BAB 71

129 9 1
                                    


"Macam mana keadaan isteri saya, doktor?" Laju Aiden berdiri setelah melihat kelibat Doktor Edrisya keluar dari wad. Nadien dan Nirmala pula menyusul dibelakang Aiden.

"Maafkan saya. Puan Qasih tak dapat diselamatkan. Banyak-banyakkan bersabar..."

"Hah... doktor. Doktor cakap apa ni? Anak saya selamat kan doktor? Doktor?" Nadien menggoncang-goncang bahu Doktor Edrisya. Tidak. Anaknya tak boleh mati. Qasih masih hidup.

"Saya minta maaf sangat-sangat puan. Kami dah berusaha buat yang terbaik tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Qasih Ruziana... disahkan meninggal dunia," tuntasnya. Sebagai seorang doktor, hatinya turut sebak. Berat lisannya untuk melafazkan kalimat itu akan tetapi hakikat tidaklah mungkin dapat dielak.

Dalam sedetik segalanya berubah gelap. Dunia yang selama ini penuh warna terus berubah malap. Aiden rebah ke atas lantai. Peluh dingin muncul disegenap tubuh. Dingin yang teramat dirasakan sehingga membuatkan sekujur tubuh itu menggigil hebat. Mata dipejam sekuat-kuatnya, berharap ini hanya mimpi ngeri dari sebuah lena yang panjang.

"Kenapa? Kenapa Qasih tak tunggu abang? Siapa nak makan ayam goreng ni nanti. Kenapa Qasih tinggalkan abang? Kenapa Qasih buat abang macam ni? Ya Allah... apa semua ni... aku mimpikah. Ya Allah tolong bangunkan aku dari mimpi ngeri ni. Aku tak kuat ya Allah. Aku takut..." rintihnya di dalam hati. Dikala esakkan tangisan silih berganti kedengaran. Aiden hanya terpaku dalam tunduk tanpa suara. Dia perlu bangun dari mimpi ini. Dia tidak betah bertahan disini.

"Kenapa ni? Ada apa semua berdiri dekat luar?" soal Doktor Umi baru sahaja tiba. Tidak mungkin perkara yang tidak diingini telah terjadi.

Nirmala yang tersedu-sedan menangis sambil memeluk Nadien, membalas pertanyaan Doktor Umi dengan gelengan. Selang beberapa saat bunyi pesanan whatsapp masuk. Tangan Doktor Umi menggigil membaca pesanan ringkas itu.

Doktor Edrisya:
Assalamu'alaikum, doktor. Puan Qasih dah tak ada.

Airmatanya tumpah jua. Berbekalkan semangat yang ada, dia duduk menghampiri Aiden. Walaupun dia sangat sedih tika ini namun wajah Aiden yang sangat pucat menarik perhatiannya. Bagaikan habis darah di wajah lelaki itu. "Aiden... banyak-banyakkan bersabar ya..." bisiknya dengan nada sayu.

Kala ini, hanya sokongan dan doa yang diperlukan. Semua hati hati manusia disini hanyut dirundung pilu dan rindu. Sakit menerima kenyataan bahwa orang yang kita sayang telah pergi buat selama-lamanya.

"I can't." Aiden bersuara lirih. Kepalanya mendongak bersandar di dinding.

"Ya... kita semua merasakan hal yang sama," ujar Doktor Umi.

"Have I lost my wife?"

Doktor Umi tergamam mendengar. Ya Allah, mesti sangat berat beban sakit yang ditanggung Aiden saat ini. Pasti sangat sulit untuk dia memaksa diri berdepan kenyataan. Setitis airmata Doktor Umi jatuh. Aiden terus menatapnya dengan pandangan kosong. Menanti jawaban yang sudah jelas tampaknya.

"Answer me," pinta Aiden. Dalam keadaan mendongak seperti itu, dia terus menatap mata Doktor Umi dengan pandangan tajam. Matanya yang mula digenangi air, dibiarkan tanpa berkedip sedikitpun.

"Kita tak pernah memiliki sesiapa. Sesuatu dan seseorang itu hanya titipan dari Allah bukan? Kita hanya diamanahkan untuk menjaga, mengasihi dan menyayangi amanah Allah dengan sebaik-baikanya tapi bila dah sampai masanya Allah nak ambil balik. Kita kena pulangkan. Hakikatnya kita cuma peminjam ja dekat dunia ni..."

Aiden berdecit. Mengalami tidak semudah melontarkan kata-kata.

"Aiden... Qasih perlukan redha awak. Redha awak atas pemergian isteri awak adalah hadiah terakhir yang awak dapat berikan dekat Qasih." Sayu suara Doktor Umi.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now