♬ -010 : Lemah

8 1 0
                                    

━━━━༺❀༻━━━━

Menjadi seorang insan yang lemah,
Bukan pilihan bagi sesiapapun,
Namun sebuah hakikat yang terpaksa dihadap,
Jatuh tersungkur bagai sakti menghidupkan semangat,

Walau sejujurnya,bagi Aku ...,
Sering bersikap lemah juga akan meruntuhkan kecekalan jiwa,
Akan tetapi,terpaksa melepasi setiap fasa menyakitkan,
Pilu .. ibarat peluru menembusi hati tanpa ada luka,

Aku hairan .. mengapa Aku boleh menjadi lemah selemahnya terhadap manusia lain?
Saat Aku cuba bangun,ada yang masih ingin menjatuhkan,
Aku? Seakan boneka tidak bernyawa,
Membiarkan mereka menghancurkan segalanya,

Dan sesungguhnya .. perkara paling Aku bencikan adalah ..,
Pabila kata maaf sentiasa mudah terlepas dari bibir,
Tak henti Aku merayu maaf pada manusia,
Hingga Aku menyakinkan bahawa mereka benar dan Aku salah,

Hakikatnya,Aku yang sudi menunding segala kesalahan terhadap diriku,
Mengizinkan manusia berasa bahagia atas kata maafku,
Aku sedar .. Aku berpura naif demi manusia,
Kerna Aku terlalu takut melihat manusia terasa denganku.

Satu kata buat diriku ,

“ Bodoh . ”

")






━━━━༺❀༻━━━━

[ Melodi Puisi- 10 ]

Melodi Puisi Where stories live. Discover now