“PUAS hati Dzaf sekarang? Puas Dzaf buat kami semua macam ni?” Marah Puan Khadijah bersama suara sedikit meninggi. Dia sungguh-sungguh kecewa dengan sikap Dzafri yang langsung tidak peduli tentang Delisha sebagai isteri.
Dan akhirnya, Delisha pergi meninggalkan mereka semua.
Dzafri bersandar tenang. Tiada sebarang reaksi yang terbias pada wajahnya. Seakan tiada masalah yang dihadapi sedangkan yang pergi itu adalah isterinya sendiri.
“Memang itu yang dia nak, Umi. Dzaf boleh buat apa?”
Terus mengucap panjang Encik Kadir dan Puan Khadijah mendengar. Langsung tiada rasa risau dari Dzafri bila Delisha buat keputusan untuk keluar daripada rumah. Delisha juga tidak menuju ke rumah orang tua wanita itu.
“Dzaf sedar tak apa Dzaf cakap ni? Yang keluar dari rumah tu isteri Dzaf.”
“Umi…” Dzafri pandang Puan Khadijah. “Itu adalah janji dia pada Dzaf. Lepas sebulan Dzaf bagi dia masa untuk bersama Dzaf, dia janji akan pergi jauh dari hidup Dzaf. Dzaf tak pernah minta pun macam tu.”
“Tak pernah minta tapi mulut kamu tu asyik menyebut cukup setahun je masa kamu dibazirkan dengan dia. Apa maksud semua tu? Bukan ke maksud kamu dah tak nak hidup dengan dia kalau macam tu?” Encik Kadir bersuara tidak puas hati.
Kecewanya pada Dzafri bukan kepalang.
“Abah didik kamu dengan penuh didikan agama di dada. Berharap kamu dapat jadi lelaki dan suami yang baik. Tapi apa kamu buat? Kamu sia-siakan wanita yang Allah anugerah pada kamu sebagai seorang isteri. Abah dah pernah pesan, bila isteri tu ada kekurangan tolong didik dengan betul. Bawa ke jalan yang lurus. Bukan ditinggalkan dan cari yang lebih sempurna! Sedangkan yang kamu anggap sempurna itu belum tentu sempurna disisi Allah!”
Terkedu Dzafri bila dibicarakan seperti itu. Sungguh mendalam maksud disebalik kata-kata Encik Kadir.
Suasana ruang tamu menyepi. Tiada lagi kata-kata yang keluar dari Encik Kadir mahupun Puan Khadijah. Masing-masing menahan perasaan sedih dengan pemergian Delisha yang mereka semua tidak tahu ke mana.
“Mungkin betul. Ini semua salah Abah dengan Umi. Kamu tak bahagia bersama Delisha juga disebabkan kami berdua. Kami paksa kamu untuk ikut kemahuan Delisha untuk jadi isteri kamu.” Tutur Puan Khadijah menyalahkan diri sendiri membuatkan Dzafri tergamam.
“Bukan macam tu Umi. Abah dengan Umi tak salah.”
“Tapi tindakan Dzaf sekarang ni seolah-olah melepaskan segala kesalahan tu pada kami.” Nada Puan Khadijah kembali meninggi. Dzafri dipandang bersama air mata yang bergenang.
“Hubungan yang kami restu Dzaf lepaskan. Hubungan yang belum tentu kami restu, Dzaf teruskan. Abah dengan Umi memang dah tak penting dalam hidup kamu ke? Atau, Dzaf buat macam ni sebab nak memberontak pada kami sebab dah kahwinkan Dzaf dengan Del setahun yang lepas. Macam tu?”
Bila disoal bertalu-talu seperti itu, lidah Dzafri terkelu sendiri. Tidak mampu menjawab semua pertanyaan itu bukan bererti dia mengiyakan. Tetapi, tidak mampu untuk dia menjawab kerana melihat wajah kecewa kedua orang tuanya.
Puan Khadijah tertawa pedih. Perginya Delisha sebagai menantu yang sungguh dia sayangi benar-benar merobek hati seorang ibu.
“Kalau ini adalah keputusan Dzaf yang Dzaf terbaik untuk hidup Dzaf, teruskanlah. Umi tak akan halang. Satu je Umi harap. Jangan pernah Dzaf menyesal atas semua yang Dzaf dah buat.”
Kehilangan permata yang Dzaf sendiri tidak sedar kewujudannya. Selama ini Dzaf cakap Del yang susah untuk dididik dan tak layak untuk dididik. Tapi sebenarnya, Dzaf tu yang susah untuk didik hati Dzaf supaya terima setiap kekurangan dia!”
Tidak mahu terus menerus memarahi Dzafri, segera Puan Khadijah bangun berdiri dan menghilangkan diri ke kamar. Kecewa mana pun dia, Dzafri tetap anaknya.
YOU ARE READING
𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃𝐄𝐋𝐈𝐒𝐇𝐀 (𝙀-𝙗𝙤𝙤𝙠)
RomanceTekan link di bio untuk pembelian. Setahun perkahwinan mereka langsung tidak membawa perubahan apa-apa pada Lutman Dzafri. Setiap hari yang dilalui Flora Delisha akan selalu mendengar rungutan lelaki itu. Terbinanya perkahwinan disebabkan atas paksa...