Teaser 3

347 12 0
                                    

Bie… can we talk now?

Sekilas, Dzafri memandang Delisha. Entah kenapa setiap apa yang wanita itu lakukan, ada saja yang tidak kena dimatanya.

Remote dicapai dan terus TV ditutup. Kini, suasana sepi menyelebungi mereka berdua.

“Cakaplah. Tadi nak cakap sangatkan?” Sinis Dzafri menggesa apabila Delisha hanya berdiam diri dan membisu pula.

Delisha menarik nafas panjang. Bibir tetap cuba dimaniskan dengan senyuman biarpun dihatinya dihiris tanpa henti.

“Pasal… you nak kahwin lain. Is it true?

Tidak menunggu lama, yakin saja Dzafri mengangguk.

“Betul. And I tak akan ubah fikiran.”

Before that, I nak tanya you. You… memang tak ada rasa sayang sikit pun pada I?” Penuh berani Delisha bertanya biarpun suara terdengar sedikit bergetar.
Sejujurnya dia amat takut dengan soalannya sendiri. Bimbang Dzafri memarahinya.

Tidak semena-mena, Dzafri tertawa tetapi cukup sinis. Kepala digelengkan beberapa kali. Itu juga menyebabkan hati Delisha terguris. Seakan dipermainkan suami sendiri.

“Soalan mengarut apa yang you tanya I ni?” Soal Dzafri dalam sisa tawa sinisnya.
Delisha kemam bibir. Dia dapat rasakan bila-bila saja dia akan menangis.

Maybe you lupa. So, let me give you clear. I… tak pernah ada rasa sayang pada you. I tak sukakan you sejak dari dulu lagi. Untuk masa akan datang sekali pun jangan pernah you berharap untuk I sayang you. Jauh sekali cinta. Sebab I tak akan pernah wujudkan perasaan tu untuk perempuan macam you.”

Sedikit pun Dzafri tidak terfikir untuk menjaga tutur katanya demi hati Delisha. Dilepaskan segala kejujuran kerana itu adalah apa yang terbuku di dalam hatinya. Langsung tiada rasa sayangnya buat Flora Delisha.

Buat seketika, Delisha terdiam. Mengumpul kekuatan untuk terus berbincang.

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃𝐄𝐋𝐈𝐒𝐇𝐀 (𝙀-𝙗𝙤𝙤𝙠)Where stories live. Discover now