Tetaplah waras walau hampir gila,
Tetaplah setia dengan diri sendiri,
Walau hampir ingin hilang diri,
Pahitnya realiti takkan pernah hilang,Makanya jangan toleh kebelakang,
Yang dah pernah jatuhkan kau,
Ketahuilah kau akan sentiasa kedepan,
Kerna kau lebih kuat dari sebelumnya,Mereka yang hadir memberi sakit,
Bukan bererti bahagia terus malap,
Kerna bahagia bukan dari mereka,
Berbahagialah dan berdamailah dengan diri kau,Apa yang kau nantikan bakal tiba tak lama lagi,
Selagi erti sabar masih terkunci,
Jangan pernah kau lepaskan,
Kerna ia salah satu kekuatan yang tak dapat ditandingi,Hidup bukan untuk berlumba siapa lagi menderita,
Tapi hidup ini untuk bersama-sama berlari mengejar kemenangan,
Kemenangan yang memberikan ketenangan,
Bukanlah yang memuas hati sahaja,Cukuplah sekadar kau tahu,
Kekuatan yang hakiki,adalah kau sendiri,
Segalanya datang tanpa dicari,
Ianya telah lama tertanam dalam diri kau,Terus melangkah walau sejengkal,
Biarkan mereka yang kononnya berakal,
Diri kau bukan untuk dinilai sesuka hati,
Kau lebih berhak menilai diri kau sendiri,‘ Kerna yang lebih kenal diri kau,tiada orang lain,hanya kau :) ’
YOU ARE READING
Melodi Puisi
PoetryTika puisi dari hati dituliskan dengan tulus, Tulusnya bergerak indah bagai indahnya melodi pabila dibaca. Disini bermulanya suatu 'khayal' terjadi tanpa sedar,jiwa dipasakkan pada puisi hingga segalanya mampu mengubah persepsi dan ekspektasi hidupn...