Teaser 8

397 11 0
                                    

MENYEDARI kehilangan Dzafri disebelah, Hadif segera menghentikan lariannya. Ditoleh ke belakang lalu melihat Dzafri sudah selamat melabuhkan duduk diatas bangku.

Dia bercekak pinggang.

“Woi! Baru dua round tak akan dah surrender kut!” Jeritnya kuat. Perlahan-lahan langkah diatur ke arah Dzafri. Sejak datang di track jogging ini, wajah Dzafri jelas seperti orang yang sedang bermasalah. Serius dan tiada secalit senyuman pun. Kebiasaannya ada juga kedengaran ketawa lelaki itu.

Hadif mengelap peluh yang merinik.

“Kau ada masalah ke Dzaf? Muka ketat semacam.”
Buang pandang ke hadapan, Dzafri mengeluh kuat.

Botol air dicapai lalu air diteguk rakus menghilangkan dahaga. Serta panas yang membahang.

“Cerita lah weh.” Hadif menggesa.

“Aku dah buat kesilapan besar.”

Berkerut-kerut dahi Hadif ketika ini. “Kesilapan apa?”

Dzafri menunduk buat seketika sebelum mengangkat wajah dan memandang Hadif bersama perasaan yang kacau bilau.

“Aku… dah sentuh Del.”

“Ha?!” Hadif kebingungan. “Ja-jadi sebelum ni… kau… Allah!” Rambutnya diselak ke belakang.

“Dzaf. Macam mana kau boleh cakap yang benda tu kesilapan? She’s your wife dan itu bukan kesilapan. Soal kau tak pernah sentuh dia tu aku tak nak ambil tahu kenapa. But now, apa dah terjadi bukan kesilapan but kau yang silap ni. Terjadinya hubungan suami isteri bukan satu kesilapan. Apahal dengan kau ni?”

“Masalahnya aku tak cintakan dia.” Dzafri bangun berdiri. Angin pagi yang menyapa langsung tidak mampu menenangkan hatinya.

“Dan aku dah bersedia untuk lepaskan dia. Kalau dia mengandung macam mana?”

“Astaghfirullah-al-adzim, Lutman Dzafri. Kau tahu tak berdosa bila kau persoalkan macam tu? Delisha tu isteri halal kau.”

Mengucap panjang Hadif mendengarkan itu. Dia benar-benar sudah tidak tahu bagaimana mahu menasihati orang yang mempunyai hati keras dan juga degil seperti Dzafri.

“Kalau Del mengandung itu maksudnya Allah tak izinkan perpisahan antara kau orang berdua. Jodoh kau dengan Del masih ada.”

“Aku tak boleh Dif. Aku tak boleh. Setahun aku dengan dia dan aku dah cuba untuk wujudkan perasaan aku pada dia. But still same dan aku tak boleh sayang dia. Jauh sekali cinta. Hati aku ni untuk Aisyah je.”

Dzafri mula bengang. Kenapa semua orang disekeliling dia tidak pernah untuk faham keadaan hati dan perasaan dia?

Tidak tahu apa yang kelakar mahupun lucu, Hadif tertawa kecil seraya menggelengkan kepala.

“Kau yakin ke yang kau tak ada perasaan pada dia? So, macam mana kau boleh sentuh dia dalam keadaan kau tak ada rasa pada dia?” Tebaknya ingin meneka.

Tajam Hadif dipandang.

“Aku memang tak ada perasaan pada dia.”
Hadif melepaskan tawa. “Tak, tak. Sekarang ni soalan aku, macam mana kau boleh sentuh dia dalam keadaan kau tak ada rasa pada dia? Sebab nafsu semata-mata? Aku tak rasa kau jenis macam tu.”

Ternyata, serkap jarang Hadif berjaya membuatkan seorang Lutman Dzafri kelihatan sedikit resah.

Why? Kenapa kau tak jawab? Kau sebenarnya nafikan perasaan kau pada dia, kan? Sebab kau lebih dahulukan rasakan benci kau pada dia. Sebenarnya, jauh disudut hati kau, kau ada perasaan pada dia.” Ujar Hadif seraya menunjuk-nunjuk ke arah dada milik Dzafri.

Wajah Dzafri serta merta berubah bengang.

“Kau merepek apa ni?”

“Aku tak merepek. Aku cakap berdasarkan apa yang aku nampak dan apa yang aku rasa. Yang kau nak melenting kenapa pula kalau benda tu tak betul?”

“Sebab aku memang tak ada perasaan dan tak sukakan dia!”

Tergeleng-geleng Hadif mendengar penafian Dzafri pada perasaan sendiri. Ego memanjang sehinggakan perasaan sendiri pun terabai.

“Aku cuma tak nak kau menyesal nanti. Baru sedar kewujudan rasa cinta kau pada Del bila dia dah tak ada depan mata. Manusia, terkenal dengan rasa menyesal bila orang tu dah hilang depan mata.”

Tersentap tetapi Dzafri mengawal reaksi wajahnya.

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃𝐄𝐋𝐈𝐒𝐇𝐀 (𝙀-𝙗𝙤𝙤𝙠)Where stories live. Discover now