BAB 54

182 14 8
                                    


"Ni, betulkan rumahnya?" Nirmala menyoal.

Kini. Dia dan anaknya Syahira berdiri dihadapan rumah agam milik keluarga Dato' Mukhriz.

"Betullah tu mak. Syah taulah, Syah kan kerja dekat company diorang..." jawab Syahira. Dia bersungguh mengajak Nirmala datang jauh-jauh dari kampung untuk dipertemukan dengan kakak tirinya. Qasih Ruziana.

Sejak beberapa tahun yang lalu. Perginya Qasih benar-benar memberi kesan dalam hidup Nirmala. Tahun pertama tanpa Qasih dirumah mengajarnya erti sebuah kehilangan. Yang paling memeritkan lagi, dia berpisah dengan anaknya atas sebab kekejamannya sendiri.

Tahun demi tahun berlalu akhirnya Nirmala terbuka hati untuk berterus terang akan perasaannya yang selama ini dipendam. Dia meluahkan segalanya terhadap anak keduanya, Syahira. Harapannya agar suatu saat, sebelum menutup mata. Dia mahu bertemu sekali lagi dengan Qasih. Dia tidak mengharap lebih, cukup sekadar menyatakan permohonan maaf.

"Kau ada alamatkah?" tanya Nirmala lagi. Masih ragu dengan Syahira.

"Takde... Ish. Tak perlu alamatpun, Syah tahu ni rumah mertua kakak," ujar Syahira. Nirmala tertunduk-tunduk mencubuk dari pagar besi rumah itu.

"Kau pernahkah pergi sini?" Nirmala masih tak puas hati. Mahunya dorang salah rumah. Tak ke memalukan? Dahlah rumah besar. Tak pasal-pasal kena tuduh tukang pukau.

"Banyak tanyalah mak ni. Jomlah." Lantas Syahira menekan butang loceng. Dua ke tiga kali loceng ditekan. Terlihat kelibat seorang wanita sebaya Nirmala muncul dari dalam.

Bibik Aisyah berjalan menuju ke pintu gerbang rumah. Disebelah pagar besar, ada pagar kecil untuk laluan orang yang datang tanpa kenderaan. Dari situ bibik berdiri. Dia melihat dua figura wanita diluar. Seorang makcik berpakaian baju kurung asli, dengan tudung bawal kosong. Yang seorang lagi, wanita muda berpakaian fesyen lebih kurang sama.

"Ya, cari siapa ya?" soal bibik kepada dua orang wanita itu. "Siapa bik!" Tiba-tiba Datin Fatimah menjerit dari pintu rumah. "Takpa bik. Biar saya..." Bibik berundur sebaik saja Datin Fatimah mengambil tempatnya.

Nirmala dan Syahira hanya berbalas pandang satu sama lain. "Ye... Cari siapa ya?" soal Datin Fatimah pula.

"Assalamu'alaikum..." Nirmala mengucap salam. Sedari tadi tiada memberi salam. "Wa'alaikumussalam," jawab Datin Fatimah. Tersengih-sengih Nirmala disebalik pintu pagar.

"Cakaplah mak..." Syahira mencuit bahu maknya. "Cakaplah..." ulangnya lagi.

"Begini er... Siapa tadi?" Dia mengerling ke arah anaknya. "Datin..." bisik Syahira.

"Oh ya... Macam ni datin. Kami ni datang erm... Sebenarnya saya datang nak jumpa dengan... Saya nak jumpa anak saya, nama anak saya..."

"Anak puan? Puan dah salah alamat ni... Dekat sini yang tinggal hanya keluarga saya saja. Saya pasti takda anak puan dekat sini," laju Datin Fatimah memintas Nirmala.

"Haaa...." Nirmala hanya ternganga. Bingung dia hendak berkata apa.

"Puan berdua ada bawa alamat tak? Mari saya tengokkan," pelawa Datin Fatimah. Entah datang dari ceruk mana dua beranak ini. Simpati pula Datin Fatimah melihat keadaan mereka.

"Hmmm... Macam ni datin. Saya Syahira. Saya ni kerja dekat Armada Holdings, anak datin, Tuan Aiden adalah bos saya. Haa... Kalau datin nak tahu, saya ni dengan menantu datin adik beradik. Ini... Mak kandung kami, Nirmala. Kami satu mak lain ayah. Saya ni dari kecik mak yang jaga. Kakak pulak ayah kandung dia yang jaga. Haa sebab tulah kami terpisah. Erm... Panjang lagi cerita dia sebenarnya. Datin nak saya cerita sekarang sampai habiske?" terang Syahira panjang lebar.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now