Teaser 1

559 15 0
                                    

"Dah setahun. You still nak layan I macam ni?"

Sekilas, anak mata helang milik Dzafri menikam wajah Delisha. Pagi-pagi saja wanita itu bikin darahnya menyirap!

"You expect I layan you macam mana? Eh! Setahun ke sepuluh tahun ke, kalau hati dan perasaan I tak pernah wujud untuk you, macam ni lah I layan you." Bidas Dzafri bersama suara yang tinggi.

Jam tangan dan kunci kereta dicapai. Malas dia mahu menghadap Delisha. Sebelum beredar, sempat dia menambah bicaranya.

"Perkahwinan kita ni atas sebab you yang paksa I. So, you jangan berangan-angan yang I akan sayang atau cinta dekat you. You tak sesuai jadi isteri I. Cermin diri you tu."

Terjeda.

Seperginya Dzafri keluar dari bilik mereka, Delisha tarik nafas dalam dan dihembus perlahan. Dadanya terasa sedikit berat dan sesak disebabkan kata-kata Dzafri yang menyakitkan.

Salahkah jika dia menagih cinta dari seorang lelaki?

Salahkah caranya dengan memaksa lelaki itu menjadi suaminya?

Delisha mendongak. Menghalang air mata dari mengalir. Selama setahun dia menahan segala kata cacian dan cemuhan dari lelaki itu. Dia yakin, untuk hari ini dia masih mampu bertahan.

Bibir diketap menahan sebak.

"Selama mana pun you ambil masa untuk cintakan I, I akan tunggu, Dzaf. I akan tunggu." Dia bernekad.

Bukan mudah untuk dia berkahwin dengan lelaki itu. Jadi, sia-sia saja jika dia cepat berputus asa. Hendak pula perkahwinan mereka sudah berusia setahun. Dia masih lagi ada peluang untuk meraih cinta lelaki itu.

Ya!

Keluar dari bilik, sekali lagi dia kecewa. Dzafri langsung tidak menjamah sarapan yang dihidangkan. Air juga tidak diminum. Begitulah selama setahun ini. Tetapi dia tetap saja jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Dan, dia tidak tahu dimana lagi kekurangannya dimana Dzafri sebagai seorang suami.

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃𝐄𝐋𝐈𝐒𝐇𝐀 (𝙀-𝙗𝙤𝙤𝙠)Where stories live. Discover now