BAB 66

170 14 3
                                    

"Macam mana momy Aiden, boleh datang sini?" berang Nadien. Berapa hari kebelakangan ini dia cukup tertekan memikirkan keadaan Qasih. Dapat tahu pula berita pasal kejadian pagi tadi buat dia tambah naik darah. Lepas satu, satu masalah yang ditimbulkan Datin Fatimah.

"Aiden minta maaf ibu. Aiden pun tak terfikir yang momy akan cari Aiden sampai kesini. Aiden minta maaf. Nanti Aiden akan cakap dengan momy..."

"Tak perlu nanti. Pergi bagitahu sekarang. Boleh tak Aiden balik, duduk dulu berbincang dengan momy Aiden tu. Walaupun kita semua tak boleh terima apa yang dia dah buat tapi sebagai anak, Aiden sepatutnya tetap hormat dia. Kalau Aiden tak balik rumah, tak jumpa momy tu. Masalah tu bukan Aiden seorang ja yang tanggung... Aiden faham kan?" tegas Nadien. Saiful, Nirmala yang turut berada disitu hanya diam, membenarkan semua yang disampaikan Nadien. Mujurlah keberadaan mereka agak jauh dari katil pesakit, sehingga suara mereka dapat dikawal agar tidak menggangu lena Qasih.

Aiden tertunduk. "Ya, Aiden faham. Maaf ya semua. Nanti Qasih dah sedar, Aiden pergi jumpa momy."

"Pergi sajalah sekarang. Ibu, mak dan ayah ada kan dekat sini ni jagakan Qasih," balas Nadien seraya melepas keluhan kecil. Kesal dengan kedegilan Aiden. Dia bukan marah, tapi risau memikirkan nasib sang anak.

"Er... baiklah. Saya minta diri dulu..." Dengan teragak-agak Aiden perlahan melangkah pergi.

"Ada benda yang saya nak bagitahu ni, pasal Aiden..." ungkap Saiful setelah Aiden hilang dari pandangan. Nirmala memberikan tumpuan. "Apa dia?" tanya Nadien.

Sebelum memulakan perkataan. Saiful sempat mengerling putri tercinta yang sedang terbaring tidur diatas katil berjarak beberapa meter dihadapan mereka.

"Apa dia, cakaplah," desak Nadien. Mengelamunlah pula suaminya itu.

"Oh, iya. Pagi tadi semasa kami berbincang dengan doktor. Aiden dah buat keputusan. Dia nak dermakan buah pinggang untuk Qasih," terang Saiful. Nadien dan Nirmala terus berbalas pandang. Tampak agak berkaca tatapan mata mereka.

"Betulkah?" soal Nadien. Sebelum ini bukan dia sahaja. Nirmala, dan suaminya pun sudah pernah  menawarkan diri untuk menjadi penderma tapi ketiga-tiga buah pinggang mereka tidak serasi.

"Ya, cuma itulah. Kena buat pemeriksaan macam kita sebelum ni. Kita berdoa mudah-mudahan buah pinggang Aiden dapat diterima oleh tubuh Qasih."

"Aamiin..." ucap Nirmala. Masing-masing memanjatkan doa dan meletakkan harapan didalam hati.

***

Dengan tidak sengaja, langkah mereka diatur serentak. Melewati perjalanan sambil berbagi maklumat dan pandangan. Seperti orang yang sedang berpidato. Tangan mereka rancak bergerak-gerak dek terlalu fokus dengan topik yang sedang dibincangkan.

"So i have to make surelah apa sahaja ubat-ubatan yang Puan Qasih consume. Saya perlukan bantuan awak untuk cek keadaan terkini kesihatan mental Puan Qasih. Semalam je saya diberitahu pesakit cuba mencederakan diri sendiri dan pagi tadi saya nampak pesakit berusaha mencekik seseorang. Oh ya, saya difahamkan mangsa yang dicekik tu ibu mertua pesakit.
It's very worrying. Dalam condition sekarang, pesakit tak sepatutnya expend too much energy."

Doktor Umi Amirah mengangguk-angguk mendengar penjelasan dari Doktor Edrisyah sebelum tiba gilirannya untuk berbicara.

"Iya, doktor. Sebenarnya... sebelum ini PTSD Qasih tak seteruk sekarang. Dia sempat hampir pulih, dia boleh lalui kehidupan macam biasa walaupun tak pulih sepenuhnya. Cuma disebabkan beberapa masalah yang timbul baru-baru ini, keadaannya berubah. Bertambah parah," terang Doktor Umi Amirah.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now