telefon soomin berdering.
dia terus terjaga dari tidurnya.dia memegang-megang meja di sebelah katilnya untuk mengambil telefonnya.
" eo ? "
dia memandang meja itu.
yang ada hanyalah lampu tidur dan jam loceng.telefon soomin berdering lagi.
" eo ? mana telefon aku ni ? "
soomin turun dari katilnya dan mencari telefonnya di setiap sudut biliknya.
sekali lagi telefon soomin berdering.
mata soomi terpandang ke arah katil." ARGHHHHHH !!!! "
soomin terus menghampiri katilnya dan tunduk.
dia memandang ke bawah katil.ada sesuatu bernyala !
aishhh macam mana pula telefon aku boleh terbang masuk bawah katil ni ????
soomin terus mengambil telefonnya dan mengangkat panggilan dari abangnya iaitu serim.
" yeobeos— "
" kenapa lambat sangat jawab telefon ? oppa risau tau tak ? "
" janganlah marah. tadi telefon soomin terjatuh bawah katil. entah macam manalah boleh terjatuh. "
" ha bagi alasan je kan kerja dia ni ? "
" eh mana ada. betullah apa yang soomin cakap. tak nak percaya, sudah ! "
" tak kisahlah. apa-apa pun, nanti lewat sikit baru oppa balik. hari ni hujung minggu kan ? jangan sibuk nak keluar merata. kalau hilang, siapa susah ? "
" nae, soomin tahu.. "
" baguslah kalau soomin tahu. oppa perlu— "
tanpa sengaja, soomin tertekan butang ' end call ' itu.
" ahh mian- "
dia baring semula.
tetapi sesuatu menganggu fikirannya membuatkan dia bangun semula." semalam oppa dah balik kan ? ni tiba-tiba tak balik lagi ni ? mwoya ? "
sesuatu yang pelik muncul di dalam fikirannya.
" seolma.. "
hantu.. ?
soomin mula berasa seram sejuk.
" mwoya ? tak mungkinlah kan.. tapi mungkin juga- "
dia terus turun dari katilnya dan keluar dari biliknya yang dianggap ' berhantu ' itu.
—
disebabkan soomin terlalu takut untuk berada di rumah seorang diri, dia mengambil keputusan untuk merayau di kawasan sekolah.
selalunya pagar sekolah buka masa hujung minggu, sebab ada pelajar nak masuk perpustakaan. lepas tu ada cikgu yang perlu selesaikan kerja.
soomin yang berjalan-jalan di tepi padang sambil mendengar lagu menggunakan earbuds langsung tidak perasan yang ahli-ahli bola sepak sedang berlatih.
" park soomin !!! "
soomin memandang ke arah suara itu.
bukkkk(?)
" argh- "
soomin terduduk di situ.
dia memegang kepalanya yang terkena bola itu." soomin, gwaenchana ? "
soomin mendongak.
sunwoo ?
" gwaenchana ? eodi a-pa ? " soal sunwoo, risau.
" na gwaenchana. "
" yah sunwoo !!! ada masalah ke ? " soal eric.
" ani ! "
" cepat ! kita tak berlatih habis lagi ! "
sunwoo memandang soomin.
" awak.. betul-betul okay ? "
soomin mengangguk.
" kalau macam tu, saya pergi dulu. "
soomin mengangguk lagi.
" josonghamnida. " ucap sunwoo dan tunduk tanda minta maaf.
soomin juga tunduk.
dan kepala mereka terketuk." omo josonghaeyo ! " kata soomin yang terkejut.
apa aku buat ni aishhhhh
" oh gwaenchana. "
" josonghamnida.. " soomin tunduk tanda minta maaf.
sunwoo pun ikut tunduk.
sekali lagi kepala mereka terketuk.kedua-duanya terkejut.
" j-josonghamnida ! "
dua-dua tunduk tanda minta maaf, kepala dua-dua juga sekali lagi terketuk.
" argh- "
mereka menjauhkan diri mereka.
" saya balik dululah. "
" saya pun pergi dulu. "
mereka pun mengikut haluan masing-masing.
aishhhh kim sunwoo kenapalah kau jadi macam tu ???
aishhh park soomin cheongshimcaryeo !
YOU ARE READING
berry。kim sunwoo
ספרות חובביםtbz series #2 ( kim sunwoo ) : 𝙘𝙤𝙢𝙥𝙡𝙚𝙩𝙚𝙙 : 220304 [ written in malay ]