BAB 43

283 25 3
                                    


Qasih yang baru sahaja keluar dari bilik tidur mak mertuanya, cepat cepat menahan langkah Aiden yang baru mahu menuruni anak tangga.

"Awak awak... Kejaplah, awak nak pergi mana? Kerja ke? Apakata harini kita cuti. Kita gi jalan-jalan nak? Jom?" kata Qasih penuh bersemangat. Nak memujuk sebenarnya.

"Awak ingat saya bos boleh ambik cuti sesuka hati? Dahlah, saya dah lambat."
Usai itu Aiden terus berlalu meninggalkan Qasih sendirian. Qasih memuncungkan bibir.

Datin Fatimah muncul dari belakang, menepuk bahu menantunya. Qasih tersentak.

"Merajuklah tu. Semalam Aiden nak dukung Qasih bawa masuk bilik kamu, tapi momy tak bagi. Subuh tadi sebelum bergerak ke masjid dia ketuk bilik momy, suruh momy kejutkan kamu. Momy cakaplah yang kamu cuti. Rasanya sebab tulah dia merajuk sangat, semalaman tak dapat tengok muka isteri."

Qasih tersenyum simpul. Malu pula dikata begitu oleh mak mertua. Merajuk sebab tak dapat tengok muka aku, atau merajuk sebab kena suruh kahwin lagi satu. Mana satu ni?

"Momy tak sengaja terdengar tadi. Kalau macam tu, apa kata Qasih keluar dengan momy je. Teman momy shopping. Nak?"
pelawa Datin Fatimah.

"Arr... Ha ha, hehe.. Tak jadi kot mi... Qasih ada banyak kerja nak kena handle dekat office. Pukul 10 ni ada meeting. Lain kali je momy ye?"
Senyuman manis dihadiahkan kepada Datin Fatimah.

"Aik. Bukankah tadi Qasih cakap dengan Aiden..."

"Qasih saja cakap macam tu, sebab Qasih tahu yang Aiden takkan setuju. Sebab harini kan ada perjumpaan dengan ceo Zennat Holdings. Qasih tahupun sebab minggu lepas Aiden ada cakap. Tulah."
Laju Qasih memintas ayat Datin Fatimah.

Datin Fatimah menyepetkan mata. Pelik betul anak menantu zaman sekarang. Inilah akibatnya bila suami isteri ahli perniagaan. Yang ada dikepala kerja kerja kerja. Nasib baiklah dia antara peminat tegar jenama terkenal De'lux. Kalau tak, tak ada maknanya dia biarkan Aiden kahwin dengan ahli perniagaan. Kira beruntunglah Qasih tu.

"Kamu ni. Dua kali lima je dengan Aiden. Kalau cakap pasal kerja... Di hafal betul setiap jadual. Malaslah momy nak cakap."

Datin Fatimah kemudian berlalu. Rasa bersalah juga Qasih sebab dah menipu. Tak apalah, kali ni ja.

Qasih mula bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Hari ini hari paling mendebarkan buat Aiden, oleh kerana hari ini mereka akan membuat perjumpaan dengan ceo Zennat Holdings. Begitu juga dengan Qasih. Hari ini juga adalah hari yang paling mendebarkan buat dirinya. Selepas memuat naik beberapa makluman di akaun facebook petang semalam. Dia yakin, berita itu sudah tular. Dan, cabaran apa yang akan menyambutnya didepan bangunan syarikat nanti. Sangat sangat merisaukan.

***

Lebih kurang lima meter dari perkarangan syarikat. Qasih berdiri statik. Matanya menangkap kelibat orang ramai sedang membanjiri kawasan luar lobi De'lux Corporation. Qasih membuka lima langkah ke hadapan.

"Saya sebagai ceo De'lux Corporation. Menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Qasih selaku pengarah kreatif disini untuk mengendalikan kes ini. Jadi memandangkan kenyataan tersebut dimuat naik oleh Qasih melalui lama facebook pribadinya. So apa-apa pertanyaan boleh ajukan kepada dia nantilah. Saya tak boleh nak komen apa-apa."

Dato' sri Luxiana memberi keterangan yang sama bagi setiap persoalan yang diajukan dari wartawan yang berlainan. Dia turut kebingungan. Dia langsung tidak tahu dan tidak diberitahu yang De'lux akan mengadakan sidang media? Tiba-tiba sahaja dia masuk pejabat awal-awal pagi, dia dikejutkan dengan kedatangan para wartawan yang terus menyergahnya dengan soalan yang dia sendiri tidak tahu darimana asalnya.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now