Teaser 5

319 9 0
                                    

TIDAK henti-henti Datin Raihana mengusap belakang Delisha yang sedang teresak-esak menangis. Sejak sampai di rumah, Delisha tidak berhenti menangis. Mendengar cerita dari anak perempuannya itu turut meluluhkan hati seorang ibu miliknya.

Delisha melepaskan tangisan dan kekecewaan semahu-mahunya. Ketika diberitahu oleh Puan Khadijah bahawa ibu mertuanya itu akan meminang Aisyah buat Dzafri, lemah longlai segala urat sarafnya. Lemah. Digagahkan diri untuk datang ke rumah orang tuanya.

Datin Raihana melepaskan keluhan. Ubun-ubun Delisha diusap sebelum dikucup.

“Menangislah. Lepaskan apa yang you pendam selama ni. Mommy tahu dah terlalu banyak you simpan dan pendam. Lepaskan, nak.”

Baju Datin Raihana dicengkam Delisha.

“Sakit, mom. Sakit.”

Mata Datin Raihana terus terpejam rapat mendengar rintihan tersebut. Keadaan anak tunggalnya kini sungguh menyayat hati. Tidak pernah Delisha menangis dan merintih sehingag sebegini sekali.
Delisha adalah seorang yang sangat keras kepala dan degil. Bukan mudah untuk melihat anaknya seperti ini.

I... I boleh sabar kalau dia tak nak terima perkahwinan kami ni. Tapi... I tak tahan bila dia sanggup nak kahwin lain, mom. I can’t.” Ujar Delisha sambil menggelengkan kepala beberapa kali.

Dadanya dipegang. Terlampau sakit sehingga dia dapat rasakan denyutan yang kuat. Rasa sakit itu hadir kerana disebabkan rasa cintanya pada Dzafri yang tak pernah padam. Tetapi Dzafri langsung tidak mempedulikannya.

Shhh... I know you can. You boleh lalui semua ni, sayang.”

I ni isteri tak guna! I tak mampu buat Dzaf bahagia mom. Sepatutnya I dengar cakap mom. Jangan berkahwin dengan orang yang tak cintakan kita. Sekarang ni I yang tanggung sakit tu. I sakit mom. Sakit sangat.” Makin jelas esakan dari Delisha.
Datin Raihana meleraikan pelukan. Wajah Delisha dipegang dan air mata diseka.

“Jangan cakap macam tu. Mommy tak suka.” Kepala digelengkan.

Mommy percaya yang you dah banyak usaha untuk pertahankan rumah tangga you. You tak pernah putus asa raih hati Dzaf. Cuma Dzaf je yang tak pandai hargai anak Mommy ni. Jangan down macam ni Flora Delisha. Wake up. Anak Mommy bukan macam ni.” 

Kasih sayang dari seorang ibu terhadap anaknya membuat Datin Raihana turut mengalirkan air mata.
Sewaktu awal perkahwinan Delisha bersama Dzafri, sedikit pun tidak pernah terlintas di fikirkan bahawa Dzafri akan menduakan Delisha. Difikirkan Dzafri akan menerima Delisha bila sudah lama berkahwin.

Tangisan Delisha makin kuat.

Dirinya sudah penat. Penat untuk berusaha meraih kasih sayang dan cinta dari suami sendiri. Segala usaha yang dilakukan sia-sia.

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃𝐄𝐋𝐈𝐒𝐇𝐀 (𝙀-𝙗𝙤𝙤𝙠)Where stories live. Discover now