Teaser #4

1.1K 102 22
                                    



Imbas Kembali.

"Qaa'id Qaidar... Sekali lagi, lambat." Thea Rayzel memandang Qaa'id di depan. Lelaki itu sedang dimarahi oleh ketua pengawas kerana telat hadir di waktu pembuka sekolah. Mata Thea langsung tidak berkelip merenung pendirian Qaa'id. Tiada tali leher. Seluar sedikit fit. Rambut pun tak kemas. Protokol pemakaian sekolah, Qaa'id memang tak pernah patuh.

"Kau selalu datang lambat, Qai..."

"Tch! Aku lambat 5 minit saja. Pengetua pun belum naik pentas. Gelabah kau nih, Arif," selar Qaa'id bernada bosan. Anting-anting di telinganya langsung diberi kepada ketua pengawas itu.

Arif menggeleng perlahan. Anting-anting milik Qaa'id terus dimasukkan ke dalam beg plastik berwarna jahang. Kemudiannya, muka Qaa'id dicari.

"Peraturan tetap peraturan. Maka, lambat tetap lambat. Pergi beri nama kau pada Thea di sana. Lekas, Qaa'id." Arif beri arahan dengan tenang. wajahnya juga tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Dia lebih dari biasa dengan sikap Qaa'id ini. Makin dia layan, makin sakit kepala nanti. Mahu atau tidak, kenalah dia letak tanda nokhtah.

Qaa'id Qaidar diam tidak menjawab. Dia berlalu dan mengatur langkah mendekati Thea Rayzel di sana. Thea tersentak kecil.

Oh! Tidak... Kenapa pula Qaa'id kemari? Senior Ariff pun satu hal, tak boleh ke ambil nama Qaa'id terus? Kenapa mesti dia?

Saat jaraknya dan Qaa'id semakin terhapus, lekas-lekas Thea mengeluarkan buku kecil dan sebatang pen dari kocek baju kurungnya. Nafas dihela panjang-panjang. Gemuruh!

"Nah! Ketua kau suruh beri nama aku pada kau," ujar Qaa'id malas-malas. Sekeping kad ID pelajar sudah dihulur kepada Thea Rayzel.

Thea berdehem. Kad ID itu diambil seraya membuat kerja seperti biasa. Walhal dalam hatinya sudah berdebar-debar. Sedaya upaya dia mahu menenangkan diri.

"Kau... Budak yang pengsan dekat kantin hari itu kan?" Tiba-tiba suara Qaa'id memecahkan tembok kebisuan antara mereka. Membuatkan, Thea tersentak hebat.

Thea langsung panggung kepala. "A-Apa?" Terkelip-kelip matanya merenung Qaa'id di depan. Nampak sangat dia sudah mengelamun jauh.

Qaa'id senyum miring. Matanya jatuh seketika pada tag nama di atas tudung milik si gadis.

"Kau... Pernah pengsan dekat kantin. Aku angkat kau. Ingat lagi... Thea Rayzel?" alis Qaa'id terangkat kejap. Matanya mencerlung kosong pada wajah tembam itu.

Thea Rayzel terpegun. Anak mata Qaa'id ditentang sekejap. Mestilah dia ingat! Mujur tangan Qaa'id tak patah saja dek mengangkat dia.

Tiba-tiba Thea terasa meleng.

"Y-Ya... Ingat..." Perlahan saja Thea bersuara. Namun begitu, masih jelas menyapa di telinga Qaa'id. Qaa'id diam. Senyap seketika. Ralit dia merenung muka tembam itu dengan penuh minat.

Gadis ini mempunyai warna kulit yang cerah. Jadi, kesan-kesan jerawat di wajah Thea akan jelas terpapar. Qaa'id tahu ramai saja yang mengejek Thea kerana mempunyai tubuh yang gempal.

Manakan tidak, Cuma Thea saja yang mempunyai fizikal begini dalam sekolah. Sebut saja budak gemuk, tentu muka Thea akan muncul dalam benak. Tidak lama itu, mata Qaa'id jatuh pada buku di pegangan Thea Rayzel.

Selanjur dahinya naik berlapis. "Thea..."

Serta merta Thea panguk kepala.

Novel I HER ZUTTER GABRIELWhere stories live. Discover now