BAM 33

333 43 1
                                    

"Oww emm ji... Majlis apa nih?" rungut Pelangi.

Sebentar lagi akad nikah akan dilafazkan. Majlis pernikahan Aiden dan Qasih diadakan serba ringkas dengan jumlah tetamu yang sedikit. Hanya keluarga terdekat dan orang-orang rapat dari kedua belah keluarga sahaja yang dijemput.

Cara pengaturan majlis yang menitik beratkan batas-batas agama membuatkan Pelangi merungut geram. Mana taknya. Kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan dengan jarak lebih kurang lima meter pada pengiraannya.

"Majlis nikah. Tak tahu lagike?" ujar Kaisara. Geram dengan sikap Pelangi yang tidak tahu jaga mulut.

"Kalau asing macam ini. Macam mana nak eratkan silaturrahim. Aduuuhai," gumamnya .

"Habis kalau dengan perempuan, tak boleh silaturrahim? Ni majlis orang, bukan majlis kau. Jaga adab tu sikit."
Kaisara menekan setiap patah perkataan. Kalau boleh suaranya dikawal agar tidak didengari oleh orang lain.

"Ni lah masalahnya. Semuanya nak kena batas. Itu tak boleh, ini tak boleh. Macam mana nak jumpa jodoh kalau macam ni. Lelaki dan perempuan diasingkan. Kolot betul."

Beberapa orang disitu sudah mula memandang sinis terhadap Pelangi. Ainul yang turut berada disitu, tidak terkecuali menjadi pendengar .

"Yang kau banyak songeh ni kenapa? Itulah kau. Cara fikiran kau tu penuh dosa dan noda. Mesti tunang kau tu kau pilih dari lelaki yang bersepah dekat tepi jalan tu kan? Itulah sampai sekarang tak kahwin-kahwin. Betullah aku pernah dengar, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Kau tengok cik Qasih. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kena pinang then nikah. Kau kata macam mana nak cari jodoh? Habis tu kau dalam majlis cerai berai ke sekarang ni?"

Berang dia dengan Pelangi. Walaupun nadanya rendah tapi jelas kedengaran amarahnya. Maksud petikan dari surah An Nur ayat 26 dia perdengarkan kepada Pelangi. Walaupun dia tidak jelas darimana datangnya ayat itu dan perincian mengenai ayat itu. Tegurannya pun sudah hilang hikmah.

"Yang kau tiba-tiba naik angin dah kenapa? Kau tu apa kurangnya."
Perang dingin mula tercetus. Deep betul ayat yang dilemparkan kepadanya.

"Ye, memang aku jahil. Tapi tak ada lah sampai nak tunjuk kejahilan aku dekat orang. Ni dah kira okaylah ni, bukannya jauh sangat pun. Mahunya diorang pasang tabir sampai tiga lapis macam orang dulu-dulu. Bukan muka je kau tak nampak, suara pun kau tak dengar tau."

Asas pendidikan islam yang dipelajari di sekolah masih tertanam diingatan. Kalau hendak disamakan cara pengasingan lelaki dan perempuan zaman Nabi dan akhir zaman. Sangatlah jauh bezanya.

"Lagipun tak ada siapa yang kau kenal. Tengok sana tu, semuanya pangkat dato'-dato'. Tak setaraf dengan kita," tutur Kaisarah merendah diri.

"Siapa kata aku tak kenal? Tu Mahmud tuu... Ha, Zamani ada. Azam. Ha yang tu Tuan Saiful. See.. Aku kenallah."
Pelangi memuncungkan bibir kearah sekumpulan jejaka yang segak mengenakan busana tradisional orang melayu. Haih!! Kacak bergaya semuanya. Hampir tak boleh bezakan yang mana satu pengantin lelaki.

"Yang itu lainlah. Ada saja kau nak jawab aku kan?"

"Dah memang aku kenal. Kau pun sama kan?"
Meleret suara Pelangi. Baju kurung yang sendat itu ditarik-tarik sedikit. Ketat pulak rasanya.

"Korang ni... Hormatlah majlis orang. Tak habis-habis nak bertikam lidah. Kang pengawal datang, heret korang berdua keluar dari sini."
Miya pula mencelah. Tidak betah melayan drama depan mata.

***

Khutbatul Hajah selesai dibaca. Khutbatul Hajah ialah khutbah yang disunnahkan untuk dibaca sebelum nikah , dalilnya ada di hadis riwayat Abu Daud 2118 dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now