh boleh je.. jawapan dia ialah mungkin orang tu tak nak kau menyesal hidup dengan dia ? "

" macam tu pun boleh ke ? "

" siapa kata tak boleh ? macam dulu aku dengan yeochin aku. lepas beberapa bulan bersama, dia elakkan diri dari aku. dan lepas tu, baru aku dapat tahu yang dia sakit dan tak lama lepas tu dia pergi. "

soomin terdiam seketika.

" mesti orang yang cintakan kau elakkan diri dari kau kan ? "

soomin memandang changmin.

" kalau dia sakit ? maknanya.. dia akan tinggalkan aku tak lama lagi ? "

berry。kim sunwooWhere stories live. Discover now